Bulan puasa ni boleh tergugat iman bila tengok menu macam-macam, lazat dan menyelerakan. Kepada yang rindu nak makan lemang dan rendang, tak payah nak tunggu raya baru dapat makan. Nurul Sate Batang Pinang boleh memenuhi citarasa anda.

Bukan itu saja, kepada yang teringin nak makan sate daging yang lembut dan juicy, bolehlah cuba sate di sini. Pelanggan sukakan rencah perapan sate, rasa rempah ratusnya yang dikisar kasar menggandakan kelazatannya. Satu lagi keistimewaan sate ini nasi impitnya dimasak cara ‘old school’, direbus dan dibalut dengan daun pisang yang banyak didapati di Kampung Tengah, Puchong.

Terletak di Jalan Tempinis, Kampung Tengah, Puchong, Selangor kedai makan ini adalah perniagaan keluarga yang diusahakan oleh sepasang suami isteri Firdouz Abd Razak dan pasangannya Nurul Izzah Fadhilah Haron.

Kedai Nurul Sate Batang Pinang ini dibuka pada Ogos tahun lalu. Sebelum ini mereka menjalankan khidmat katering Nurul Izzah Katering namun rentetan pandemik mereka kini beralih kepada perniagaan kedai makan.

“Restoran kami ni tercetus sebaik masa PKP. Walaupun mak saya asal dari Batu Pahat, tak terfikir pun nak buka restoran berkonsepkan sarapan Johor. Mungkin sebab dah biasa dengan menu-menu ini sebagai hidangan dalam keluarga, jadi kami fikir kenapa tidak hidangkan menu yang kami suka makan? Maka bermulalah journey training menyucuk sate. Import guru sate Puan Anita Heran dari Tongkang Pechah sebab nak belajar sendiri dari mula untuk buat sate sedap daripada Sate Master ni iaitu makcik sepupu saya. Kami nak pastikan yang sate yang dihidangkan ini autentik, Johor,”jelas pemilik.

Menariknya ahli keluarga dari kedua-dua pihak turut menyumbang tenaga dalam perniagaan ini. Sebagai menghargai tenaga tulang belakang di balik Nurul Sate Batang Pinang, nama mereka turut diabadikan dalam nama menu sajian di sini. Nama sajian seperti Nasi Ayam Pak Nyang, Mi Kari Mama, Soto Mak Siti, Lontong Cik Morni adalah sempena nama ayah dan ibu pasangan suami isteri ini.

IKLAN

Makan di sini suasananya sungguh nyaman umpama pulang ke kampung. Anda boleh nikmati makanan dengan penuh keselesaan.

Satu lagi tarikan sajian di sini adalah sajian nasinya seperti Nasi Lemak Pandan, Nasi Ayam dan juga Nasi Minyaknya menggunakan cara kukus. Ia dikukus lebih lembut, tidak hangat dan tidak berkerak. Selain itu ada juga menu Nasi Minyak Kahwin Lari dengan Kari Kambing dan Nasi Minyak Kahwin Lari dengan lauk ayam Pramugari.

Sesiapa yang rindu nak makan nasi minyak, bolehlah cuba Nasi Minyak Kahwin Lari. Selain sate, lontong, soto, mi kari, nasi ayam dan nasi minyak, Laksa Johor, adalah salah satu menu kesukaan pelanggan di restoran ini.

IKLAN

Sempena bulan Ramadan, Nurul Sate Batang Pinang menyediakan Bufet Ramadan kepada anda dengan menu-menu asal juga beberapa menu sampingan yang tidak kurang ‘Umph’nya.

Yang seronoknya,  anda akan dapat menikmati juadah berbuka di dalam suasana kampung dengan harga yang sangat berbaloi.

Jadi bagi sesiapa ingin menikmati sajian warisan dan ‘feeling ‘kampung, Nurul Sate Batang Pinang pasti mengubati kerinduan kampung halaman.

IKLAN

 

Nurul Sate Batang Pinang

Alamat: Jalan Tempinis, Kampung Tengah, Puchong, Selangor

Buka :  dari jam 7 pagi hingga 4 petang . Perniagaan dibuka pada setiap hari kecuali Isnin.

Tempahan melalui talian: 016 359 5358 dan 019 9568944