Mengidam Nak Makan Popia Vietnam? Resipi Mudah Beserta Sos Ni Boleh Anda Cuba.

Share

Popia Vietnam memang sedap. Intinya terdiri dari isi udang, sayur-sayuran serta herba segar yang digulung dengan ‘rice paper’ dan dinikmati bersama sos. Memang layan! Teringin nak rasa? Resipi di bawah ini pastinya boleh anda cuba.

BAHAN-BAHAN POPIA :

  • 1 paket kulit popia Vietnam
  • 100 hirisan isi dada ayam | rebus dan tos
  • 200gm isi udang yang dibuang kepala dan kulit | celur
  • 100gm bihun | celur
  • Tauge secukupnya
  • Daun selasih secukupnya
  • Daun pudina secukupnya
  • Daun salad secukupnya | potong  kecil
  • Daun ketumbar secukupnya | hiris
  • 1 mangkuk air suam | guna mangkuk  atau pinggan yang muat untuk celup kulit popia

BAHAN SOS:

  • 5 biji cili padi merah dan hijau | hiris halus
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 sudu makan gula
  • 3 sudu makan jus lemon
  • 2 sudu makan sos ikan
  • 3 sudu makan air panas

 

CARA MEMASAK:


1.  Siapkan semua bahan popia di dalam pinggan dan susun berdekatan.  

2. Untuk menyediakan popia ini, ambil sekeping kulit popia dan celupkan di dalam air suam seketika. Angkat dan letakkan di atas papan pemotong atau pinggan.

3. Kemudian susun daun selasih, daun pudina, daun salad, daun ketumbar, tauge, bihun, isi ayam dan isi udang.

4. Kemudian lipatkan kiri dan kanan kulit popia serta gulung hingga ke hujung seperti buat popia biasa.

5. Masukkan dalam bekas danulang proses sehingga bahan habis.

6. Untuk menyediakan sos, campurkan semua bahan dan kacau rata.

7. Setelah siap hidangkan bersama popia yang telah siap digulung tadi.

Boleh juga lipat popia anda begini. Foto: jessicagavin.com

 

Info Chef: Elakkan dari menyusun popia yang telah siap digulung secara bertindan kerana ia akan membuatkan kulit popia melekat.

Published by
Nur