Menu Berasaskan Timun Dengan Pelbagai Kebaikan

Share

Timun dengan ciri yang menyejukkan sering digunakan secara meluas di dalam masakan. Selain itu ada yang makannya secara mentah atau membuat jus. Timun boleh dipelbagaikan hidangannya dan enak rasa.

Timun merupakan makanan yang sangat baik untuk kesihatan. Lupakan makanan ringan dan kerepek kentang, mulai hari ini jadikan timun sebagai ‘makanan’ utama anda.

Masalah pencernaan seperti gastrik dapat disembuhkan dengan meminum jus timun segar setiap hari. Kandungan serat makanan dalam timun dapat mengusir racun dari sistem pencernaan sehingga meningkatkan proses pencernaan. Oleh itu, dengan penggunaan timun setiap hari ia dapat dijadikan sebagai ubat sembelit.

Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang ideal untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan salad anda. Boleh juga dijadikan makanan ringan kegemaran anda, anda boleh makan potongan timun yang dicicah dengan yogurt.

Timun mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun.

Antara menu berasaskan timun yang boleh anda cuba.

 

 JUS TIMUN KISAR

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji timun
  • 250ml air
  • 3 sudu makan air gula
  • Ais secukupnya
  • Daun pudina

CARA MEMASAK:

  1. Timun dipotong dibuang kulit dan empulurnya lalu dipotong dadu.
  2. Masukkan timun ke dalam mesin pengisar bersama air, air gula dan ais secukupnya.
  3. Kisar timun hingga ais hancur.
  4. Tuang ke dalam gelas dan hias dengan daun pudina.

MI SIAM SINGAPURA

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm bihun | direndam hingga lembut
  • 2 genggam tauge  | dibuang ekornya
  • 100 gm kucai | dipotong  tiga cm
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 150 gram udang saiz kecil | kupas kulitnya

Bahan kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 100gm1 genggam udang kering | cuci dan rendam
  • Secubit belacan | dibakar
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan kuah:

  • 1/2 bahagian perencah untuk menggoreng mi siam
  • 3/4 sudu makan tauco | lecek hingga hancur
  • 3/4 sudu teh pes asam jawa
  • 1 batang serai | dititik
  • 2 keping hirisan lengkuas | dititik
  • 1 liter air rebusan kulit udang
  • 2 sudu makan  kacang tanah tumbuk
  • 1/4 cawan santan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air jika perlu

Bahan sampingan:

  • Telur rebus  | dibelah dua
  • Tauhu goreng | dihiris
  • Hirisan daun bawang
  • Timun |dihiris memanjang
  • Limau kasturi | dibelah dua
  • Sambal tumis | jika suka

CARA MEMASAK:

  1. Untuk Mi Siam: Panaskan minyak dalam kuali, tumis kisar halus hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan masak hingga garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Kemudian keluarkan 1/2 bahagian untuk digunakan sebagai perencah dalam kuah. Tambah sos tomato dalam kuali menganadungi baki perencah tadi. Masukkan udang dan kacau rata.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau dan masukkan bihun.
  5. Gaul hingga rata, masak hingga bihun lembut. Tambah tauge dan kucai, gaul rata dan matikan api. Ketepikan.
  6. Untuk Kuah Siam: Masukkan 1/2 bahagian perencah yang diasingkan tadi ke dalam periuk, bersama dengan taucho, serai, lengkuas dan pes asam jawa.
  7. Kacau rata dan masak sekejap. Tuang air rebusan kulit udang (jika perlu boleh tambah sedikit air). Kacau dan biar mendidih.
  8. Masukkan santan, perasakan dengan garam (anda rasa dulu, kalau perlu baru tambah garam) dan gula secukup rasa, biasanya kuah sedikit manis.
  9. Akhir sekali tambah kacang tanah tumbuk. Masak hingga mendidih.
  10. Angkat dan hidangkan.

 

SUP TIMUN

BAHAN-BAHAN:

1 sudu makan minyak zaitun

5 ulas bawang putih                            |cincang halus

1 biji bawang Holland saiz kecil        |cincang halus

1 sudu makan lemon jus

1 batang timun saiz sederhana                        |buang isi tengah dan potong dadu kecil

½ sudu teh garam

125gm yogurt asli

 

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bawang putih dengan minyak zaitun bersama bawang Holland, kemudian masukkan timun.
  2. Masukkan pula jus limau dan garam. Kecilkan api dan biar sejuk seketika. Ketepikan.
  3. Kisar semua bahan yang ditumis tadi hingga halus dan tuangkan ke dalam yogurt. Gaul sebati.
  4. Boleh dihidangkan secara suam atau disejukkan terlebih dahulu.
Published by
Putri