Bila pandemik Covid-19 melanda dunia, hajat nak kembara ke luar negara pun tak kesampaian. Mungkin ada yang rindu menu enak dan halal dari Vietnam. Usah berduka, MyViets berikan anda pilihan untuk menikmati hidangan Vietnam yang autentik seakan anda sedang berada di Vietnam.
Pemilik Nippon Sushi, Siti Noraini melebarkan sayapnya membuka F&B makanan Vietnam dengan jenama MyViets kepada anda semua.
“Restoran pertama mula beroperasi pada November 2020 di Bangi. Bulan Februari 2021 di Shah Alam dan bulan Mac 2021 di Kelana Jaya. Dinamakan MyVeits adalah gabungan My = Malaysia Viets = Vietnam.
Kami menyediakan pelbagai jenis Street Food yang terkenal di Vietnam. Antara yang menjadi best seller
di sini ialah Pho (Beef Noodle Soup), Bahn Mi with Lemongrass Chicken (Baguette). Vietnamese Summer Roll fan. Bagi minuman pula ialah Vietnamese Coffee dan Ciku Milkshake,” ujar pemilik.Menu pelbagai
Bermacam makanan Vietnam yang anda boleh nikmati di sini. Senarai makanan Vietnam tidak lengkap kalau anda belum mencuba lagi Pho Bo 4-Beef Combo yang menyediakan 4 jenis bahagian daging pilihan.
Direbus sempurna dengan herba segar dan taugeh selama 10 jam, Pho Bo 4-Beef Combi ini memberikan anda rasa pho yang autentik kepada anda yang gemarkan daging atau nak cuba makanan Vietnam.
Sebenarnya, pho dimakan sebagai sarapan pagi dalam kalangan orang Vietnam. Di Vietnam, pho disajikan dengan mi beras istimewa, daging rebus, bebola daging, daging mentah tanpa kekacang mahupun bawang goreng. Kuahnya diperkaya dengan rasa daging.
Menambahkan sos Sriracha dan Hoisin ke dalam pho membuatkan hidangan tersebut seakan pho di Vietnam. Jika suka rasa manis-manis pedas, korang boleh tuang sos tersebut ke mangkuk lain dan cicahkan daging ke dalam sos tersebut.
Pho tidak lengkap tanpa sayuran seperti tauge dan thai basil. Jadi, untuk rasa pho Vietnam yang asli, kena ada sayuran ni dalam hidangan anda.
Buat penggemar ikan, anda kena cuba Caramelized Fish in Claypot. Satu-satunya hidangan ikan ala Vietnam di MyViets ini sungguh enak disajikan sekali dengan nasi panas.
Ikan tenggiri yang dimasak khas dengan resipi asli Vietnam yang unik pasti akan memberikan anda kelainan dari hidangan ikan yang pernah anda rasa di tempat lain. Memang terasa manis isi ikannya.
Rugi jika tidak mencuba Sugarcane Prawn ini di MyViets. Dihidangkan bersama mi dan pelbagai sayuran.
Vietnam terkenal dengan kopinya yang terdiri daripada biji kopi Robusta.Ia mempunyai rasa yang dua kali ganda lagi kuat berbanding dengan jenis kopi lain. Bancuhan kopi yang pekat diiringi dengan aroma kopi asli, mampu menghasilkan kopi yang unik lagi menyamankan hari anda.
Bagi penggemar kopi, anda kena cuba Vietnamese Coffee di MyViets! Memang sebiji macam kopi di Vietnam. Aroma kopinya lain macam buat korang tersandar lepas menikmatinya.
Inginkan kelainan dengan menjamu makanan Vietnam Halal? Datanglah ke MyViets. Anda yang berada di Shah Alam, bolehlah ke MyViets Vista Alam dan rasai sendiri hidangan Vietnam autentik yang disajikan.
“Bulan puasa restoran ini beroperasi pada 2.30pm hingga 10pm. Selain dari bulan Ramadan, kami beroperasi pada 1130am hingga 10pm. Dan kami ada servis penghantaran juga,”jelas pemilik.
MY VIETS
LOKASI: B-LG-3, Shoplot Vista Alam, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor (sederet dengan Nippon Sushi)
NO TELEFON: 03 55238444