
Anda yang suka masakan pedas wajib cuba menu ni. Kombinasi cili api dan daging pasti membuat anda berselera makan. Rencah yang digunakan pun tak banyak. Pasti licin sepinggan.
SAMBAL DAGING CILI API
**Bahan kisar A
**15-20 ulas cili api merah
**3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
Bahan bertanda ** kisar hancur dulu, baru kisar bawang merah sekejap aje, supaya tak hancur sangat.
1 inci halia-dihiris
**B
Garam
Gula (saya guna gula perang)
1 – 2 sudu besar kicap pekat manis
1 – 2 sudu besar sos tiram
4 – 5 sudu besar sos cili
**C
Bahan hiris
Bawang besar
Kacang panjang
Cili merah dibelah dua
**daging yang telah siap digoreng.70% masak. (sekilo daging)
** gaul dengan garam dan serbuk kunyit
Cara memasak:
1.Tumis bahan kisar A sampai pecah minyak.
2.Masukkan bahan B.
3.Selepas sebati dan cukup rasa, masukkan daging.
4.Akhir sekali masuk bahan hiris.
Kredit: Ziera Xiera
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Paprik Sardin & Telur Dadar Gebu, Lauk Simple Tapi Sedap!
Resipi Baby Pancake Viral. Mudah Je, Dah Sejuk Pun Masih Lembut
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ayam Masak Cendawan Shitake & Kuzi Daging, Kecur Air Liur Dibuatnya.

Haaa kat peti sejuk tu ada ayam dan daging. Malas nak ulang resipi yang sama, jom kita try lauk Ayam Masak Cendawan Shiitake dan Kuzi Daging. Bunyi tajuk resipinya sahaja dah cukup padu kan.
Shitake memberikan ‘flavour’ cendawan yang sedap lagi menyihatkan. Bercerita pasal kuzi daging ni pulak,menurut Zulfaza Loves Cooking ZLC dalam FB nya lauk ini ada macam-macam versi. Versi Pantai Timur ada, Johor pun ada. Menariknya ada yang suka letak kerisik dan ada juga resipi menggunakan yogurt. Apa pun versinya janji sedap dan memuaskan hati.
AYAM MASAK CENDAWAN SHIITAKE @ ZLC

.
BAHAN-BAHAN :
- 300g ayam (potong kecil)
- 1 pek cendawan shitake atau cendawan butang (belah dua)
- 5 batang cili kering
- 5 butir bawang putih (ketuk jer)
- halia lebih kurang sebesar ibu jari (hiris nipis)
- 1 biji bawang besar (potong bulat)
- 3 sudu sos tiram
- 1 sudu besar minyak bijan
- 2 sudu besar kicap pekat
- 2 sudu besar kicap cair (saya letak kicap pekat manis jer 4 sb)
- lada putih secukup rasa
- Air secukupnya
- sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK ;
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, halia dan cili kering sehingga naik bau. Masukkan sos tiram dan ayam. Masukkan air (ikut citarasa nak kuah banyak ke sikit) supaya ayam lebih cepat masak.
2. Tunggu hingga ayam empuk dan kuahnya mendidih.Masukkan cendawan, kicap pekat, kicap cair dan bawang yang dipotong bulat. Kemudian, masukkan lada putih dan minyak bijan.
3. Gaul hidangan agar sekata. Sedia untuk dihidang.
* Ayam masak cendawan ni empunya resipi tak letak garam sebab dah pakai sos tiram dan kicap.
KUZI DAGING

.
BAHAN-BAHAN :
- 2 kg daging dihiris nipis
- 4 tangkai daun pudina
- 2 pokok daun ketumbar
- 1/2 tin susu cair
- 1/2 tin tomato puri
- Gajus dan kismis secukupnya
- 100 gm rempah kari daging
- 100 gm rempah briyani
- garam secukup rasa
- Gula melaka dan madu secukup rasa
- 1 ketul gula batu
Bahan Tumis
- 6 sudu besar minyak makan
- 1 sudu besar minyak sapi
- 6 biji bawang besar | dikisar
- 8 ulas bawang putih | dikisar
- 4 inci halia | dikisar
- 2 kuntum bunga lawang
- 6 kuntum bunga cengkih
- 6 biji buah pelaga
- 2 batang kulit kayu manis
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis hingga naik baunya.
2. Masukkan rempah kari dan rempah briyani. Tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan tomato puri dan juga susu cair.
3. Masukkan daging dan masak sehingga empuk. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Bila sudah masak dan daging empuk, masukkan daun pudina, daun ketumbar, cili merah, cili hijau tan taburkan gajus goreng dan kismis.
* Empunya resipi hidangkan dengan nasi briyani
Kredit : Zulfaza Loves Cooking ZLC
ANDA MUNGKIN SEDANG MENCARI PRESSURE COOKER UNTUK MEMASAK SAJIAN DAGING, SILA LAYARI DI SINI DENGAN PELBAGAI PILIHAN MENARIK.
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI DI VIDEO INI :
DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :
Nasi Daging Air Asam Morocco ,Sajian Raya Istimewa Dari Chef Liza Zainol.
Soto Daging & Bihun Sup Bebola. Sajian Ringkas Tapi Sedap Untuk Tetamu Datang Beraya.
Daging Paprika Cendawan. Sajian Buat keluarga Tercinta Di Hujung Minggu.
Lepas Raya Ni, Jom Western!

Hampir seminggu disua dengan makanan tradisional, memang sedap tapi bila setiap hari muak jugakan? Kebanyakan restoran dan cafe masih tutup cuti raya. Cara terbaik, masak sendirilah kita. Jommm western,

MEATBALL BLACK PAPER
BAHAN-BAHAN:
BEBOLA DAGING:
- 500 gram isi daging | kisar
- 4 sudu makan | mentega
- 2 biji bawang besar | cincang halus
- 5 ulas bawang putih | cincang halus
- 5 sudu makan serbuk roti
- 2 sudu makan lada hitam
- 2 sudu makan serbuk lada putih
- 1/2 sudu makan serbuk mixed herbs
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 biji telur
- Sedikit Italian Herbs
- 3 sudu makan susu cair
- Sedikit minyak masak | untuk menggoreng
BAHAN SOS PERANG:
- 500 ml air
- 5 sudu makan serbuk sos perang segera
- 1 sudu makan serbuk lada hitam kasar
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 ulas bawang merah | cincang halus
- 1 sudu mentega
- Sedikit kentang goreng | sampingan
CARA MEMASAK:
- Panaskan mentega dan tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dicincang hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
- Masukkan ke dalam pengisar daging, bawang goreng, serbuk roto, lada hitam dan putih, mixed herbs, telur, Italian herbs dan susu.
- Kisar sehingga sebati.
- Keluarkan dalam mangkuk, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Bentukkan adunan daging menjadi seperti bebola (saiz ikut cita rasa).
- Setelah siap, goreng menggunakan minyak yang sedikit. Angkat dan toskan.
- Sediakan sos perang pula, panaskan mentega dalam kuali.
- Tumiskan bawang putih dan merah hingga wangi. Masukkan bacuhan sos perang dengan air.
- Kacau hingga kuah menjadi pekat, kemudian, masukkan serbuk lada hitam.
- Apabila kuah pekat, tuangkan atas daging bebola daging.
- Hidangkan bersama kentang goreng.

SPAGETI MEATBALL MOZA
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket spageti | rebus hingga masak
- 6 ulas bawang merah | cincang
- 2 ulas bawang putih | cincang
- 2 biji tomato | potong dadu
- 500gm daging kisar
- 1/2 batang lobak merah | potong dada halus
- 4 biji cendawan butang | potong dadu
- 250gm puri tomato
- 250gm sos tomato
- ½ cawan susu segar
- 1 cawan air
- Sedikit Italian Herbs
- 1 kium stok daging lembu
- 100gm mozarella
- 10 biji meatball
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk. Goreng meat ball hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
- Kemudian tumiskan, tumis bawang merah dan putih hingga wangi.
- Masukkan daging kisar, terus kacau hingga daging bertukar warna keperangan.
- Seterusnya masukkan hirisan lobak merah, cendawan butang dan tomato.
- Setelah sayur layu masukkan sos dan puri tomati, air dan susu, Kacau hingga sekata.
- Apabila mendidih masukkan Italian Herbs dan stok daging lembu.
- Tambahkan sedikit garam jika tidak masin.
- Biarkan kuah mereneh atas api perlahan hingga kuah pekat.
- Masukkan spageti dalam pinggan hidang, tuangkan kuah balognes di atasnya.
- Akhir sekali taburkan keju mozarella di atasnya dan tambah meat ball. Kemudian masukkan dalam ketuhar gelombang selama dua minit untuk mencairkan keju.
- Sedia dihidangkan panas-panas.
Daging Goreng Thai Stail Ibu. Sedap Makan Dengan Nasi Putih

Daging goreng Thai stail ibu ini memang sedap. Seperti kebanyakan masakan Thai lain, ia penuh aroma dan ada rasa masam dan pedasnya yang amat membuka selera.
Nak memasaknya bukan susah sangat. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Ameera ini ye. Gerenti makan bertambah!
Daging Goreng Thai Stail Ibu
Bahan-bahan:
400gm daging (potong dan bersihkan)
4 ulas bawang putih (hiris) – boleh beli online di sini
1 labu bawang merah besar (hiris) – boleh beli online di sini
Sedikit sos ikan (anggaran 1 sudu makan) – boleh beli online di sini
2 sudu makan cili kisar – boleh beli online di sini
Sedikit daun limau purut – boleh beli online di sini
1 biji tomato (belah 4)
Buah limau nipis – boleh beli online di sini
Daun ketumbar
Garam – boleh beli online di sini
Gula – boleh beli online di sini
3-5 batang cili padi (pilihan) – boleh beli online di sini
Minyak masak – boleh beli online di sini
Bahan Perap:
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu kecil lada hitam – boleh beli online di sini
2 sudu makan sos tiram – boleh beli online di sini
Garam secukup rasa – boleh beli online di sini
Cara Memasak:

Satukan daging dan semua bahan perapan dalam satu bekas. Gaul sebati dan perap selama I jam. Ketepikan.

Panaskan minyak tumis bawang putih dan bawang besar. Tumis hingga terbit wangi dan bawang layu.

Kemudian masukkan daging yang dah diperap tadi dan gaul sebati. Masukkan daun limau purut. Kemudian tutup periuk. Guna api sederhana sahaja. Masak daging sehingga lembut. Tapi rajin kacau-kacau ye.

Bila daging dah masak, masukkan cili kering kisar. Kalau nak pedas, boleh tambah kuantiti. Tambah pula sos ikan. Kemudian ambil sepotong limau nipis dan perahkan. Tambah gula secukup rasa.

Setelah itu masukkan tomato. Gaul rata. Nak masukkan cili padi pun boleh kalau suka pedas.
Last sekali, taburkan daun ketumbar.

Siap! Sedap makan dengan nasi putih panas-panas dan telur dadar. Peh!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

