Memang Berbaloi Pakej Penginapan STAY-Kawtim, MAKAN Unlimited, Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur

Share

 

Dapat penginapan 2 hari 1 malam, dapat makan tanpa had selama 9 jam dan dapat baucar tunai beli-belah. Perghhhhh. Apa lagi nak? Memang sangat berbaloi jika korang dapatkan Pakej Penginapan Stay-Kawtim, Makan Unlimited dari Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur ni. Kena cepat grab pakej ni sebab tempoh tempahan dilanjutkan hanya sehingga 30 September 2020.

APA YANG ADA DALAM PAKEJ STAY-Kawtim, MAKAN Unlimited?

Harga hanya RM238.
• Penginapan 2 hari 1 malam di Bilik Superior untuk dua (2) orang dewasa dan dua (2) kanak-kanak (di bawah 12 tahun) termasuk sarapan pagi.
• Makan Unlimited selama 9-jam, dengan lebih daripada 40 menu istimewa termasuk makanan Melayu, Cina, India, dan Barat, serta pilihan yang menyelerakan untuk kanak-kanak.
• Waktu makan mula dari jam 12.00 tengah hari. Makan Unlimited dihidang secara berterusan dari waktu makan tengah hari, minum petang dan diakhiri dengan makan malam. Pilihan menu berubah untuk setiap tempoh makan.
• Baucar tunai bernilai RM100.00 dan diskaun serta tawaran hebat dari kedai tertentu di Sunway Putra Mall. Tertakluk kepada Terma & Syarat.

 

BOLEH MAKAN UNLIMITED? BETUL KE?

Betul. Macam-macam dihidangkan.

.

.

.

.

.

.

.

BOLEH KE PERGI WAKTU CUTI UMUM?

Ya, boleh! Pakej ini boleh digunakan pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan Cuti Umum. Check in jam 3.00 petang. Tapi kita boleh datang seawal jam 12 tengah hari untuk MAKAN Unlimited dahulu. Kemudian barulah check in.

APA YANG MENARIK SEKITAR HOTEL SUNWAY PUTRA KUALA LUMPUR?

Apa yang menarik? Sudah semestinya tempat shopping! Hotel ini ada laluan terus dengan pusat beli-belah Sunway Putra Mall yang ada lapan tingkat ini. Kita boleh shopping 300 jenama antarabangsa dan tempatan. Ada juga pelbagai restoran, kemudahan rekreasi hiburan dan taman permainan kanak-kanak in-door. Sunway Putra Mall beroperasi setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam dan boleh diakses dari lobi hotel di tingkat bawah. Wow sangat kan?

Kita juga boleh bersiar-siar menaiki bas pelancong dua tingkat berbumbung terbuka KL Hop-On Hop-Off

. Laluan perjalanan bas KL Hop-On Hop-Off ini meliputi 27 perhentian yang merangkumi lebih 60 tarikan pelancongan utama dan mercu tanda dengan penerangan. Kalau berminat boleh rujuk pada perkhidmatan concierge hotel untuk maklumat laluan, tiket atau untuk tempahan khas.

SOP PANDEMIK COVID-19 MACAM MANA?

Jangan risau. Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur menerapkan prosedur operasi standard biasa (SOP) baharu dan meningkatkan amalan dan protokol kebersihan. Hotel ini juga menjalankan Program Sunway Safe Stay

. Ada lebih daripada 30 protokol amalan pembersihan yang ketat untuk memastikan keselamatan dan kesihatan para pengunjung.

Program Sunway Safe Stay menitikberatkan amalan pembersihan yang ketat untuk jaminan, keselesaan dan taraf kesejahteraan yang optimum bagi memastikan keselesaan penginapan para pengunjung di Sunway Putra Hotel.

Pakej STAY-Kawtim, MAKAN Unlimited ini sebenarnya bertepatan dengan usaha kerajaan untuk merangsang sektor pelancongan. Jangan lupa dengan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 bagi pelancongan domestik yang diumumkan sebelum itu. Tempoh untuk menuntut pelepasan cukai tersebut telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

Kerajaan Malaysia juga telah mengumumkan pengecualian cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penginapan yang disediakan oleh pengendali premis penginapan mulai 1 September 2020 hingga 30 Jun 2021 dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). Pengecualian cukai perkhidmatan (TTx) tersebut juga dapat dinikmati oleh penginap warga negara asing yang menginap di Malaysia.

MACAM MANA NAK TEMPAH PAKEJ STAY-Kawtim, MAKAN Unlimited?

Ada 4 cara untuk menempah.

1) ONLINE

Boleh ditempah melalui laman web https://www.sunwayhotels.com/sunway-putra/offers/stay-kawtim-makan-unlimited mulai sekarang hingga 30 September 2020 dan boleh digunakan pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan Cuti Umum dari sekarang hingga 27 Disember 2020.

2) PANGGILAN TELEFON

Penempahan juga boleh dibuat melalui Bahagian Tempahan hotel di talian: +603 4040 9888

3) E-MEL

Boleh ditempah melalui e-mel: spkl.reservations@sunwayhotels.com

4) DATANG KE HOTEL

Datang ke hotel dan buat tempahan di kaunter. Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur beralamat di 100 Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi hotel di talian: +603 4040 9888 atau E-mel: spkl.enquiry@sunwayhotels.com

Published by
Siti Mariam Elias