Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kali ini giliran Achey dan Cat Farish pula yang akan masak bersama.
Bukan main lagi tau gelagat Achey dan Cat Farish dalam episod kali ini. Siap masuk sungai lagi nak tangkap ikan patin tau! Tapi apa yang kelakarnya, ikan patin yang ditangkap dah siap disiang rupanya. Ajaib kan!
Tapi mereka berdua ni nak masak apa ye dengan ikan patin? Haa, Cat Farish kongsikan resipi Tempoyak Ikan Patin! Memang sedap bila tengok hidangan ni. Habis tertelan air liur tau.
Untuk hidangan pencuci mulut pula, Cat Farish kongsikan cara nak buat Puding Karamel. Senang sangat sebabnya hanya perlu sejukkan di dalam peti sejuk je.
Tapi Cat Farish tak keseorangan memasak dengan Achey, sebaliknya turut ditemani adiknya iaitu Dina.
Jom kita tengok resipi dan cara-cara memasak dalam episod kali ini. Jangan lupa cuba tau resipi yang sedap dan mudah ini.
TEMPOYAK IKAN PATIN
BAHAN-BAHAN:
1 kg ikan patin | dipotong
2 keping asam keping
Air secukupnya
Tepung gandum secukupnya
1 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
½ sudu besar garam
2 sudu besar gula (bergantung pada tahap masam tempoyak)
BAHAN-BAHAN (A): DIKISAR
10 biji cili padi
2 inci kunyit hidup @ 2 sudu besar serbuk kunyit
BAHAN-BAHAN (B):
1 cawan tempoyak
2 batang serai | diketuk
½ helai daun kunyit
1 batang timun tua | dipotong memanjang anggaran 4 inci
CARA MENYEDIAKAN:
1. Bersihkan ikan patin dan rendam bersama asam keping selama 15 minit.
2. Bilas dan tabur dengan tepung gandum dan biarkan seketika sebelum dibasuh bersih.
3. Satukan bahan-bahan kisar (A) dan bahan-bahan (B). Gaul rata.
4. Tuang 1 liter air sedikit demi sedikit mengikut kepekatan cita rasa.
5. Setelah mendidih, masukkan ikan patin dan perlahankan api.
PUDING KARAMEL
BAHAN-BAHAN: GULA KARAMEL
1/4 cawan gula
1 cawan air
BAHAN-BAHAN: PUDING
5 biji telur saiz B
1 tin susu cair
150 ml air
¼ cawan gula
1 sudu kecil esen vanilla
CARA MENYEDIAKAN: GULA KARAMEL
1. Panaskan gula dan air di dalam periuk di atas api perlahan sehingga warna bertukar keperangan, kemudian baru kacau sekata.
2. Tuang dalam loyang berukuran 6 inci dan ketepikan.
CARA MENYEDIAKAN: PUDING
1. Satukan kesemua bahan di dalam periuk dan panaskan. Gaul sebati menggunakan whisk sehingga gula cair dan jangan terlebih pukul sehingga adunan berbuih.
2. Tapiskan adunan ke dalam loyang gula karamel. Tuang dengan berhati-hati supaya lapisan bawah karamel tidak terjejas.
3. Tutup loyang dengan aluminium foil supaya air tidak bertakung sewaktu dikukus.
4. Kukus selama 30-35 minit minit, atau sehingga puding menjadi pejal. Boleh juga menggunakan kaedah waterbath dan bakar di dalam ketuhar pada suhu 170°C, selama anggaran 40-45 minit.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung.
Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.