Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ni macam macam kisah masyarakat yang kita dengari. Ada yang meruntun hati tak kurang juga memberi inspirasi. Tapi kisah yang dikongsikan oleh Mohd Firdaus Jaafar Ng dalam laman Facebooknya ni agak mencuit hati.

PKPB ini hanya dua hingga empat orang sahaja dibenarkan sahaja makan di meja. Ia sebagai salah satu syarat bagi membendung wabak Covid-19 yang masih mengganas ketika ini. Dan kanak-kanak kecil memang tak dibenarkan kerana mereka golongan berisiko yang mudah dijangkiti.

Disebabkan teringin makan nasi kandar namun tetap mematuhi SOP pasangan suami isteri yang mempunyai seorang anak kecil ini sanggup melalui pengalaman makan di luar kebiasaan.

‘Mengidam’ Punya Pasal, Sanggup Angkut Pinggan Dalam Kereta. Baru ‘Surr’  Makan Luar.
Ni antara luahan yang dikongsikan Mohd Firdaus Jaafar Ng :

“1 kete Max 3 org tapi
1 Meja Max 2 org.
Kanak2 dilarang.
So makan la dalam kete…”

Menurutnya lagi “Duk ketagih NAK, tapi…nak ke Penang tak boleh kerana PKPB. Nak makan kat restoran tak boleh ada baby.
Nak bungkus, tak surr (tak sedap).”

Ketika itu Firdaus dan isteri baru pulang dari klinik di Shah Alam untuk temujanji vaksin influenza anak mereka.

Dek kerana mengidam untuk menikmati juadah nasi kandar membuatkan suami isteri ini sanggup angkut pinggan dan makan dalam kereta.

‘Mengidam’ Punya Pasal, Sanggup Angkut Pinggan Dalam Kereta. Baru ‘Surr’  Makan Luar.
.

Perkongsian Mohd Firdaus Jaafar Ng dalam akaun Facebook membuatkan ramai warganet yang memahami keadaan itu memberikan galakan bahkan ada juga yang syor restoran lain menyediakan juadah sama.

‘Mengidam’ Punya Pasal, Sanggup Angkut Pinggan Dalam Kereta. Baru ‘Surr’  Makan Luar.

Di kalangan kaki makan nasi kandar ini memang sanggup makan di kedai sebab dikatakan kalau bungkus, hilang ‘kesurran’ juadah tersebut.

‘Mengidam’ Punya Pasal, Sanggup Angkut Pinggan Dalam Kereta. Baru ‘Surr’  Makan Luar.

IKLAN

Rata-rata warganet yang berkongsi komen dalam perkongsian tersebut menyifatkan tindakan itu sebagai hiburan buat peminat makanan utara, ada juga kata berkelah dalam kereta pun syiok.

‘Mengidam’ Punya Pasal, Sanggup Angkut Pinggan Dalam Kereta. Baru ‘Surr’  Makan Luar.
.

Namun tindakan pengusaha restoran yang prihatin ini amat terkesan di hati masyarakat.

Menurut pengusaha Restoran Hakim, Datuk Hakimsa Abdul Karim kepada Sinar Plus, “Demi mematuhi SOP yang ditetapkan, saya menghadkan jumlah yang datang makan dan tidak membenarkan kanak-kanak masuk ke premis.

Bimbang juga sebab wabak masih ada dan pada masa sama, memahami keinginan pelanggan untuk menjamah juadah di premis kerana rasa lebih surr (lebih sedap, ummphh), jadi kami bawakan makanan terus ke dalam keretanya, ujarnya sambil tergelak kecil.

‘Mengidam’ Punya Pasal, Sanggup Angkut Pinggan Dalam Kereta. Baru ‘Surr’  Makan Luar.
Moga tindakan pengusaha ini memberi inspirasi kepada tokeh restoran yang lain. Kepada ibu bapa yang anak-anak masih kecil, patuhilah SOP dan jagalah keselamatan diri dan anak-anak. #kitajagakita

Nah bagi mereka yang teringin menikmati sajian nasi kandar, ini dia min kongsikan 2 sajian popular yang biasa ada di Restoran Mamak.

AYAM MADU MAMAK

IKLAN


‘Mengidam’ Punya Pasal, Sanggup Angkut Pinggan Dalam Kereta. Baru ‘Surr’  Makan Luar.
BAHAN- BAHAN PERAPAN AYAM:

  • 1kg ayam |dipotong dan dibersihkan
  • 1sudu teh serbuk kunyit
  • ½ sudu teh garam
  • 1 cawan minyak masak (untuk goreng ayam)

BAHAN LAIN:

  • 3 sudu makan minyak masak
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 labu bawang besar |dihiris
  • 1 tangkai daun kari
  • 1sudu teh bawang merah kisar
  • 2 sudu teh halia kisar
  • 1sudu teh bawang putih kisar
  • 1 labu bawang besar |dikisar
  • ½ sudu makan serbuk kulit kayu manis
  • ½ sudu makan serbuk jintan putih
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 200gm buah kurma |dibuang biji
  • ½ cawan air
  • 3 sudu makan madu

BAHAN UNTUK MENGGORENG GAJUS DAN KISMIS:

  • 50gm kacang gajus
  • 10gm buah kismis
  • 1 sudu teh minyak sapi

CARA MEMASAK:

  1. Perap ayam bersama serbuk kunyit dan garam selama 30 minit.
  2. Kemudian goreng ayam sehingga 1/2 masak. Ketepikan.
  3. Setelah itu, panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Selepas satu minit, masukkan bawang merah dan daun kari. Tumis sehingga bawang bertukar warna.
  4. Masukkan bawang putih kisar, halia kisar dan bawang kisar. Kacau rata selama dua minit.
  5. Masukkan serbuk jintan putih, serbuk kulit kayu manis dan serbuk cili. Kacau rata.
  6. Kisar buah kurma bersama ½ cawan air. Tuang bahan kisar tersebut ke dalam kuali dan gaul rata. Masak seketika. Sekiranya kuah pekat, tambah air secukupnya.
  7. Masukkan ayam dan perasakan dengan garam secukupnya. Biarkan mendidih dan ayam masak sepenuhnya. Ketepikan.
  8. Di dalam kuali lain, masukkan minyak sapi dan goreng gajus bersama buah kismis menggunakan api perlahan. Tutup api.
  9. Tuang ke dalam kuah ayam dan kacau. Masukkan madu dan tutup api.
  10. Sedia dihidangkan bersama nasi panas.

Info chef: Tidak perlu tambah gula kerana hidangan sudah ada madu dan kurma yang memberikan rasa manis pada masakan.

SOTONG MASALA

‘Mengidam’ Punya Pasal, Sanggup Angkut Pinggan Dalam Kereta. Baru ‘Surr’  Makan Luar.
.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm sotong putih |bersihkan dan direbus sehingga ¾ masak
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 labu bawang besar |dihiris
  • 2 biji cili merah |dipotong memanjang
  • 2 sudu teh halia kisar
  • 1sudu teh bawang putih kisar
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 labu bawang merah (dikisar)
  • 2 1/2 sudu makan serbuk kari daging
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1sudu teh serbuk jintan manis
  • 1sudu teh serbuk cili
  • 50gm santan pekat
  • 1 cawan air rebusan sotong
  • 3 sudu makan minyak masak
  • ½ sudu teh gula
  • Garam secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Selepas satu minit, masukkan bawang besar dan cili merah. Tumis sehingga bawang bertukar warna.
  2. Masukkan bawang putih kisar, halia kisar dan daun kari. Apabila bau harum, masukkan bawang kisar. Kacau sekata.
  3. Bila mendidih, masukkan serbuk kari daging, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis dan serbuk cili.
  4. Tuang air rebusan sotong dan kacau rata. Masak sehingga kuah menjadi pekat sedikit.
  5. Masukkan santan dan tunggu sehingga mendidih.
  6. Masukkan sotong dan kacau rata selama empat minit.
  7. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tutup api. Sedia dihidangkan.

Info chef: Sotong boleh juga dipotong kecil, mengikut kesukaan masing-masing.

Kredit foto : Mohd Firdaus Jaafar Ng
Sumber : sinar plus.sinar harian

 

INGIN MEMBELI KUALI ANTI MELEKAT, JOM LAYARI DI SINI.

JOM TENGOK VIDEO MASAKAN MENARIK INI. LEBIH BANYAK LAGI VIDEO DI YOU TUBE @Majalahrasaofficial

DAN RESIPI-RESIPI MENARIK INI:

Cara Masak Kari Daging Pekat Tanpa Santan Ala Kedai Mamak

Kari Sotong Sesedap Restoran Mamak. Boleh Makan Sampai Licin Pinggan.

Mi Maggi Goreng Kari Mamak

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI