Menu Bihun Goreng Tomyam Untuk Sahur… 15 minit Aje Siap!

Share

Hidangan mudah disediakan untuk makan malam, sangat mudah dan senang. Tak perlu masa yang panjang, mak-mak cepat jer nak buat! Selamat mencuba…

Rasa tomyam dengan udang serasi bersama bihun yang lembut sedap. Sangat cepat hanya 15 minit diperlukan siap masak.

BIHUN GORENG TOMYAM

BAHAN-BAHAN:

  • Sebungkus bihun.
  • *5 biji bawang merah (cincang)
  • *5 ulas bawang putih (cincang)
  • *3 batang serai (dititik biasa dia!)
  • *Udang geragau segenggam-cuci bersih
  • *Udang segar
  • *2 sudu pes thai tom yam
  • *Lobak merah-dihiris
  • Sayur sawi

CARA MEMASAK:

1. Tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga wangi. Kemudian masuk kan udang geragau tadi.

2. Bila sudah wangi boleh tambah pes tomyam, udang segar dan lobak merah. Kacau rata dan jangan lupa tambahkan garam secukup rasa.

3. Masukkan bihun dan gaul rata. Masukkan sawi, air 1-2 cawan dan daun limau purut. Tutup kuali dan biar hingga bihun lembut

INFO:

  1. Kalau suka masak boleh masukkan hirisan cili padi.
  2. Boleh tambah bahan lain seperti isi ayam, sotong dan sebagainya.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Zuraida Zu

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA VIDEO INI :

Published by
Faridah Talib