
Resipi Mee Berkuah memang sedap dan mudah disediakan, kalau rasa terliur belek-belek bahan dalam peti, kalau kurang boleh ke pasar sebentar. Sesuai di jamu untuk makan petang atau malam nanti. Rasa berkongsi resipi turun temurun dari mak Rosehayatie.
Lapag mee kuah harini..mee kuah resepi Mak kami.. tapi Mak kami guna ayaq rebusan daging. kami tak dak daging..guna ayam ja ea ..dok makan2.. tiba teringat pulak kat Mak kami – Rosehayatie
RESIPI MEE KUAH

BAHAN-BAHAN
- Daging/ ayam (direbus 1 ketul kiub ayam..air rebusan guna utk dijadikan kuah)
BAHAN TUMIS:
- Bawang putih*
- Cili kisar*
- Ayam bersama air rebusan
- Sos cili
- Kicap manis
- Gula Garam & perasa
- Tauhu
- Telor
- Tomato
- Kobis
- Sawi
- Tauge
- Mee kuning di basuh

BAHAN HIASAN:
- Daun sup
- Bawang goreng
- Limau nipis
- Cili merah
Nota: Jika nak makan berulang2..kuah boleh asing kan dgn mee..kalau nak makan terus boleh masuk mee skli dgn kuah..sbb mee bercampur dgn kuah akan jadi kembang
Kongsi resipi: Rosehayatie
Ikut Cara Memasaknya:
https://www.facebook.com/resepiviralterbaik/videos/1623942321032488/
CUBA JUGA RESIPI SEDAP INI:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Buat Sendiri Telur Itik Masin Dalam Balang. Senang, Jimat & Puas Hati!

Menerusi perkongsian Puan Nor Azimah Udin, resipi telur itik masin ini diperolehi dari kakak ipar beliau iaitu Puan Wan Teh Salmah. Sejak itu, beliau memang jarang sekali beli telur masin di kedai. Selain puas hati, kebersihan juga terjaga. Malah, rasa telur masin homemade ini juga lebih sedap. Bagi yang nak cuba buat telur masin homemade ni, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT TELUR ITIK MASIN HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:
- 30 biji telur itik
- 1 cawan garam
- 4-5 cawan air
CARA MEMBUAT TELUR ITIK MASIN:
1. Telur itik dibasuh bersih dan dikeringkan.

2. Satukan garam dan air. Masak hingga mendidih dan garam larut. Sejukkan.
3. Susun telur didalam bekas yang bersesuaian. Tuang air garam yang telah sejuk ( pastikan benar-benar sejuk).
4. Biarkan pada suhu bilik selama 2-3 minggu. ( empunya resipi simpan botol berisi telur ni di dalam kabinet).

NOTA:
- Air garam tidak perlu ditukar sepanjang proses pengasinan tersebut.
- Setelah cukup tempoh pengasinan tu, telur boleh ditos airnya dan disimpan dalam peti sejuk. Jika biar dalam air garam terlalu lama, dibimbangi telur akan terlebih masin.
Kredit resipi & foto: Nor Azimah Udin
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Nasi Kerabu Kuning Sedap. Masak Sendiri Baru Puas Makan.
Resipi Rojak Ayam Sedap. Masak Sendiri Puas Hati & Lebih Jimat
Cara Masak Oden Homemade Ala Family Mart. Sedap & Puas Makan
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Resipi Kerabu Telur Masin Mudah & Sedap. 10 Minit Je Dah Siap.
Adunan Tepung Pisang Goreng Sedap, Rangup & Tak Serap Minyak
Cara Buat Sira Buah Cermai. Resipi Orang Dulu-Dulu Yang Sedap & Wajib Cuba
Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera
Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk
Resipi Sotong Goreng Pedas & Rahsia Supaya Lembut, Tak Berbau
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Bancuh Sendiri Kopi Ais Super Kaw. Sangat Sedap, Nikmat Tak Terkata
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
4 Menu Udang Paling Sedap & Senang Masak.

Udang, antara makanan laut menjadi kegemaran ramai, masak apa pun sedap. Selain cepat dimasak, udang juga boleh dipelbagaikan menu ikut cita rasa keluarga. Empat menu yang RASA kongsikan mungkin boleh dicuba atau boleh memberikan idea untuk korang mengolahnya semula ikut selera korang dan juga ahli keluarga.

UDANG SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN:
- 500gm udang saiz XXL | dibersihkan dan toskan
- 1 biji bawang besar |dikisar
- 3 ulas bawang putih | dikisar
- 2.5cm halia | dikisar
- 3 sudu makan pes cili kering
- 2 sudu makan air asam jawa
- 3cm belacan
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
- Gaulkan udang yang telah dibersihkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
- Panaskan minyak, goreng udang hingga kemerahan, angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan pes cili, diikuti belacan, kacau hingga pecah minyak,
- Kemudian masukkan air asam, garam dan gula secukupnya.
- Setelah pekat dan agak kering masukkan udang yang telah digoreng.
- Tutup api dan gaul rata.
- Sedia dihidangkan.

UDANG GORENG MENTEGA TELUR
BAHAN UNTUK UDANG GORENG:
- 500gm udang saiz XXL | dibersihkan
- 8 biji cili padi | dihiris
- 1/2 cawan susu seger
- 1 sudu makan mentega
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- Garam secukup rasa
- Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN UNTUK SARANG TELUR:
- 2 biji telur kuning
- 1 sudu makan mentega
- 1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Gaulkan udang bersama garam dan lada sulah secukupnya. Ketepikan.
- Panaskan minyak, goreng udang sehingga kemerahan.
- Angkat dan toskan.
- Kemudian keluarkan minyak kerana ia tidak digunakan lagi.
- Panaskan mentega dalam kuali, tumiskan bawang putih dengan cili hingga garing dan naik bau.
- Masukkan susu cair, kacau seketika. Kemudian masukkan udang yang telah digoreng tadi.
- Perasakan dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
- Untuk membuat sarang telur. Pukul ringan kuning telur.
- Panaskan mentega bersama minyak masak sehingga panas, tuangkan kuningan telur sedikit demi sedikit supaya telur masuk kuali halus-halus.
- Sambil itu kacau laju-laju hingga telur habis.
- Terus kacau sehingga telur kelihatan bersarang dan berwarna kuning keemasan.
- Kemudian tuangkan ke atas tapisan untuk toskan minyak.
- Akhir sekali taburkan di atas udang dan hidangkan panas-panas.

UDANG GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
- 500gm udang saiz XXL | dibersihkan
- 4 ulas bawang merah | dikisar
- 3 ulas bawang putih | dikisar
- 1 biji bawang besar |dicincang
- 1 batang serai | dikisar
- 2 tangkai daun kari | dilurut dari tangkai
- 6 biji cili padi | dihiris
- 1 sudu makan serbuk kari
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
- 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Gaulkan udang yang telah dibersihkan dengan semua bahan kisar dan serbuk rempah kari, ketumbar, jintan manis, jintan putih, serbuk kunyit, garam dan gula secukupnya.
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng daun kari hingga garing dan naik bau.
- Masukkan hirisan bawang besar, diikuti udang.
- Goreng hingga udang kemerahan lebih kurang lima minit.
- Angkat dan hidangkan panas-panas.

UDANG GORENG TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
- 500 gm udang saiz XXL | dibersihkan
- 2 sudu makan tempoyak | dibancuh dengan sedikit air
- 1 biji bawang besar | dihiris
- 1 helai daun kunyit | dihiris halus
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
- 20 biji cili padi
- 5 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
- Gaulkan udang bersama serbuk kunyit dan garam secukupnya dan ketepikan.
- Panaskan minyak, goreng udang hingga kemerahan, angkat dan toskan.
- Keluarkan sebahagian minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumiskan hirisan bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar dam serbuk kunyit.
- Kacau hingga pecah minyak.
- Seterusnya masukkan bancuhan tempoyak, diikuti garam dan gula secukupnya.
- Bila kuah tempoyak agak pekat dan cukup rasa, masukkan hirisan daun kunyit dan udang.
- Tutup api dan gaul rata. Sedia dihidangkan
Resipi Nasi Goreng USA Sedap Ala Kedai Tomyam

Nasi Goreng USA adalah antara sajian nasi goreng yang popular di kedai masakan panas. Nama seakan berasal dari luar negara tetapi sebenarnya USA adalah singkatan kepada nasi goreng udang, sotong dan ayam. Bahan sampingan yang perlu ada adalah hirisan timun dan telur mata.
Namun jika makan di gerai tomyam siam, Nasi Goreng USA biasanya disajikan dengan Daging Masak Merah. Sedap! Nak cuba masak Nasi Goreng USA yang sedap secara homemade? Saudara Emee Sham ada kongsikan resipinya. Cubalah. Pasti puas hati.
JOM MASAK NASI GORENG USA SEDAP ALA GERAI TOMYAM SIAM

RESEPI NASI GORENG
BAHAN-BAHAN:
2 mangkuk nasi putih
3 ulas bwg putih – ketuk
Sedikit bawang holland – hiris
Cili api – ketuk
1 sudu makan cili boh @ secukupnya – beli online disini
Sos tiram secukup rasa – beli online disini
Nampla @ sos ikan secukup rasa – beli online disini
1 biji telur
Pak choy @ sawi cina
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang holland dan cili api. Masak hingga wangi.
2. Kemudian masukkan cili boh. Tumis sampai cili masak dan pecah minyak.
3, Masukkan sos tiram dan juga nampla dengan secukup rasa.
4. Bila sudah sebati, pecahkan telur dan masukkan nasi. Kacau rata dan besarkan api memasak.
5. Akhir sekali masukkan hirisan sawi. Kacau hingga sayur masak. Tutup api.
RESEPI DAGING MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN:
Daging – dipotong kiub, direbus dengan pewarna merah @ sirap ros
3 ulas bawang putih – ketuk – beli online disini
5 biji cili api – ketuk
1 biji bawang Holland – hiris – beli online disini
1 biji cili merah – hiris
Pes cili secukupnya / cili kisar
Sos cili secukupnya – beli online disini
Sos tiram secukupnya
Nampla @ sos ikan secukupnya
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Bila daging selesai direbus, goreng seketika untuk garingkan sekeliling permukaannya. Angkat dan hiris nipis. Ketepikan seketika.
2. Panaskan minyak, masukkan bawang putih dan pes cili @ cili kisar. Tumis sampai cili masak.
3. Masukkan sos tiram dengan secukupnya. Gaul rata.
4. Seterusnya masukkan sos cili dan nampla @ sos ikan. Kacau rata.
5. Bila sudah mendidih, masukkan daging yang telah dihiris tadi.
6. Tambah sedikit air jika kuat terlalu pekat. Perasakan dengan gula seccukupnya.
7. Akhir sekali masukkan hirisan cili api, cili merah serta bawang holland. Gaul dan masak seketika. Padamkan api.
8. Hidangkan Daging Masak Merah bersama nasi goreng dan juga telur mata.

Kredit resipi & foto: Emee Sham
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

