Koleksi resipi snek yang ibu-ibu kena cuba. Maklumlah, bila tibanya cuti sekolah, riuh rendah rumah dibuatnya. Masa inilah kaum ibu ‘terlebih’ sibuk di dapur sebab kaki makan tengah ramai berkumpul. Memang meriah! Snek antara hidangan ringan yang menjadi kegemaran anak-anak namun kebanyakan snek beku yang dijual di pasaran, kurang bagus untuk kesihatan kerana mengandungi kandungan garam serta MSG yang tinggi.

Bagi anda yang mementingkan kualiti makanan yang dihidangkan, anda boleh menyediakan aneka resipi snek ini secara homemade. Mudah je! Jom cuba.

 

  1. NUGET AYAM HOMEMADE

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak

BAHAN-BAHAN UTAMA:
6 keping dada ayam – dikisar halus (buang tulang dulu ya)
1 batang lobak merah – dikisar halus
Serbuk lada putih – beli online disini
Garam secukup rasa
Serbuk roti / breadcrumbs putih (anggaran 1-2 cawan) – beli online disini
1/2 sudu makan baking powder – beli online disini
1 telur
1 sudu makan mentega (unutk effect seperti lemak ayam) – beli online disini

BAHAN SALUT:
Serbuk roti / Breadcrumbs oren secukupnya – beli online disini

CARA MEMASAK:
1. Kisar isi ayam. Masukkan dalam mangkuk yang besar, campurkan kesemua bahan-bahan utama. Sebatikan hingga semua bahan sebati.

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak2. Canai ikut ketebalan yang disukai kemudian cetak guna bentuk yang anda sukai. Jika guna pencetak (acuan), basahkan dulu pencetaknya setiap kali sebelum diterap pada ayam supaya tidak melekat.

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak3. Ambil kepingan ayam tadi dan salut dengan serbuk roti berwarna oren.

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak

4. Panaskan minyak dan goreng nuget hingga masak.

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak5. Jika mahukan nuget yang berkeju, boleh tambah kepingan keju ketika mengisar isi ayam.

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak

INFO:
1.Resipi nuget ini menggunakan telur kerana ia akan menjadikan nuget jadi lebih lembut.
2. Lada putih dan garam harus diletakkan dengan secukup rasa. Barulah rasanya lebih enak seakan menggunakan stok ayam.
3. Letak baking powder untuk bagi kesan gebu menggelembung seakan nuget ayamas.
4. Letak serbuk roti dalam adunan nuget supaya supaya tekstur nuget tidak terlau mampat.
5. Nuget boleh dibentuk ikut cita rasa masing-masing.

Kredit resipi & foto: Habibah Badar Bajrai

 

2. CHEESY WEDGES HOMEMADE

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak

Ads

BAHAN-BAHAN:
1 kg ubi kentang secukupnya – bersihkan & potong baji – beli online disini
1-2 kiub pati ayam – beli online disini
Garam secukup rasa – beli online disini
Tepung goreng serbaguna pedas secukupnya – beli online disini

CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ubi kentang dan potong ikut saiz dan bentuk yang diingini.
2. Masukkan air dalam periuk bersama kiub pati ayam dan garam. Rebus ubi kentang seketika.

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak3. Toskan ubi kentang dan biarkan sejuk dan kurang basah.

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak4. Gaul ubi kentang dalam bekas berisi tepung goreng serbaguna. Susun dalam dulang.

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak5. Susun ubi kentang dalam beg plastik dan sejukbekukan semalaman. Lagi lama kentang disimpan, lagi sedap rasanya.

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak6. Untuk menikmati, panaskan minyak dan goreng ubi kentang hingga garing.

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak7. Nikmati bersama sos cheesy wedges segera.

Kredit resipi & foto: Nabilah Mamat

 

3. SOSEJ HOMEMADE 

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak

BAHAN-BAHAN:
4 ketul dada ayam
1/2 batang lobak merah potong nipis (boleh masukkan sayur lain jika suka)
3 batang daun sup
1 ulas bawang besar – dihiris nipis – beli online disini
3 ulas bawang putih – beli online disini
Sedikit garam
1 sudu stok ayam (boleh guna 1 ketul kiub ayam) – beli online disini
Sebiji telur
3 sudu tepung jagung – beli online disini
1/2 sudu teh daun oregano – beli online disini
Sedikit serbuk lada hitam – beli online disini

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak

CARA MEMASAK:
1.Campurkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sampai lumat.

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak2. Bahan yang telah siap dikisar. Kalau agak pekat sangat boleh tambah sedikit air untuk mudah dipaipkan dalam plastik.

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak3. Kaub balikkan adunan supaya sebati.

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak4. Masukkan bahan kisar ke dalam plastik atau piping bag. Masukkan separuh sahaja jangan penuh takut nanti akan terkeluar ikut belakang.

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak

5. Gunting bahagian hujung plastik.

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak6. Picitkan ke dalam plastik aiskerim. Pastikan hujung lagi satu plastik aiskerim itu telah dipotong supaya tiada tekanan udara dan memudahkan adunan dimasukkan.

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak7. Ikat kedua-dua hujung plastik aiskrim dengan kemas.

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak8. Jika tidak suka guna plastik, boleh bungkus guna daun pisang atau aluminium foil.

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak9. Caranya mudah sahaja. Paipkan adunan memanjang ikut kesesuaian. Gulung adunan dan ikat bahagian hujung kanan kirim daun pisang atau aluminium foil.

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak10. Adunan yang telah siap dibungkus.

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak11. Masukkan gulungan sosej ke dalam pengukus dan kukus dalam15-20 minit.

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak12. Setelah siap boleh diangkat dan sejukkan sosej.

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak13. Buka pembalut sosej.

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak14. Panaskan minyak dan bolehlah digoreng.

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak15. Goreng dan balik-balikkan sampai kekuningan. Boleh juga dipanggang atau bakar dalam ketuhar.

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak16. Sosej yang telah siap digoreng. Jika lebih bolehlah simpan dalam bekas dan sejukbekukan.

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak

Kredit resipi & foto: Rosmirah Yussof

 

4.ROTI PIZZA SOSEJ MINI

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak

Ads

BAHAN DOH:
250ml cawan air suam
1 paket yis mauripan – beli online disini
1 sudu teh gula – beli online disini
1 sudu teh susu pekat manis – beli online disini
4 cawan tepung gandum – beli online disini
1 biji telur
1/4 sudu teh garam – beli online disini
1 cawan marjerin – beli online disini

CARA MEMBUAT DOH:

1. Campurkan gula dan susu pekat manis ke dalam bekas berisi air suam. Kemudian masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.
2. Dalam mangkuk yang lain, masukkan tepung gandum, marjerin, garam dan telur ke dalam mangkuk dan gaul sehingga menjadi seakan serbuk roti.
3. Kemudian masukkan campuran yis yang telah kembang tadi. Tuang sedikit demi sedikit.
4. Uli doh sehingga tidak melekat di tangan. Kemudian tutup doh menggukan kain atau plastik dan biarkan selama 20-30 minit supaya doh naik 2 kali ganda.

BAHAN TOPPING PIZZA:
Tomato puri
Sayur campur
Sosej – beli online disini
Keju cheddar atau mozarella – beli online disini
Sos cili – beli online disini
Mayones – beli online disini

CARA MEMASAK:
1. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian.
2. Susun atas dulang, sapu sos dan letak topping ikut cita rasa masing-masing.
3. Bakar dalam ketuhar pada suhu 190C selama 20 minit atau hingga masak (empunya resipi guna oven kecil). Waktu memasak mungkin berebza mengikut ketuhar masing-masing.

Kredit resipi & foto: Natasha Jeffrey

 

5. POTATO SMILES

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak

BAHAN-BAHAN:
4 biji ubi kentang
4 sudu makan tepung gandum
4 sudu makan tepung jagung
4 sudu makan serbuk roti
1 kiub pati ayam
Garam

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak

CARA MEMASAK:
1. Rebus kentang bersama kiub pati ayam hingga empuk.
2. Kemudian lenyek kentang hingga sebati. Campurkan tepung gandum,tepung jagung & serbuk roti.
3. Perasakan dengan garamdan uli hingga menjadi doh. Jika adunan lembik, tambah sedikit tepung jagung.

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak4. Canai adunan(jangan terlalu tebal) & tekap menjadi bentuk bulat.
5. Lubangkan mata guna straw dan buatkan mulut guna hujung sudu.

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak
6. Goreng dalam minyak yang sederhana panas. Sedap dimakan panas-panas & dicicah dengan sos serta mayones.

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak

Kredit resipi & foto: Ayza Nur

 

6.BABY PANCAKE VIRAL

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak

Ads

BAHAN-BAHAN:
150gm tepung gandum – beli online disini
200gm susu full cream – beli online disini
35gm mentega  – beli online disini
35gm gula kastor – beli online disini
2 sudu teh baking powder – beli online disini
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh vanilla powder
1 biji telur

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak

CARA MEMASAK:
1.Satukan kesemua bahan ke dalam blender dan sehingga sebati dan tak berketul.

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak2.Kemudian tapis adunan supaya tekstur pancake lebih halus.

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak3.Tuangkan adunan ke dalam botol acuan.

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak4.Panaskan kuali. Sapukan sedikit mentega.

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak5.Masak pancake ikut saiz kesukaan masing-masing lebih kurang 10 minit. Masak guna api perlahan sahaja. Lakukan hingga habis adunan.

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-AnakMenu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak6. Akhir sekali boleh letak topping mengikut citarasa masin-masing. Sedia untuk dinikmati.

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak

Menu Cuti Sekolah, Aneka Snek Homemade Sedap Untuk Anak-Anak

Kredit resipi & foto: Cik Dayang Zuhaila

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Ayam Masak Bawang Sedap & Tak Guna Banyak Bahan

Resipi Ayam Sweet Sour Chinese Style Yang Sedap & Mudah

Resipi Kek Keju Meleleh Pandan Kukus. Lembut Gebu Memang Sedap

Cara Mudah Buat Whipping Cream Secara Homemade

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI