Muak dengan hidangan yang berlemak dan berkuah, hidangan yang sederhana seperti ayam masak kicap atau ayam goreng kunyit sudah memadai dan membuka selera. Rasa kicap dan lada hitam memberi kelainan yang menyelerakan. Mudah dan ringkas untuk disediakan.

Menu Ayam Tak Jemu Makan

AYAM MASAK KICAP JAWA STYLE

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji/5 bawang merah besar (sederhana besar)
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Satu sudu lada hitam (boleh kurangkan)
  • 3 sekawan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
  • Sedikit asam jawa
  • Cili hijau besar (dibelah dua jangan sampai putus)
  • 6 sudu makan kicap

Menu Ayam Tak Jemu MakanCARA MEMASAK:

  1. Gorengkan ayam garing dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
  2. Kisar halus bawang merah, bawang merah besar, bawang putih, halia dan lada hitam
  3. Guna dalam lima sudu minyak yang digoreng ayam tadi. Masukkan rempah tiga sekawan dan cili hijau besar. Keluarkan cili hijau apabila layu sedikit dan ketepikan.
  4. Masukkan bahan-bahan yang dikisar. Tumis hingga naik bau dan garing.
  5. Selepas garing masukkan air asam jawa.
  6. Kemudian masukkan kicap. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. (Jika menggunakan kicap manis tidak perlu masukkan gula)
  7. Akhir sekali masukkan ayam dan cili hijau besar kacau sehingga rata.

Kredit: Aisha Syukor

Menu Ayam Tak Jemu Makan

AYAM GORENG KUNYIT 

BAHAN-BAHAN:

  • Dada ayam – di potong dadu
  • *1 sudu makan serbuk kunyit
  • *1 sudu makan lada sulah (serbuk)
  • *1 sudu makan serbuk kari
  • *1 sudu makan tepung jagung
  • *1 sudu makan kecil gula pasir
  • 1 sm sos tiram (pilihan kalau tidak mahu)

BAHAN SAMPINGAN:

  • Lobak merah – dipotong memanjang
  • Cili padi – di ketuk (Tambah lagi alau mahu lebih pedas)
  • 1 labu bawang besar – dihiris halus
  • Lada merah – dhiris halus
  • Bunga kobis – dipotong
  • kacang panjang – dipotong

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Satukan bahan yang bertanda * dan gaul sehingga sebati.
  2. Panaskan minyak masak dan pastikan minyak jangan terlalu banyak. Gorengkan ayam terlebih dahulu sehingga sedikit garing dan tidak melekat di kuali.
  3. Selepas itu masukkan sayuran yg bertekstur keras. seperti lobak dll.Masukkan bawang merah dan lada.
  4. Kemudian masukkan bunga kobis. dan akhir sekali masukkan kacang panjang.
  5. Perasakan dengan sedikit garam. Kacau sehingga sebati.
  6. Angkat dan toskan minyaknya. Sedia untuk di hidang. Selamat mencuba.

Kredit: nina mahdar

Menu Ayam Tak Jemu Makan

CILANTRO LIME CHICKEN 

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm ayam | potong kecil
  • 4 sudu makan minyak zaitun
  • 1 sudu makan empingan cili
  • 2 biji limau nipis | ambil jus sahaja
  • 1 biji tomato | hiris
  • 1/2 biji cili benggala hijau | potong dadu
  • 1/2 cawan daun ketumbar/cilantro | cincang halus
  • 4 ulas bawang putih | titik
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

1.   Untuk bahan perapan, masukkan ayam, daun ketumbar, bawang putih, cili benggala, bawang putih, hirisan tomato. Gaul rata.

IKLAN

2.   Tambah pula dengan minyak zaitun, jus limau nipis, empingan cili dan serbuk lada hitam. Gaul rata dan ketepikan.

3.   Panaskan ketuhar pada suhu180C.

4.   Sementara itu, alas dulang pembakar dengan aluminium foil, kemudian masukkan perapan ayam di atasnya.

5.   Taburkan di atasnya dengan sedikit empingan cili .

6.   Bakar lebih kurang 15 minit. Angkat dan hidangkan.

Menu Ayam Tak Jemu Makan

IKLAN

AYAM PANGGANG KENTANG BERKEJU 

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm isi dada ayam | potong dadu
  • 2 biji kentang | belah empat
  • 1/2 biji cili benggala hijau | potong dadu
  • 1/2 biji cili benggala merah | potong dadu
  • 1 biji  bawang Holland | potong dadu besar
  • 2 tangkai daun rosmary segar
  • 1 sudu teh serbuk Thyme
  • 1 sudu teh empingan cili
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 4 sudu makan minyak zaitun
  • 2 sudu makan yogurt
  • ½ cawan parutan keju
  • 3 sudu minyak zaitun
  • 1/2  biji lemon | jus sahaja
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1.  Campurkan ayam,kentang,  bawang Holland, cili benggala merah dan hijau, bawang Holland, daun rosemary, serbuk thyme, serbuk lada hitam, empingan cili, jus lemon,  yogurt dan minyak zaitun. Gaul rata.

2.  Perap lebih kurang 15 minit dalam peti sejuk.

3.  Sementara itu panaskan ketuhar dengan kepanasan 180C.

4.  Keluarkan ayam dan letakkan di atas aluminium foil dan taburkan parutan keju di atasnya.

5.  Balut bahan perapan dan kemaskan balutan.

6.  Akhir sekali bakar dalam ketuhar lebih kurang 15 minit.

7.  Keluarkan dari ketuhar, dan sedia dihidangkan panas-panas.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI