Nasi ayam semestinya menjadi kegemaran ramai. Keenakan hidangan ini terletak pada nasinya yang berperisa. Salah satu rahsia kalau nak hasilkan nasi ayam yang sedap adalah pes yang digunakan. Biasanya ada yang hanya menggunakan air rebusan ayam, kiub pati ayam dan sebagainya namun kali ini, admin kongsikan resipi pes nasi ayam yang dijamin sedap. Rugi kalau tak cuba.
BAHAN-BAHAN:
4 biji bawang merah
Halia ( anggaran panjang sejengkal)
15 ulas bawang putih
7 batang serai
5 sudu makan garam
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisar bahan-bahan diatas ( kecuali minyak) hingga halus.
2. Kemudian panaskan minyak masak. Masak bahan kisar tadi dan pastikan minyak masak menenggelamkan bahan-bahan tersebut.
3. Setelah terbit minyak, masukkan garam. Pes ini perlu masin kerana bila dicampur ke dalam nasi, anda sudah tidak perlu menambah garam.
4. Teruskan memasak pes tadi sehingga menggelegak dan airnya telah kering. Cara mengenal pes telah kering air ialah ia sudah tidak merecik dan minyak keluar dengan banyak.
Ads
5. Padamkan api dan sejukkan pes. Setelah sejuk, barulah dimasukkan ke dalam balang atau bekas yang bersih.
6. Simpan didalam peti sejuk dan boleh diguna pada bila-bila masa.
Untuk memasak nasi ayam menggunakan pes ini. Berikut adalah cara-caranya:
Langkah 1:
Ads
Basuh bersih 3 pot beras dan masukkan dua sudu makan pes nasi ayam segera ini. Jika pes anda kurang berminyak, masukkan satu sudu makan marjerin.
Langkah 2:
Kemudian masukkan air mengikut kesesuaian beras yang akan ditanak. Gaulkan pes itu supaya sebati dengan beras. Masukkan juga potongan daun pandan yang dikerat dua inchi.
Ads
Langkah 3:
Semasa air nasi hampir kering, anda kena kacau lagi sekali nasi itu agar kurang berketul dan rasa pes akan lebih sekata.
Langkah 4:
Apabila nasi yang ditanak telah masak, boleh padamkan suis periuk. Kita anda nak makan sedikit lewat, elakkan periuk berada dalam keadaan ‘keep warm’ kerana ia akan membuatkan bahagian bawah nasi menjadi sedikit hangus dan berwarna coklat. Kurang menarik nanti.
Nota: Minyak lebihan memasak pes tadi jangan dibuang. Ia boleh menjadikan masakan lebih enak dan berperisa jika digunakan untuk memasak masakan lain.
Bagi penggemar sajian Nasi Goreng Cili Padi, pastinya tahu akan keenakan hidangan ini. Sangat ringkas cara pembuatannya namun rasanya memang sangat membuka selera. Menerusi perkongsian saudari Noratiqah Nordin, beliau sudah banyak kali mencuba resipi Nasi Goreng Cili Padi pelbagai versi. Namun tetap jua memilik resipi yang diwarisi dari ibunya Puan Kartini Shoib. Memang sangat sedap kerana menggunakan bahan istimewa iaitu ikan bilis tebal, kiub ikan bilis dan ikan goreng (jika ada). Jadi bagi anda yang nak rasa, bolehlah cuba resipi di bawah ini.
CARA MASAK NASI GORENG CILI PADI PALING SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1 pinggan penuh nasi Cili merah dan cili padi – ikut kepedasan yang disukai 1 biji bawang merah – beli online disini 3 ulas bawang putih – beli online disini Belacan – beli online disini 1/2 kiub pati ikan bilis 1/4 cawan ikan bilis tebal – beli online disini Isi ikan goreng (jika ada) 1 biji telur Garam
CARA MEMASAK: 1. Kisar semua bahan kecuali kiub ikan bilis, isi ikan dan telur. Boleh guna chopper. Jika tiada, boleh tumbuk sahaja.
2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan kisar tadi hingga wangi.
3. Masukkan isi ikan. Gaul lagi hingga bahan tumis masak.
4. Tambahkan kiub pati ikan bilis dan garam secukup rasa.
5. Masukkan telur. Gaul lagi hingga telur masak.
6. Seterusnya masukkan nasi. Gaul dan rasa. Jika cukup semua dan sedap, padamkan api dan sedia untuk dinikmati.
Jom kali ini kita cuba buat nasi arab mandy pula. Bagi peminat nasi arab, selalunya nasi arab mandy menjadi pilihan kerana cita rasanya yang tidak terlalu berempah.
Ayuh kita lihat resipinya.
NASI ARAB MANDY
AYAM MANDY
BAHAN AYAM MANDY
1 ekor ayam (dibelah 4)
Rempah mandy
CARA MEMBUAT AYAM MANDY
1. Rebus ayam sehingga empuk.
2. Lumurkan rempah mandy pada ayam yang sudah direbus tadi.
3. Panaskan oven pada suhu 200 darjah selsius dan bakar selama 20 minit.
4. Sapukan sedikit minyak masak pada ayam dan balik-balikkan.
NASI MANDY
BAHAN NASI MANDY
2 pot beras basmathi
3 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
1 labu bawang holand (racik halus)
2 biji buah pelaga
rempah 3 sekawan
sedikit lada hitam
5 tangkai cili kering
3 tangkai cili api
sedikit daun salam
Air rebusan ayam
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT NASI MANDY
1. Rendam beras basmathi selama setengah jam. Basuh beras dan toskan airnya.
2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak.
3. Tumis bawang holand, buah pelaga, 3 sekawan, biji lada hitam, cili kering, cili api dan daun salam.
4. Apabila naik bau dan garing, masukkan beras, air rebusan ayam dan garam.
5. Apabila nasi sudah agak kering, letakkan sedikit rempah mandy yang sudah diletak sedikit air ke dalam nasi.
6. Tunggu 10 minit. Gunakan garpu dan kacau nasi supaya warna nasi tadi sebati.
BAHAN SUP KABSA
Minyak masak untuk menumis.
1 labu bawang besar
Rempah 3 sekawan
5 ketul ayam (hiris kecil)
3 biji kentang
Daun sup dan daun bawang
CARA MEMBUAT SUP KABSA
1. Tumiskan bawang besar dan 3 sekawan.
2. Masukkan rempah sup dan air rebusan ayam.
3. Masukkan ayam dan kentang.
4. Biarkan sehingga ayam dan kentang masak.
5. Taburkan daun sup dan daun bawang.
BAHAN SAHAWAK (SAMBAL ARAB)
10 biji cili padi
4 biji tomato
3 ulas bawang putih
Daun ketumbar
Daun pudina
1 sudu kecil jintan putih
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT SAHAWAK (SAMBAL ARAB)
1. Kisar semua bahan di atas tanpa menggunakan air.
Resipi Nasi Goreng Ikan Masin perkongsian saudari Har Ryea ni sangat ringkas sahaja namun rasanya sangat sedap dan membuka selera. Biasanya menu begini dibeli di kedai-kedai makan Thailand. Tapi sebenarnya mudah sahaja andai masak sendiri di rumah. Lebih jimat dan tentunya terjamin dari segi kebersihan. Terasa nak cuba resipi ni? Jom lihat bahan-bahan yang anda perlukan.
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi hijau sampai sedikit layu dan naik bau. 2. Masukkan fishball. Goreng sekejap. 3. Ketepikan bahan-bahan tumis tadi di sisi kuali, goreng ikan masin jeruk. Jangan goreng lama sangat kerana ikan masin jeruk mudah hancur. 4. Pecah-pecahkan sikit ikan masin kemudian masukkan telur. 5. Kecilkan api sedikit untuk biarkan telur masak. Kemudian pecah-pecahkan telur tadi. 6. Masukkan nasi dan gaul rata. 7. Kemudian masukkan sedikit sos ikan dan lada sulah. Kacau rata. 8. Rasa nasi untuk tengok jika perlu tambah garam atau ajinomoto kerana ikan masin sudah memberikan rasa pada nasi. Jika tidak perlu, abaikan. Ubah suai ikut selera masing-masing. 9. Kacau sampai nasi goreng berwap. Nasi Goreng Ikan Masin sedia untuk dinikmati.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!