Meja hidangan akan lebih meriah dengan aneka hidangan biskut. Tentunya menjadi tumpuan ramai terutama biskut-biskut yang comel dan bentuk yang menawan. Biskut Putar Venetian antara biskut yang menjadi kegemaran ramai kerana ia boleh pelbagai inti di tengahnya. Cubalah buat untuk dihidangkan pada tetamu. Ini resipi Biskut Putar Venetian seperti yang dikongsikan oleh Keroroy Royz
BISKUT PUTAR VENETIAN
BAHAN-BAHAN:
1 cawan (250 g) mentega/marjerin – BELI ONLINE
1/3 cawan (50 g) gula ising – BELI ONLINE
1 sudu teh perasa vanilla
1/3 cawan (30 g) tepung beras } – BELI ONLINE
250 g tepung gandum } diayak bersama – BELI ONLINE
Hiasan: jam strawberry/blueberry/marmalade/Nutella mengikut kesukaan
CARA MEMBUAT:
1. Pukul mentega, gula icing dan perisa vanila sehingga berkrim menggunakan pengadun elektrik selama 1-2 minit. Boleh juga selama 3-4 minit.
2. Tambahkan tepung beras dan tepung gandum, gaul menggunakan tangan. (Akk guna mixer)
3. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. (Oven akak 170c – api atas dan bawah)
4. Masukkan doh ke dalam ‘piping bag’ dengan muncung hiasan berbentuk bintang (star nozzle) dan tekan doh kepada bentuk cincin/bulatan di atas dulang pembakar yang telah digriskan. Hiaskan di tengahnya dengan sedikit jam strawberry/blueberry/marmalade/nutella mengikut kesukaan.
5. Bakar biskut selama 10-12 minit. Sejukkan sebelum disimpan.
Sumber kredit: Keroroy Royz
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official