Bagi penggemar sajian Mee Wantan Sup, resipi perkongsian saudari Nor Asiah ini antara yang boleh dicuba. Sedap dan rasa seperti sajian dari restoran ternama.
Jika anda dan keluarga suka hidangan nsi aym, pasti ada lebihan sup kan? Ha… Sup yang lebih tu boleh gunakan untuk masak sajian ini juga. Dua dalam satu. Barulah tak membazir kan?
Sajian ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa sama ada waktu sarapan atau makan malam. Sangat mengenyangkan. Jika rajin, boelh buat sendiri Dumpling tu. Puas hati! Jom cuba.
RESIPI MEE WANTAN SUP BERSAMA DUMPLING, MINYAK CILI & MINYAK BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
Mee wantan – dicelur
Bebola ikan @ ayam – dicelur
Hirisan isi ayam rebus
BAHAN SUP:
Kaki ayam/ rangka ayam
Batang saderi – potong 3 (*)
Daun sup – potong 2 (*)
Daun bawang – potong 2 (*)
Bawang putih – belah 2 – banyak pun tak apa (*)
Bawang besar – belah 4 (*)
Halia (*)
Cendawan shiitake kering @ segar – potong nipis – beli online disini
Sedikit minyak bijan – beli online disini
Garam secukup rasa
Sedikit sos ikan – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Rebus kaki dan rangka ayam hingga empuk.
2. Masukkan bahan bertanda (*). Masak selama 20 minit.
3. Kemudian masukkan minyak bijan, sos ikan dan sedikit perasa.
4. Masukkan juga cendawan yang telah dipotong nipis. Siap.
5. Untuk menikmatinya, msukkan mee wantan, bebola, isi ayam dan sayur ke dalam mangkuk.
6.Tuangkan sup dan nikmati bersama minyak cili dan minyk bawang putih.
Ads
BAHAN DUMPLING:
Kulit dumpling segera
Isi ayam
Isi udang
Serbuk cukup rasa
Sedikit lada sulah – beli online disini
Minyak bijan
Sedikit tepung jagung – beli online disini
Garam
Sedikit daun bawang / daun kucai
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dalam food processor. Kisar hingga hancur, pekat dan sebati.
2. Ambil kulit dumpling dan letk inti yang dikisar tadi.
3.Sapu sedikit air di sekeliling kulit dumpling, kemudian kelimkan ikut kreativiti masing-masing.
4.Dumpling ini boleh digoreng atau dicelur hingga masak.
SAYUR (PAK CHOY)
1.Celur sayur dalam air rebusan yang telah ditambah dengan sedikit minyak dan garam.
2.Masukkan sayur dalam air sejuk @ berisi ais batu.
BAHAN MINYAK BAWANG PUTIH:
Bawang putih
Minyak masak
CARA MEMASAK:
1.Cincang bawang putih dengan banyak.
2. Goreng bawang putih dengan minyak yang banyak.
3. Bila bawang putih kelihatan agak perang, angkat dan toskan bawang tadi.
4. Simpan dlam botol kca supya tahan lama.
CARA MEMASAK:
1.Buang biji semua cili kering. Sangai tanpa minyak hingga agak garing kemudian angkat. Birkan sejuk seketika.
2.Kisar kering cili kering tadi. Jangan sampai hancur sangat.
3.Tumis 4 sekawan, jintyan putih, peppercorn Sichuan dalam minyak yng banyak. Kemudian tapis bahan-bahan tdi.
4. Ambil minyak tadi, kemudian tuang dalam cili kering yang dikisar tadi.Pstikan minyak betul-betul panas.
5.Masukkan bijan, garam dan perasa dengan secukupnya.
6. Minyak cili siap dan sejukkan sebelum disimpan dalam balang kaca. Boleh nikmati dengan apa jenis sup.
Gemar masakan barat terutama pasta tapi bosan asyik masak menu biasa. Ubah selera dengan pelbagai resipi pasta yang membuat anda berselera.
1. SEAFOOD PASTA
BAHAN-BAHAN:
300gm pasta penne
5-6 ekor kepah
5-6 ekor udang
3 ulas bawang putih cincang halus
4 sudu makan pes tomato
2 sudu makan minyak zaitun
2 sudu makan cincangan daun parsli
Garam, lada hitam dan lada sulah secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Didihkan air yang banyak di dalam kuali dengan sedikit garam. Celur pasta selama 8-10 minit dan toskan. Simpan di tempat yang suam. Ketepikan.
Panaskan minyak zaitun di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan kepah, udang dan pes tomato. Didihkan selama 6-8 minit.
Tambah garam, lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
Masukkan pasta rebus dan cincangan daun parsli. Gaul sebati dan hidangkan segera.
INFO CHEF: Boleh tambah/guna seafood mengikut bajet anda.
2. PESTO PASTA
BAHAN-BAHAN:
1 paket pasta panjang – spageti/tagliatelle/linguine/fettucine
2 cawan cincangan daun basil segar
½ cawan keju parmesan/romano | parut halus
½ cawan minyak zaitun
¼ cawan kacang pain |panggang
5 ulas bawang putih
Garam dan lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Didihkan air yang banyak di dalam periuk. Rebus pasta mengikut arahan pada bungkusan dan toskan. Ketepikan.
Untuk membuat sos pesto; Satukan semua bahan kecuali keju, garam dan lada hitam di dalam mesin pengisar.
Kisar sehingga semua bahan lumat.
Tambah garam dan lada hitam secukup rasa.
Tuangkan sos pesto dan parutan keju ke atas pasta rebus dan gaul sebati. Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka, boleh tambah lebih keju.
3. PEPPERONI PASTA
BAHAN-BAHAN:
400gm pasta pendek pelbagai warna
600gm tomato dalam tin
220gm pepperoni
1 biji cili benggala merah |cincang dadu
1 biji bawang besar | cincang dadu
2 sudu makan cincang daun parsli
1 sudu makan pes tomato
1 sudu teh paprika
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak zaitun secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan dua sudu makan minyak zaitun di dalam kuali. Tumis bawang besar hingga wangi selama 5 minit dengan api yang sederhana.
Masukkan pula cincangan cili benggala, tomato dan pes tomato. Tambah paprika. Kacau sekata. dan didihkan beberapa minit.
Masukkan pepperonidan sedikit daun parsli. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Didihkan selama 5 minit lagi.
Sementara itu, didihkan air yang banyak di dalam periuk bersama sedikit garam. Celur pasta pelbagai warna selama 8-10 minit dan toskan. Tuang ke dalam pinggan hidang.
Tuang sos ke atas pasta dan tabur lebihan daun parsli cincang. Hidangkan segera.
INFO CHEF: Jika mahu lebih pedas, boleh tambah lebih serbuk paprika.
4. LINGUINE ALLA PUTTANESCA
BAHAN-BAHAN:
300gm linguine
400gm plum tomatoes
10 ekor anchovy fillets (dalam tin)
3 ulas bawang putih |cincang halus
3 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan capers | toskan
¾ cawan buah zaitun | cincang kasar
Secubit serbuk cayenne
Garam dan lada sulah secukup rasa
Cincangan daun parsli secukupnya
CARA MEMASAK:
Didihkan air yang banyak di dalam periuk bersama sedikit garam. Rebus linguineselama 8-10 minit dan toskan. Simpan di tempat suam. Ketepikan.
Tomato dicelur, buang kulit dan cincang. Ketepikan.
Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Masukkan cincangan bawang putih dan tumis hingga wangi.
Masukkan fillet anchoviesdan hancurkan sedikit. Tambah capers, buah zaitun dan cincangan tomato. Tambah serbuk cayenne dan didihkan selama 20 minit.
Gaul sos tadi bersama linguinerebus dan tabur cincangan daun parsli. Hidangkan segera.
INFO CHEF: Capers adalah buah daripada tumbuhan berasal dari Mediteranian. Bentuknya kuncup kecil dengan warna kehijauan. Biji ini memiliki kelopak yang lembut. Biasanya diawetkan dengan diberikan garam dan dimasukkan dalam larutan cuka.
5. CREAMY RAVIOLI
BAHAN-BAHAN:
400gm doh pasta segera |nyah bekukan
120gm dada ayam | cincang halus
120gm hirisan cendawan
50gm cincangan bayam muda
1 labu bawang besar | cincang halus
3 ulas bawang putih |cincang halus
6 sudu makan parutan keju romano
2 sudu makan cincangan daun basil segar
1 cawan krim masakan
2 biji telur | pukul dengan garpu
Secubit serbuk buah pala
Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Untuk membuat inti; Satukan ayam, separuh daripada bayam, bawang besar di dalam mesin pengisar hingga hancur. Tuang ke dalam mangkuk. Ketepikan.
Tambahkan separuh daripada keju, sebiji telur dan serbuk buah pala. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati.
Doh pasta yang lebar dipotong dua. Sendukkan sesudu teh inti ayam tadi dan letakkan berjarak di atas dos pasta hingga menjadi 10-15 ketul. Ambil sekeping lagi doh pasta dan tutup ke atas doh yang berinti tadi. Potong setiap bahagian yang berinti menggunakan pemotong bergerigi dan membentuk ravioli segi empat sama bersaiz 4-5cm. Beruskan sebiji lagi telur ke bahagian tepi ravioli bagi mengelakkannya terbuka.
Sementara itu, di dalam periuk, panaskan air dalam kuantiti yang banyak lalu celur ravioli selama 5 minit dan toskan. Letak ravioli ke dalam pinggan menghidang. Ketepikan.
Di dalam kuali leper, panaskan krim masakan selama seminit. Tambah cincangan bawang putih, hirisan cendawan, lebihan daun bayam dan lebihan keju lalu didihkan seminit lagi. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Tuang kuah krim ke atas ravioli dan hias dengan cincangan daun basil dan parutan keju. Hidangkan segera.
INFO CHEF: Hidangan yang mengenyangkan.
6. CHICKEN TORTELINNI
BAHAN-BAHAN:
450gm doh pasta segera |nyah bekukan
120gm dada ayam |cincang dan celur hingga empuk
1 labu bawang Bombay | cincang halus
2 sudu makan cincangan daun parsli
50gm bayam muda
2 sudu makan parutan keju parmesan
1 biji telur |pukul dengan garfu
Secubit ‘allspice’
Garam dan lada sulah secukup rasa
BAHAN-BAHAN SOS:
1 ½ cawan krim masakan
120gm cendawan butang | hiris nipis
3 ulas bawang putih | cincang halus
4 sudu makan parutan keju parmesan
Garam dan lada sulah secukup rasa
Cincangan daun parsli |untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Untuk membuat inti; Di dalam mesin pengisar, satukan ayam, bayam dan bawang lalu kisar halus dan sebati.
Tuang ke dalam mangkuk. Tambah allspice, parutan keju, telur, garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati. Ketepikan.
Potong doh pasta kepada 4-5 cm dalam bentuk bulat. Sudukan inti tadi ke dalam doh pasta dan lipat dua (seperti membuat karipap). Kemudian temukan kedua-dua hujung doh dan pintal sedikit agar tidak terbuka untuk membentuk tortellini. Ketepikan.
Sementara itu, di dalam periuk, panaskan air yang banyak dengan sedikit garam. Celur tortellini selama 5 minit dan toskan. Letakkan tortellini ke dalam pinggan menghidang. Ketepikan.
Untuk membuat sos; panaskan krim masakan di dalam kuali selama tiga minit. Tambah hirisan cendawan, separuh parutan keju lalu perasakan dengan garam dan lada sulah secukup rasa. Tutup api dan tuang sos ke atas tortellini. Tabur lebihan keju dan hias dengan cincangan daun parsli. Hidangkan segera.
INFO CHEF: Pastikan ketika anda membentuk tortellini, lipatannya tidak terbuka untuk menggelakkan isinya terkeluar.
Apa kata sesekali kita buat makaroni goreng untuk hidangan seisi keluarga. Mesti mereka suka sebab makaroni goreng ni memang ramai yang suka. Sesuai juga untuk dijadikan hidangan untuk majlis rumah terbuka bersempena Syawal ni.
MAKARONI BAKAR
BAHAN-BAHAN
Sedikit minyak jagung dan mentega untuk menumis
5 biji bawang merah (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 sudu besar lada hitam (tumbuk)
1/2 inci halia (tumbuk)
3 sudu besar rempah kari
500 gram daging kisar (dicencang)
Garam secukupnya
1 tin susu cair ideal dan 1 tin air
Sedikit bawang goreng
2 cawan makaroni (direbus sampai lembut)
Sedikit parutan keju mozarella atau cheddar
4 biji telur ayam (dipukul)
Sedikit daun bawang atau sup
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak jagung dan mentega. Tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama rempah sehingga naik bau.
2. Masukkan daging kisar dan goreng sehingga masak. Perasakan dengan garam.
3. Masukkan susu cair, air dan bawang goreng. Kemudian dimasak sekejap.
4. Makaroni yang sudah direbus, ditoskan kemudian masukkan dalam bekas yang bersih.
5. Masukkan bahan daging yang sudah masak tadi ke dalam bekas bersama makaroni dan gaul rata.
6. Tambah keju.
7. Masukkan dalam dulang atau loyang pembakar. Tuangkan telur ayam di atas macaroni, tabur mozerella dan baki cheese kalau suka.
8. Taburkan daun sup atau daun bawang dan bawang goreng.
9. Bakar selama 40 minit dengan suhu 170°C atau hingga masak.
TIP
Boleh tambah lada benggala, cendawan dan tomato yang dipotong dadu.
Laksam adalah makanan masyarakat Pantai Timur yang kuahnya rasa lemak-lemak. Memang sedap. Boleh dijadikan sarapan atau minum petang. Banyak dijual di pasar pagi dan pasar malam. Tapi kalau buat sendiri, lebih sedap dan puas makan. Kuah tu, buat pekat-pekat sikit.
Di samping kuah, laksam tu sendiri pun kena sedap. Nak tahu cara buat laksam? RASA kongsikan resipi laksam homemade. Jom cuba.
LAKSAM
BAHAN-BAHAN
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum (BELI DI SINI)
1/2 sudu teh garam (BELI DI SINI)
5 cawan air suam
Sedikit minyak masak
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua bahan adunan sehingga sebati. Pastikan tepung tidak berketul.
2. Masukkan sedikit minyak masak dan sebatikan.
3. Panaskan pengukus. Sapu minyak masak pada talam.
4. Apabila pengukus sudah panas, letak talam dalam pengukus dan masukkan adunan laksam. Jangan masukkan semua sekali. Masukkan sedikit-sedikit. Tipis saja. Kalau tebal nanti laksam susah hendak digulung.
5. Tutup pengukus dan biarkan seketika. Lebih kurang 2 minit atau sehingga adunan tadi naik gelembung. Itu menandakan laksam sudah masak dan boleh diangkat.
6. Adunan ini cukup untuk lapan batang laksam. Kalau nak lebih, gandakan adunan.
TIP LAKSAM LEBIH CANTIK
a) Gulung laksam ketika laksam masih suam-suam kuku. Jangan gulung ketika panas. Kalau digulung ketika panas, laksam jadi menggerutu dan melekat-lekat pada talam.
b) Tak perlu oles minyak pada talam setiap kali hendak mengukus. Oles minyak hanya apabila talam sudah kering.