Dapur Rasa: Campak-Campak Jadi, Untuk Episod 2 kali ini Chef Imelda Harris telah menyediakan dua resipi istimewa menggunakan bahan yang ada dalam bakul misteri. Kali ini bahan utama dalam bakul misteri adalah telur puyuh. Untuk itu, Chef Imelda memilih untuk berkongsi resipi Parpu Telur dan Bingka Telur Puyuh, dua resipi yang sungguh sedap dan mudah disediakan.

Menu Berasaskan Telur Puyuh Memang Membuka Selera

Korang yang tak sempat menoton live di FB Majalah Rasa atau di Youtube Channel Majalah Rasa, ini dikongsikan resipi penuh kedua-dua resipinya. Korang kena cuba untuk rasa sendiri keenakannya,.

Menu Berasaskan Telur Puyuh Memang Membuka Selera
PARPU TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 1/2 cawan kacang dhal | cuci dan direndam 1 jam
  • 20 biji telur puyuh | direbus dan kupas kulitnya
  • 3 biji kentang | dikupas dan di potong lapan
  • 2 biji tomato | dipotong empat
  • 1 inci halia | ditumbuk
  • 5 biji bawang merah kecil | ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih | ditumbuk
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 liter air
  • BAHAN TUMIS DARAT:
  • 2 biji bawang Bombay | dihiris
  • 1 tangkai daun kari | dilurut
  • 3 tangkai cili kering | dipotong serong, cuci dan toskan.
  • 1/2 sudu teh biji sawi
  • 1/2 sudu teh jintan manis
  • 1 peket rempah tumis
  • Minyak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Kacang dhal direbus dengan air sehingga empuk.
  2. Masukkan kentang dan masak hingga kentang lembut.
  3. Seterusnya masukkan kiub ayam, bahan tumbuk halus, telur puyuh rebus dan serbuk kunyit.
  4. Kacau rata dan masak sekejap dengan api kecil.
  5. Tuang santan lalu dikacau perlahan. Biar mereneh dan masukkan tomato.
  6. Sementara itu, panaskan minyak masak dan masukkan bahan-bahan tumis darat dan tumis hingga harum dan bawang layu.
  7. Seterusnya tuang bahan tumis ke dalam periuk berisi kacang dhal tadi.
  8. Kacau rata, perisakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula mengikut citarasa anda. Biarkan sehingga merenih dan sedia untuk dihidang.
  9. Enak dihidangkan dengan roti bakar atau roti canai.

Menu Berasaskan Telur Puyuh Memang Membuka Selera
BINGKA TELUR PUYUH BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 3 cawan santan
  • 3 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil garam bukit
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Daun sup dan daun bawang | dihiris halus

BAHAN-BAHAN:

  • 200 g daging kisar
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • ½ sudu kecil jintan manis
  • ½ sudu kecil biji ketumbar
  • 1 labu bawang besar | dipotong dadu
  • 2 biji kentang -dipotong dadu
  • 1 batang kecil lobak merah | dipotong dadu
  • 2 biji cili merah -dicincang
  • 1 sudu makan minyak masak
  • Garam secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan bahan tumis. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan jintan manis dan biji ketumbar sehingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar, rempah kari dan kentang. Tumis seketika.
  3. Masukkan lobak merah dan garam. Masakkan sehingga kentang dan lobak merah lembut dan kering.
  4. Kemudian masukkan cili merah. Angkat dan sejukkan.
  5. Seterusnya sediakan bahan tepung. Pukul telur sehingga sedikit kembang, masukkan santan, minyak, tepung gandum, tepung jagung dan garam.
  6. Pukul sehingga sebati. Tuangkan bahan tumis dan masukkan daun bawang dan daun sup. Kacau sehingga adunan sebati.
  7. Tuangkan ke dalam acuan muffin yang sudah dioles dengan sedikit minyak.
  8. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180ºC dan bakar selama 25 minit sehingga masak.
  9. Keluarkan dari acuan dan sejukkan. Hidangkan.

KLIK DI SINI UNTUK MENCARI PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR DAN RUMAH.

Ads

Acar Rempah Timun Siap Ada Telur Puyuh , Sedapnya.

Telur Masin Homemade, Hanya Guna Telur Ayam

Ads

Sajian Korea Ni Baru ‘Real’ Kan Makan Masa Menonton Drama Korea…

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI