Kalau ditanya pada min, masakan gulai ayam Kelantan memang ada kelainan tersendiri. Memang sedap, tak puas makan.
Tetapi jika diikutkan sebenarnya, ada beza antara menu gulai dan kari tau. Baik dari segi rasa, warna dan aroma gulai.
Menerusi perkongsian daripada cikgu Afy AL Habibi, untuk menyediakan gulai ini, gabungan rasa yang tercetus unik sesuai dengan citarasa orang Kelantan.
Jadi tak pelik pun jika gulai Kelantan punya rasa manis di hujungnya. Itulah gaya turun-temurun dari generasi lama meletakkan gula atau nisse dalam masakan untuk melengkapkan keistimewaan gulai ayam cara kami.
GULAI AYAM KELATE SEDAK SENGOTI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | dipotong & dibersihkan
TONTON Danish Cinnamon Cheese | Dapur Rasa Live
TONTON Daging Kerutuk | Dapur Rasa Live
BAHAN KISAR:
7 biji bawang merah (saiz syiling 50 sen) – beli online di sini
1 ulas bawang putih – beli online di sini
1 ½ halia | hiris nipis – beli online di sini
½ lengkuas | hiris nipis – beli online di sini
(saya tak masukkan jintan dan ketumbar kali ni; resepi dulu saya masukkan untuk menaikkan rasa gulai)
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA-CARA:
1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan 4 sekawan sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar sehingga garing dan wangi.
2. Masukkan rempah kari cikgu afy. Gunakan api paling perlahan. Biarkan rempah garing sehingga terbit minyak.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
3. Masukkan air asam jawa. Kacau sekejap. Kemudian, masukkan perasa peringkat pertama (nisse, garam bukit, perisa). Biarkan sehingga pes pecah minyak.
4. Kemudian masukkan ayam seekor yang telah dibersihkan. Masukkan secawan air. Gaul rata. Tutup dengan tudung periuk.
5. Biarkan ayam sehingga agak empuk. Masukkan santan kelapa pekat. Jika air ayam sudah kering sebelumnya, tambah air kosong. Ikut kepekatan gulai yang diingini.
6. Masukkan perasa peringkat kedua (gula, garam). Sesuaikan dengan citarasa masing-masing.
7. Untuk menaikkan aroma kuah gulai ayam Kelate, masukkan lada hijau Siam dan ½ sudu besar kerisik.
8. Tutup api selepas kuah gulai memekat dan mendidih beberapa kali. Siap! Selamat mencuba resepi cikgu afy.
Kredit resipi: Afy AL Habibi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: