
Petang-petang kalau tak tahu nak buat kuih apa, tak ada idea, kamu boleh lah cuba resipi dari utara ni. Cucuq atau Cucur Balak ia lebih kurang macam cucur udang cuma cara masaknya sahaja yang berbeza. Ikut suka jika nak masukkan kucai dan taugeh pun boleh, sedap dimakan bersama kuah kacang atau sambal,. Jika anak tak suka makan sayur gantikan dengan sosej mesti laju jer makan. Mak-mak mesti cuba!
RESIPI CUCUQ BALAK

Bahan-Bahan:
- Tepung gandum
- Telor sebiji
- Serbuk kunyit
- Garam @ perasa ikut suka.
- Daun kucai
Cara-Cara:
- Semua bahan di blend..bancuhan agak2 jgn terlalu cair atau pekat.mcm nk buat roti jala bancuhannya
- Kemudian dilenggang dan digulung..barulah digoreng sehingga garing.
- Dah siap!



Kongsi resipi: Sofi Hanim Saidin
https://www.facebook.com/sofihanim.saidin/videos/1692835290793258/
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Ayam Goreng Mamak Crispy Dijamin Menjilat Jari

Bagi penggemar menu Ayam Goreng Mamak yang crispy tu, pasti teringat-ingat akan keenakannya. Ayam yang diperap dengan rempah-rempah istimewa yang kemudiannya digoreng garing. Waduh…enaknya!
Sajian mamak begini biasanya akan menggunakan rempah kasar, aneka tepung untuk salutan yang rangup dan tentunya juga daun kari. Tak ada daun kari tak jadi sis menu ni. Tak naik bau bila digoreng. Sebab tu lah kena pastikan daun kari ada kalau nak masak menu ni.
Satu lagi yang perlu ada bila masak ayam goreng adalah minyak masak yang banyak. Kena goreng secara deep fry. Barulah hasil gorengan tu masak sempurna dan sekata.
Jomlah cuba masak meu Ayam Goreng Mamak Crispy perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Bahan-bahannya cukup mudah dan senang diperolehi di kedai runcit berhampiran. Selamat mencuba!
CARA MUDAH MASAK AYAM GORENG MAMAK CRISPY

BAHAN A:
- 1/2 ekor ayam
- 2 paket kecil serbuk cili – beli online disini
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu teh garam
- 3-4 tangkai daun kari
- 1 senduk tepung beras – beli online disini
- 1/2 senduk tepung gandum – beli online disini
- 3 sudu besar air asam jawa – beli online disini
- 1/2 cawan air
BAHAN B (KISAR SEMUA):
- 1 1/2 biji bawang besar
- 3-4 ulas bawang putih
- Sedikit halia
- 1 1/2 sudu besar biji ketumbar – beli online disini
- 1 sudu besar jintan manis – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ayam dan potong kecil.
2.Satukan semua bahan B kemudian kisar halus.
3.Satukan bahan A dan bahan B. Gaul sebati dan lumurkan pada ayam hingga rata.
4.Perap selama 30 minit dalam peti sejuk bahagian bawah. Lagi lama diperap lagi sedap rasa ayamnya.

5.Panaskan minyak masak dengan banyak dan goreng ayam hingga tenggelam.

6.Angkat, toskan minyak dan sedi untuk dinikmati.

Kredit petua & foto: Mariana Zainal
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Sedap & Gebu, Mudah Je Nak Buat Kek Minyak Sunquick Kukus

Masih lagi dalam mood raya! Pasti ada yang bercadang nak buat majlis rumah terbuka kan.
Bolehlah hidangkan kek minyak sunquick kukus yang gebu dan sedap ini.
Resipi yang dikongsikan Masni Bahari ini, sangat mudah dan bahan-bahan pun mudah didapati.
KEK MINYAK SUNQUICK KUKUS

BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
2 cawan tepung gandum – beli online di sini
1 cawan gula | kisar halus – beli online di sini
1 cawan susu cair – beli online di sini
1 cawan minyak masak – beli online di sini
1 sudu besar ovelet – beli online di sini
1 sudu besar baking powder – beli online di sini
3 sudu besar pati sunquick (nak lebih silakan) – beli online disini
Sedikit pewarna oren
TONTON Salted Brown Butter Crispy Treats
TONTON Spageti Rendang Daging
CARA-CARA:
1. Satukan semua bahan kecuali tepung, minyak dan susu cair.
2. Mixer bahan tadi sampai jadi putih gebu.
3. Kemudian, baru tuang susu cair dan minyak. Mixer hingga sebati, kemudian baru tuang tepung.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

4. Adun hingga sebati. Sapu minyak sikit dekat loyang dan alaskan dengan kertas minyak.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Kukus selama 45 minit sampai kek betul-betul masak. Pastikan air betul-betul mendidih baru letak adunan kek tadi.
Kredit resipi: Masni Bahari
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Dapur Rasa: Campak-Campak Jadi Episod 1 – Resipi Yee Mee Goreng Cendawan & Sekaya Labu Pulut.

RASA kini tampil dengan rancangan masakan ‘online’ terbaru, Dapur Rasa: Campak-Campak Jadi. Menampilkan Chef Imelda Harris sebagai pengacara, pada setiap minggu Chef Imelda akan berkongsi resipi masakan menggunakan bahan-bahan dari bakul misteri. Kalau nak salin resipinya, saksikan Dapur Rasa: Campak-Campak Jadi secara live di Facebook Majalah Rasa dan Youtube Channel Majalah Rasa pada setiap hari Rabu, jam 11.30 pagi.

Episod pertama yang bersiaran hari ini, Chef Imelda telah berkongsi dua resipi mudah, sedap dan membuka selera menggunakan bahan-bahan yang ada dalam bakul misteri iaitu Yee Mee Goreng Cendawan dan Sekaya Labu Pulut. Nak cuba masak menu-menu ni untuk keluarga tersayang? Jom lihat resipi di bawah.
1. YEE MEE GORENG CENDAWAN

BAHAN-BAHAN:
- 1 paket yee mee kering | celur hingga lembut
- 2 keping dada ayam | hiris nipis
- 3 biji telur
- 8 biji cendawan shintake kering | rendam dan hiris
- 2 paket cendawan enoki
- 1 paket kecil cendawan tiram
- 12 biji ceri tomato
- 1 batang lobak merah | sagat halus
- 1 ikat sawi hijau | hiris
- 1 tangkai cili merah | hiris
- 1/2 cawan sos tiram
- 1 cawan kicap manis
- 2 sudu makan minyak bijan
- 5 ulas bawang putih | hiris
- 1 inci halia | hiris halus
- Minyak untuk menumis
- Garam dan lada hitam secukup rasa
- Air secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak sehingga kuning keemasan.
2. Masukkan isi ayam dan cili merah. Tumis sehingga ayam separuh masak. T
3. Tuangkan sos tiram dan kicap manis. Kacau sehingga sebati lalu tambahkan sedikit air.
4. Tuang kesemua cendawan dan halia. Biarkan merenih seketika.
5. Seterusnya gaul yee mee dan kuah sehingga sebati. Masukkan lobak merah, sawi, minyak bijan dan reneh sehingga mee masak.
6. Perisakan dengan garam dan lada hitam secukup rasa. Pecahkan telur dan tutup api. Pastikan mee masih berkuah dan tidak kering.
7. Taburkan dengan bawang goreng dan daun bawang sebelum dihidang
2. SEKAYA LABU PULUT

BAHAN-BAHAN:
- 1 biji labu | saiz sederhana
- 5 biji telur ayam gred A
- 1 cawan gula perang
- 1 cawan santan pekat
- 1/2 cawan susu segar
- 1 sudu teh esen vanilla
- Garam secukup rasa
BAHAN PULUT:
- 1 cawan beras pulut | dibersihkan
- 1/2 cawan santan pekat
- 3/4 cawan air
- 1 sudu teh minyak masak
- 1 sudu teh garam bukit

CARA MEMASAK:
1. Sediakan periuk kukusan dan pastikan air yang dimasukkan mencukupi untuk mengukus nanti.
2. Satukan beras pulut, santan, air, minyak masak dan garam ke dalam periuk. Kacau sebati dan masak dalam periuk tekanan ( pressure cooker) sehingga pulut masak. Boleh juga masak menggunakan periuk nasi elektrik. Sejukkan.
3. Ambil labu dan bersihkan kulitnya. Potong bahagian atas labu ( kawasan tangkai) dengan cermat untuk dijadikan penutup.
4. Angkat penutup, keluarkan biji labu dan basuh bersih bahagian dalamnya. Toskan seketika.
5. Dalam bekas berasingan, kacau gula dan telur hingga kembang. Masukkan esen vanilla, santan serta susu. Kacau sebati dan tambahkan garam.
6. Isi pulut dan bancuhan telur ke dalam labu. Tutup penutupnya dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.
7. Angkat labu dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong dan dinikmati.
DI SEBALIK TABIR PENGAMBARAN

JOM TONTON:
DAPUR RASA: CAMPAK-CAMPAK JADI ( EPISOD 1)

