2 sudu besar serbuk kayu manis 100gm gula perang – beli online di sini 100gm mentega
CARA MEMBUAT:
1. Gaul semua untuk diratakan atas permukaan doh yang dah dicanai empat segi. 2. Doh digulungkan memanjang dan potong doh yang digulung tadi dengan benang (jangan guna pisau, nanti tak berapa menarik). 3. Biarkan sekejap selama 10 minit bagi kembang lagi. Kemudian boleh bakar sehingga warna golden brown.
BAHAN CREAM CHEESE FROSTING:
100gm cream cheese 100gm gula ising – beli online di sini 2 sudu besar mentega Esen vanilla
Mix kan bahan ni sampai kembang. Kemudian sapukan pada cinnamon roll yang dah siap masak. Siap!
BELGIAN WAFFLE
Ads
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung gandum 1 sudu teh baking powder ½ sudu teh garam 2 sudu besar gula 2 biji telur (asingkan kuning dan putih) ⅓ cawan minyak 2 cawan susu 1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMBUAT:
1. Kacau bahan-bahan kering sampai sebati. 2. Kemudian, masukkan bahan cecair kecuali putih telur. Kacau-kacau sampai tak berketul.
3. Putar putih telur sampai soft peak/ meringue, kemudian masukkan dalam adunan tadi. Bakar dengan menggunakan waffle maker. Siap.
Bagi anda yang menggemari hidangan Lamb Chop, resipi sos perapan perkongsian saudari Yana Rasidini harus anda cuba. Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan yang sukar. Malah dikongsikan juga petua untuk melembutkan daging kambing supaya rasnya lebih enak. Jom cuba. Anda pastik sukakannya.
CARA MEMASAK: 1.Satukan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos bbq bersama madu. Sebatikan. 2. Ambil kepingan daging kambing dan lumurkan kiub pati ayam. 3. Taburkan juga rosemary, basil, oregano, lada hitam dan bawang putih. Lumur rata. 4. Kemudian masukkan campuran sos yang sudah digaul dengan madu. Ratakan. 5. Perap kambing selama 3-4 jam. Lagi lama diperap rasanya akan jadi lebih sedap.
PETUA:Untuk hilangkan bau hanyir kambing, rendam kepinga daging kambing dalam perahan limau selama 5-10 minit. Kemudian ketuk lembut kambing menggunakan lesung batu supaya daging tidak keras, perapan pun meresap elok.
Kredit resipi & foto: Yana Rasid
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedapnya kalau dapat menikmati Lepat Cendol. Rasanya yang lemak-lemak manis, memang tak jemu dimakan. Resipinya pun tak susah. Menerusi perkongsian saudari Azliana Salleh, beliau berkongsi satu resipi Lepat Cendol yang cukup mudah. Tidak perlu kukus pun. Hanya perlu masak dalam kuali dan bungkus sahaja menggunakan daun pisang. Memang enak dan dijamin menjadi. Jom lihat cara-cara pembuatannya.
1.Satukan semua bahan kecuali cendol di dalam kuali. Kacau sebati kemudian masak atas api perlahan. Pastikan adunan sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Masak adunan sampai pekat berkilat. 2. Kemudian masukkan cendol dan kacau lagi sampai adunan meletup-letup kecil. Padamkan api.
3. Ambil daun pisang yang sudah dibersihkan, sudukan adunan dan bungkus Lepat Cendol semasa masih panas.
4. Bungkus dengan kemas dan lakukan hingga habis adunan.
5. Bila Lepat telah sejuk, bolehlah dinikmati. Kuih ini tidak perlu dikukus. Boleh terus dimakan.
Tambah sedikit air sejuk untuk mendapatkan doh yang sesuai. (Boleh guna air daripada peti sejuk atau mesin penapis air.) Gaul sehingga jadi doh.
Beginilah doh yang dah siap. Tak lembik, tak keras. Kalau lembik, boleh tambah tepung. Kalau keras, tambah air sejuk.
Kalau nak tahu dah okey atau tak, bulatkan macam ni kecil-kecil.
Kemudian, terap atas acuan siput.
Dah boleh gulung. Bila kita gulung tak patah atau tak melekat pada acuan, itu kira ‘perfect’ dah doh kita.
Macam ni lah rupa yang dah siap digentel.
Goreng dengan minyak yang yang banyak dan cukup panas. Guna api sederhana. Bila nampak kuih macam dah keras sikit, barulah tabur daun kari. Goreng lagi sampai masak.