Buat yang menyambut Tahun Baru Cina boleh cuba sediakan menu istimewa untuk sekeluarga nikmati. Resipi yang dikongsi oleh Norzila Omar memang enak. Resepi daging rangup pedas ni disaluti dengan kuah pedas yang unik yang mudah dan cepat disediakan menjadikan ia masakan Cina kegemaran keluarga Kak Zie.Petua kak Zie, potong daging ketika ia masih separuh beku untuk menjadikannya lebih mudah dipotong dan mendapat potongan yang sama rata. Selamat mencuba
DAGING RANGUP PEDAS
BAHAN-BAHAN:
500g daging batang pinang
300g tepung jagung, 1/2 sudu teh garam ,1/2 sudu teh lada hitam atau lada sulah
1 keping halia bersaiz ibu jari
3 ulas bawang putih
2 biji cili padi segar, dicincang halus
2 pokok daun ketumbar
minyak untuk menggoreng
BAHAN PERAP
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh gula pasir
1-3 sudu besar kicap cair
1 biji telur
BAHAN SOS
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar cuka
4 sudu besar madu
CARA MEMASAK:
2.Salutkan daging yang diperap dengan tepung jagung dan goreng dengan minyak yang banyak (deep fry). Goreng hingga kekuningan, kira-kira 2-3 minit.
(PETUA: untuk mendapatkan daging yang lebih garing gorengkannya dua kali. Gorengan kali pertama hanya 30 saat hingga 1 minit menggunakan api besar, angkat dan toskan.
Dengan minyak yang panas, kembali menggoreng daging kali kedua selama 2-3 minit.
3.Cincang halus halia, bawang putih, cili padi, batang daun ketumbar (daunnya kita guna untuk hiasan). Masukkan semuanya ke dalam mangkuk.
4.Campurkan semua bahan sos dalam mangkuk dan gaul hingga sebati.
5.Dalam kuali yang bersih, panaskan 1 sudu minyak masak, tumis halia, bawang putih, cili padi dan batang daun ketumbar, selama 30 saat hingga wangi.
6.Tuangkan campuran sos dan didihkan, kemudian masukkan daging yang telah digoreng, gaul rata sehingga sos melitupi daging.
7.Dah siap.Hidangkan panas-panas.Taburkan daun ketumbar yang dicincang halus sebelum menghidang.
Kredit: Norzila Omar
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/masak-gulai-ikan-sedap-guna-rempah-giling-homemade/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official