Meja hidangan akan lebih meriah dengan aneka hidangan biskut. Tentunya menjadi tumpuan ramai terutama biskut-biskut yang comel dan bentuk yang menawan. Biskut Putar Venetian antara biskut yang menjadi kegemaran ramai kerana ia boleh pelbagai inti di tengahnya. Cubalah buat untuk dihidangkan pada tetamu. Ini resipi Biskut Putar Venetian seperti yang dikongsikan oleh Keroroy Royz
Hiasan: jam strawberry/blueberry/marmalade/Nutella mengikut kesukaan
Ads
CARA MEMBUAT:
1. Pukul mentega, gula icing dan perisa vanila sehingga berkrim menggunakan pengadun elektrik selama 1-2 minit. Boleh juga selama 3-4 minit.
2. Tambahkan tepung beras dan tepung gandum, gaul menggunakan tangan. (Akk guna mixer)
3. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. (Oven akak 170c – api atas dan bawah)
4. Masukkan doh ke dalam ‘piping bag’ dengan muncung hiasan berbentuk bintang (star nozzle) dan tekan doh kepada bentuk cincin/bulatan di atas dulang pembakar yang telah digriskan. Hiaskan di tengahnya dengan sedikit jam strawberry/blueberry/marmalade/nutella mengikut kesukaan.
5. Bakar biskut selama 10-12 minit. Sejukkan sebelum disimpan.
Walaupun raya lambat lagi, tak salah membuat biskut kesukaan anda. Boleh buat kudapan untuk dimakan bila-bila suka. Agak renyah tapi berbaloi. Kalau nak lebih crunchy tambah bakar 10-20 minit api bawah saja. Nanti base bawah akan agak garing. Selamat mencuba.
Biskut Sampan
Bahan-bahan base (bawah):
250g butter sejuk (nak lagi sedap dengan pure butter)
58g susu tepung fernleaf fullcream
458g biscuit mix
Campurkan semua bahan nie sampai jadi doh
Inti:
86g conflakes nestle(kisar kasar)
86g almond nib
86g mix fruit
86g ceri hijau & merah(dadukan)
29g kelapa kering
5sb susu pekat f&n (ikut tekak masing-masing)-beli online di sini
Cara membuat:
1.Campurkan semua bahan sampai sekata.Rasa ikut kemanisan yang kita nak.
2.Ambil doh letak dalam acuan. Picit dekat tengah bagi jadi lekuk bentuk sampan. Ratakan dengan pisau.
Sedapnya Kek Coklat Moist ni. Istimewa resipi ini, ia dibakar menggunakan ketuhar. Biasanya kalau Kek Coklat Moist, ianya dikukus sahaja. Anda nak cuba? Saudari Zuraita Mohd Anua ada kongsikan resipi yang dicuba dari saudari Puan Fara Bakri. Kek ni sangat-sangat moist, padat dan paling special, tak terlalu manis. Bagi penggemar tegar kek coklat, silalah cuba resipi ni. Takkan menyesal punya.
KEK COKLAT MOIST SIMPLE & MUDAH
BAHAN A:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder
Sedikit garam
BAHAN B:
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 sudu teh esen vanilla
BAHAN C:
2 biji telur
1 cawan air panas mendidih
CARA MEMASAK: 1. Satukan bahan-bahan A. Kacau sebati menggunakan senduk. 2. Kemudian masukkan bahan B. Pukul guna mixer hingga sebati. 3. Masukkan telur ke dalam adunan. Pukul lagi hingga sebati dan adunan kelihatan sedikit pekat. 4. Akhir sekali, masukkan air panas menggelegak. Kaup balikkan guna spatula atau sudip kayu hingga sebati. 5. Tuang adunan ke dalam acuan yang telah dialas kertas baking atau oles dengan sedikit mentega. 6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C, guna api atas bawah selama 45 minit atau hingga masak.
7. Sejukkan kek dan bolehlah dituang coklat ganache.
BAHAN COKLAT GANACHE
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan minyak masak
1-2 sudu makan serbuk coklat ( jangan letak banyak nanti pahit. Kalau suka manis, tambahkan sedikit susu pekat manis.)
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan dan sebatikan. 2. Kemudian masak guna api perlahan hingga pekat.
Kalau korang tengah merisik biskut raya, apa kata cuba buat sendiri biskut untuk hari raya kali ini. Hanya guna tiga bahan, korang dah boleh buat biskut yang sedap.
CARA MEMBUAT
1. Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk.
2. Masukkan nutella dan telur ayam.
3. Gaul semua bahan sehingga sebati dan menjadi doh.
4. Ambil adunan dan bulatkan. Letak di atas baking paper.
5. Bakar pada suhu 170 darjah selsius selama 10 minit.
6. Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.