Mentega ni banyak gunanya. Selain digunakan dalam penghasilan kek, biskut dan manisan, ia juga enak dinikmati sebagai olesan pada roti dan sebagainya. Memang layan!
Tapi tahukah anda, mentega boleh dihasilkan sendiri di rumah? Ha…menarik kan? Mentega homemade ni memang sedap. Rasanya sungguh berkrim, ‘buttery’, lemak-lemak. Memang cukup enak. Jom lihat bahan-bahan dan cara pembuatannya.
BAHAN-BAHAN:
250ml whipped cream/thickened cream/heavy Cream (pastikan tertulis pada kotak, contains 35% milk fat) – KakDah guna jenama Paul’s Mixer Ais sejuk campur air batu Garam Parsley flake – option Bawang putih – option
CARA-CARA:
1.Pukul (mixed) whipped cream pada tiga tahap kelajuan dimulai dengan perlahan, sederhana dan laju.
2.Pukul hingga susu terpisah dari pada air. (biasa kes, kalau kita terlajak pukul whipped cream ianya menjadi cair dan lumpy.
IKLAN
2. Bila susu dan air dah terpisah, tapis airnya, jangan buang. Ini adalah low fat milk. Boleh guna untuk membuat benda lain pula.
3.Setelah itu masukkan air sejuk berais tadi dan kacau mentega hingga menjadi kental dan bulat. Buat begini dua tiga kali sehingga air yang dituang tadi menjadi hampir jernih. Selepas ini barulah kita boleh campur garam atau apa sahaja bahan yang kita mahu.
TIP:
IKLAN
Segala campuran bahan tambahan hendaklah dicampur setelah mentega terjadi dengan eloknya.
Nota:
Lepas ni, tak payah beli mentega. Buat sendiri lagi sedap rasanya. Kalau nak jadikan garlic spread, campur ajerlah bawang putih yang telah dicincang, sedikit garam dan parsley flake.
Siapa tak suka makan kentang, dah lah sedap berkhasiat pulak. Rendah lemak dan kalori serta memberikan hampir 50 peratus dari jumlah vitamin C, B 6 dan postasium harian yang diperlukan.
Tetapi kena ingat juga cara anda memasak kentang mempengaruhi nilai khasiat dan juga rasanya. Kentang juga sering dianggap sebagai ‘comfort food’ bukan sekadar mengenyangkan namun juga memberikan kita kepuasan selera. Bila ia dilecek atau diolah dengan mentega hingga lembut berkrim atau digoreng keemasan memang sedap.
Namun waspada, kentang yang dimasak cara ini adalah tidak sihat untuk kesihatan anda.
Kentang Goreng Bukan Makanan Sihat
Satu bahagian kecil kentang goreng, french fries, hash brown dan curly fries secara puratanya mengandungi 200-340 kalori minyak. Tapi biasanya kita memesan saiz besar yang kalornya 37-730 kalorinya.Dari kandungan itu juga tersimpan kira-kira 8-17 gm lemak, dan bagi bersaiz besar antara 11-37gm lemak dengan 5-8 lemak tepu.
Jadi jom kita ubah cara memasak kentang supaya ia menjadi makanan yang sihat dan berkhasiat untuk tubuh.
1. KUKUS
Bila sebut kukus bunyinya macam membosankan. Namun, ada banyak cara untuk menjadikannya masakan yang membangkitkan selera makan.Taburkan rempah kegemaran anda. Letakkan sedikit garam dan lada hitam. Tambahkan sedikit serbuk cili dan rosemary dan sayur bayam untuk rasa yang lebih ‘ummpph’.
Anda boleh juga meletakkan daun parsli, bawang putih untuk melazatkan kentang dan memberi lebih khasiat yang menyihatkan untuk tubuh. Rempah-rempah segar tinggi antioksidan yang melawan radikal bebas. Daun basil atau selasih contohnya mengandungi bahan anti-peradangan. Lada hitam memiliki komponeni anti bakteria.
Tip :Untuk rasa yang lebih berperisa anda juga boleh merebus kentang daripada mengukusnya dengan memasukkan ke dalam sup sayur atau daging.
2. SUP
Potong dadu kentang rebus Anda dan masukkan bersama potongan sayuran rebus lainnya, misalnya brokoli, lobak merah, , saderi, dan bawang bombay ke dalam kuah sup sayuran dan ayam yang dibuang kulit dan lemak.
3. KENTANG LECEK (mashed potato)
Sebagai pengganti mentega, lecekkan kentang dengan susu skim atau yogurt rendah lemak. Ia akan memberikan tekstur lembut dan berkrim pada kentang lecek anda Haluskan dengan sayur kubis dan untuk citarasa yang berbeza
Anda juga boleh merebus terlebih dahulu kentang bersama bawang putih.ang bersama enam siung bawang putih. Hiriskan dan haluskan kentang bersama bawang putih tersebut, dan tambahkan garam, lada hitam, hirisan bawang merah dan minyak zaitun. Nah ,ia telah bertukar menjadi sajian sihat.
4. SALAD
Ganti mayonaise penuh kalori dengan plain yogurt rendah lemak atau greek yogurt untuk membuat salad kentang yang lebih menyegarkan. Potong kentang menjadi potongan-potongan kecil dan campurkan dengan yogurt tawar, tambahkan bawang, saderi, paprika merah, dan acar dill cincang. Letakkan garam secukup rasa dan kacau hingga sebati.
5. PANGGANG
Memanggang kentang dengan kulit tidak akan menambah nilai lemak dan kalorinya. Memakan kulit bersama isi kentang menyediakan serat dan kalium ekstra. Sebiji kentang panggang dengan kulit memberikan 4 gm serat dan lebih dari 900 mg kalium, berbanding isinya hanya menyediakan 2 gm serat dan sekitar 600 mg kalium.
Potong kentang menjadi beberapa wedges atau baji tebal dan tempatkan di atas loyang panggang. Sapukan dengan dengan minyak zaitun dan letakkan sedikit garam dan paprika Panggang dalam oven 450ºC selama 15-20 minit atau panggang wedges hingga perang di semua sisi.
Alternatif lainnya, belah kentang menjadi dua bagian dan korek sedikit bahagian tengah isi kenang. Sapukan dengan minyak zaitun, taburkan dengan serbuk paprika, dan panggang dalam oven. Campur baki isi kentang dengan salmon salai dan sedikit keju mozarella
Jadi lupakan kentang goreng dan jadikan ia lebih berkhasiat dengan 5 teknik masakan tadi.
Ramai yang suka sup sayur dan ramai yang boleh memasaknya. Tapi tahukah korang ada beberapa rahisa yang boleh jadikan sup sayur lebih sedap, cukup rasa dan kaya dengan khasiat nutrisinya. Berikut empat tip boleh korang cuba, sangat mudah dan hanya perlu dipraktikkan sahaja.
Pastikan Bahan Asas Mencukupi
Bawang merah dan putih adalah bahan perencah asas yang digunakan dalam kebanyakan jenis sup, termasukkan sup sayur. Oleh itu tumis bawang merah dan putih hingga wangi atau lembut sebelum disebatikan dengan kuah sup Sebatian bawang inilah yang memberikan rasa dan aroma sup sayur.
Masa Masak Tidak lebih 15 Minit
Sup sayur yang sedap tidak memerlukan masa memasak yang lama, waktu paling idea adalah 15 minit, sudah mencukupi. Lagi kecil potongan sayur lebih cepat masak. Perlu diingat sup sayur perlu dimasak menggunakan api sederhana.
Rasa Masin Sup Pada Waktu Sesuai.
Elakkan merasa sup semasa panas mendidih, kerana pada waktu ini sup akan rasa kurang masin, ia mendorong korang menambah sedikit lagi garam. Tetapi bila dirasai semula selepas sup sedikit sejuk, ia menjadi sedikit masin. Sebaiknya rasa sup sayur sebelum menambahkan bahan perencah dan perasa diperlukan.
Menggunakan Perencang Ayam Atau Ikan Bilis
Sup yang sedap datangnya dari kuah yang sedap, oleh itu tambahkan sedikit perencah pati ayam atau ikan bilis. Ia membantu sup menjadi lebih sedap dan berasa.
Ikan sardin dalam tin lagi sedap rasanya kalau digoreng terlebih dahulu. Tapi masalahnya bila digoreng memang akan meletup-letup. Kalau tak ditutup boleh sakit terkena tangan malah dapur pun jadi kecah.
Mungkin ada yang tak tahu sebenarnya ada tip mudah yang boleh kita lakukan untuk pastikan ikan sardin yang sedang digoreng ini tak meletup. Tak tutup kuali pun tak mengapa. Caranya dikongsi oleh Shazura Bahari.
Tip goreng ikan sardin tin tak meletup
1. Tuang minyak dalam kuali, hidupkan api.
2. Sebelum masukkan ikan sardin dalam kuali, tabur 1 sudu tepung beras dalam minyak yang sedang dipanaskan.
3. Kemudian goreng ikan sardin seperti biasa. Memang takkan meletup letup minyaknya. Cara yang sama boleh juga dipraktikkan untuk goreng ikan keli.
4. Dah garing boleh angkat dan masak ikut kesukaan.