Memang Pekat & Berkilat! Boleh Tiru Resipi Wajik Durian Ini

Share

Musim durian sudah datang. Walaupun raja buah ini sekarang ini dikatakan mencecah harga kayangan, tapi masih harga yang mampu beli.

Jika ada buah durian di rumah yang tak habis dimakan, bolehlah buat menu wajik durian yang pekat sedap ini daripada Rozza Raha ini.

WAJIK DURIAN

BAHAN-BAHAN:

1 kilo beras pulut | basuh dan rendam semalaman – beli online di sini 
1 kilo gula pasir – beli online di sini 


1 kilo pati santan
500 gram gula merah –beli online di sini
500 gram gula melaka atau gula kabung – beli online di sini 
Durian (ikut suka nak masuk banyak mana)
4 helai daun pandan.
1 sudu kecil garam halus

CARA-CARA:

1.Panaskan kukusan. Alas daun pisang dalam pengukus. Tebukkan lubang-lubang pada daun pisang untuk mudahkan wap keluar.


2.Toskan beras pulut dan terus masukkan dalam pengukus tadi. Kukus dalam 20 minit. Jangan tambah air atau apa-apa. Pulut dah masak, ketepikan dulu.


3. Gula kabung dengan gula merah masak dengan sedikit air hingga hancur dan tapiskan.

4. Masukkan gula merah, gula pasir, santan dalam periuk atau kuali yang sesuai. Kacau. Kemudian, masukkan daun pandan dan durian. Kacau semua sebati. Jangan lupa masukkan garam halus.


5. Masak hingga santan betul-betul dah likat.


6. Kena pandai agak-agak tengok santan dah berminyak dan pekat. Kemudian, baru masukkan pulut kukus tadi. Kacau sebati pulut kukus tadi.

7. Masak lagi hingga dah nampak pekat dan bolehlah tutup api. Masukkan dalam loyang yang sesuai. Sejukkan.

*penyediaan saya membuat wajik durian ini mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Kredit resipi: Rozza Roha

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

https://www.rasa.my/20-seleksi-kuih-muih-sempena-ulang-tahun-rasa-ke-20/

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff