Menu Berbuka Kampung Dan Barat Ikut Selera. Yang Penting Semuanya Sedap!

Share

Selera orang berpuasa memang tidak menentu,  Nampak makanan semuanya sedap.  Terserah pada anda bagaimana ingin mengawal nafsu makan. Apa kata, anda variasikan menu sepanjang bulan Ramadan ini dengan pelbagai variasi menu barat dan tempatan, berpandukan dengan resipi  disediakan oleh  Chef Carlton Holiday.

 

1. KARI KEPALA IKAN CARLTON

BAHAN-BAHAN:

  • 1.5kg kepala ikan merah | belah dua
  • 250ml santan kelapa
  • 100gm serbuk kari ikan
  • 10gm serbuk kunyit
  • 50gm serbuk cili
  • 15gm lada hitam dihancurkan
  • 20gm halba campur
  • 150gm  bawang merah | hiris
  • 100gm bawang putih | hiris
  • 100gm halia  | hiris
  • 15gm daun kari segar | leraikan dari tangkai
  • 250gm air asam jawa
  • 150ml minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Campuran sayur (kancang bendi,terung dan cili hijau)

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumiskan  bahan-bahan yang dihiris bersama daun kari sehingga naik bau.
  3. Masukkan halba campur,campuran rempah kari,serbuk kunyit,serbuk cili dan lada hitam yang dijadikan pes. Tumis sehingga pecah minyak
  4. Masukkan kepala ikan, air asam jawa, santan dan tambahkan air secukupnya jika perlu.
  5. Didihkan hingga ikan masak dan kuah pekat.
  6. Tambah tomato, kacang bendi, terung dan cili hijau.
  7. Didihkan untuk beberapa minit lagi hingga semua bahan sebati.
  8. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  9. Taburkan daun ketumbar dan hidangkan.

 

INFO CHEF: Untuk kari yang lebih sihat, anda boleh tukar santan dengan susu rendah lemak.

……

 

 

2. UDANG GALAH MENTEGA KUNING TELUR

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg udang galah  | goreng
  • 6 biji telur kuning
  • 50gm mentega
  • 50gm susu segar
  • 50gm minyak masak
  • 4 ulas bawang putih | ketuk
  • Cili padi ikut cita rasa | hiris halus
  • 2tangkai daun kari | lurutkan daun dari tangkai
  • Garam dan perasa secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Pukul ringan telur kuning yang dipukul menggunakan senduk.
  2. Panaskan  mentega yang dicampur dengan minyak masak.
  3. Bila minyak dalam kuali panas, pusing-pusingkan minyak dengan senduk dengan sederhana laju mengikut arah jam tanpa henti.
  4. Kemudian tuangkan kuning telur tinggi sedikit dari  kuali, supaya telur yang jatuh halus.
  5. Masukkan daun kari dan terus kacau sehingga kuning telur bertukar warna keemasan. Angkat dan ketepikan.
  6. Sementara itu panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih hingga kuning keemasan, masukkan daun kari dan hirisan cili padi serta susu.
  7. Kacau hingga kuah pekat,
  8. Masukkan undang yang telah digoreng dan perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
  9. Tutup api dan masukkan udang dalam pinggan kemudian taburkan di atasnya dengan kuing telur yang telah digoreng tadi.
  10. Sedia dihidangkan.

 

INFO CHEF: Goreng udang dengan kulit-kulitnya sekali.

….

 

 

3. AYAM PANGGANG BERSAMA NASI MENTEGA

BAHAN-BAHAN:

BAHAN PERAPAN:

  • 1 ekor ayam | bersihkan dan tos
  • 30gm serbuk Cajun
  • 15gm paprika
  • 1 sudu teh minyak sapi
  • 3gm daun rosemary
  • 5gm serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa

BAHAN  SUMBAT DALAM PERUT AYAM:

  • 2 biji bawang besar
  • 10 ulas bawang putih
  • 2 batang seleri | hiris

BAHAN NASI:

  • 1 kg beras bashmati | rendam
  • 60gm mentega
  • 100gm minyak masak
  • 50gm bawang putih
  • 3 helai daun pandan
  • Garam dan serbuk pati ayam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan-bahan perapan ayam. Gaul sekali dengan ayam biar sebati.
  2. Masukkan dalam perut ayam dengan bahan sumbat.
  3. Kemudian bakar dalam ketuhar lebih kurang 45 minit atau hingga ayam masak.
  4. Sementara itu sediakan nasi.
  5. Panaskan minyak dan mentega dalam periuk, tumis hirisan bawang putih dan daun pandan hingga wangi.
  6. Kemudian masukkan beras dan masukkan air secukupnya.
  7. Tuangkan dalam periuk elektrik dan masak seperti biasa (lebih kurang 15-20 minit)
  8. Setelah nasi masak hidangkan dalam pinggan bersama hirisan ayam panggang.

 

INFO CHEF: Menu ini sangat sesuai untuk anak-anak yang tidak sukakan pedas. Sangat sesuai untuk hidangan bersahur.

…..

 

 

4. KERABU SOTONG

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm sotong yang dihiris halus | celur dan tos
  • 500gm terung goreng tepung
  • 10gm bijan | goreng tanpa minyak
  • 3ulas bawang merah | hiris halus
  • 2batang serai | hiris halus
  • 3helai daun limau purut | hiris halus
  • 1biji cili merah | hiris halus
  • 2biji limau kasturi
  • 2sudu makan sos ikan
  • 2sudu makan gula

 

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan hirisan di dalam mangkuk.
  2. Masukkan sos ikan, gula dan perahan limau kasturi.
  3. Gaul rata dan pastikan rasanya secukup rasa.
  4. Sedia dihidangkan.

 

INFO CHEF: Selain sotong boleh juga guna undang. Ikut cita rasa anda dan keluarga.

…..

 

 

5. ONDE-ONDE PELANGI

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tepung pulut
  • 4 sudu makan tepung gandum
  • Secubit garam
  • Air secukupnya
  • Pewarna kuning, hijau dan merah jambu
  • Kelapa parut  | gaul dengan sedikit garam

 

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan tepung pulut, gandum dan sedikit garam. Gaul rata.
  2. Campurkan air sedikit demi sedikit sambil uli hingga menjadi doh lembut.
  3. Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan warna dengan warna kuning, hijau dan merah jambu.
  4. Ambil doh sebesar ibu jari  dan gentel menjadi bulat. Lakukan sehingga semua warna habis digentel.
  5. Masukkan gula Melaka dalam setiap doh yang telah dibulatkan. Lakukan hingga habis.
  6. Panaskan air dalam periuk, bila air mendidih masukkan onde-onde mengikut warna.
  7. Selepas onde-onde timbul angkat dengan penapis dan masukkan dalam bekas yang berisi kelapa parut. Gaulkan dengan kelapa.
  8. Lakukan cara yang sama hingga habis.
  9. Campurkan onde-onde untuk dapatkan pelbagai warna sebelum dihidangkan.

 

INFO CHEF: Untuk kelapa parut yang tidak mudah basi, kukus kelapa yang telah dicampur dengan garam 5-10 minit.

…..

 

 

6. UDANG MANGGA SALSA

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm udang | buang kulit dan tinggalkan ekornya
  • 1 biji tomata | dadu kecil
  • 1/2biji mangga separuh masak | potong dadu

BAHAN SALSA:

  • 1 ulas bawang merah | cincang halus
  • 1 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 biji cili merah | cincang halus
  • 1 biji limau kasturi | ambil jus
  • 1 sudu teh sos ikan
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan air dalam periuk, bila mendidih celurkan udang. Angkat dan toskannya.
  2. Kemudian sediakan salsa dengan mencampurkan bawang merah, putih dan cili yang dicincang.
  3. Seterusnya perahkan jus limau, masukkan sos ikan, garam dan gula secukup rasa.  Ketepikan.
  4. Campurkan udang bersama mangga, tomato, kemudian hidangkan dengan salsa di dalam pinggan.

 

INFO CHEF: Campurkan bahan hanya bila ingin menghidangkannya, jika sedia dihidangkan. Simpan dalam peti ais.

…..

 

 

7. RAMBOW FISH ROLL

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm isi ikan putih
  • 200gm isi ketam stik
  • 2biji telur
  • 100gm tepung gandum
  • Salad campur | sebagai hiasan
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukan isi ikan beserta telur dalam mangguk dan tambah garam dan lada hitam.
  2. Gaulkan sehingga rata dan tambahkan tepung untuk mendapatkan adunan yang sebati
  3. Ratakan bahan adunan di atas tikar penggulung sushi dan letakan isi ketam stik di tengah-tengah dan gulung.
  4. Balut adunan di dalam acuan selinder dan kukus sehingga masak. Kemudian sejukkan
  5. Potong  dan  dan hidangkan secara berasingan bersama sos kegemaran anda

INFO CHEF: Setelah  kukus, selinder ini boleh digoreng sebelum dipotong untuk dihidangkan.

…..

 

 

8. MERINGUE COOKIES

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur putih
  • 200gm cawan gula
  • 1/2 sudu teh Cream of Tatar
  • 1/2sudu teh esen vanilla
  • 200gm coklat yang telah dicairkan.

 

CARA MEMASAK:

  1. Satukan putih telur, gula aising dan Cream of Tatar.
  2. Renehkan secara doublr boiler hingga gula hancur.
  3. Alihkan dari api dan putar dari kelajuan rendah hingga tinggi sehingga adunan menjadi soft peakdan bertanduk.
  4. Masukkan adunan di dalam piping bag dan paipkan di atas parchment paper supaya tidak melekat.
  5. Kemudian masukkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan dengan suhu 170C. Kemudian perlahankan suhu. Ikut kesesuaian ketuhar.
  6. Setelah masak, sejukkan.
  7. Sebelum dihidangan, paipkan coklat di atasnya. Kemudian bolehlah dihidangkan bersama hirisan buah yang anda suka.

 

INFO CHEF: Jika belum sedia dihidangkan, simpan  cookies di dalam bekas kedap udara.

……

 

RESIPI :  TEAM CHEF,  CARLTON HOLIDAY HOTEL & SUITE.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Mastura Abu Kassim