
Siapa yang sedang diet sekarang? Hah kita ganglah. Kalau macam tu menu diet apa yang kita nak buat malam ni? Bosan juga asyik masak yang berkukus. Hari ni kita ubah selera dengan buat Tortilla chicken wrap untuk sarapan atau makan malam . Memang kenyang sungguh.
TORTILLA CHICKEN WRAP
Bahan-bahan:
Roti tortila jenama mission/gardenia
Nugget tempura jenama apa tak kisah, saya pakai ramly. 
Sos cili/tomato
Mayonis
Sos cheezy nachos
Sos blackpaper
Sos thousand island (optional kalau korang suka rasa masam-masam sikit, bolehlah letak)
Salad, tomato, timun, carrot,bawang Holland

Cara membuat:
1. Panaskan roti tortilla atas nonstick pan atau masukkan dalam oven pun boleh. Bakar kejap je dalam 2-3 min jangan sampai roti garing pulak nanti susah nk balut kalau keras.
2. Goreng nugget sampai garing. Kemudian potong nugget kecil-kecil macam dalam gambar tu ye.
3. Potong atau sagat je carrot dan timun panjang-panjang, kemudian bawang Holland potong nipis-nipis.

4. Sediakan roti tortilla, letak salad, timun, carrot, tomato, nugget, kemudian baru tuang sos-sos yang ada ikut citarasa korang la nak letak banyak mana. balut kemudian dah siap.

* kalau taknak terbuka wrap tu korang boleh cucuk dengan lidi kecil. Baru kemas terletak wrap tu 
Kredit : Siti Husni
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Murtabak Mi Segera Paling Mudah & Sedap

Terasa nak makan Murtabak Mi Segera? Nah… Ni ada resipi yang sangat mudah yang anda boleh cuba buat sendiri di rumah.
Murtabak Maggi ini anda boleh olah menggunakan apa sahaja bahan yang ada dalam peti sejuk. Nak guna daging, ayam, udang, isi ikan. Semuanya boleh. Jika tiada, nak letak sosej, crabstick, fishball atau fishcake pun tidak mengapa. Sedap juga rasanya.
Paling penting, kena ada telur yang cukup. Jika telur tidak padan dengan mi segera, bentuknya akan jadi tidak cantik dan mudah hancur. Tak jadilah bentuk murtabaknya.
Jom cuba resipi perkongsian saudari Siti A’isah Bt Sardi ni. Oh ya..kalau anak-anak tak makan pedas, gunalah mi segera berperisa ayam atau jika nak lebih menyengat, boleh letak hirisan cili padi. Pasti padu!
CARA MASAK MURTABAK MAGGI PALING SEMPOI TAPI SEDAP

BAHAN-BAHAN:
- 4 bungkus mi segera perisa kari – beli online disini
 - 1 biji bawang besar – potong dadu – beli online disini
 - 1 biji ubi kentang – potong dadu – beli online disini
 - 1 batang lobak merah – potong dadu
 - Hirisan daun sup – boleh letak cili hiris
 - Isi ayam – potong kecil (nak letak daging atau udang pun boleh)
 - 4 biji telur
 
CARA MEMASAK:
1.Didihkan air, celur mi segera hingga lembut. Kemudian buang air dan toskan.
2.Dalam mangkuk bersesuaian, satukan semua bahan di atas (kecuali telur).
3.Masukkan perencah mi segera kemudian gaul sehingga sebati. Pastikan perench tidak berketul.
4.Masukkan telur dan gaul sebati.
5.Panaskan kuali leper atau pemanggang ajaib kemudian masak mi segera tadi guna api kecil hingga masak.
6.Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Siti A’isah Bt Sardi
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Idea Menu Lunch Sedap Selera Orang Malaysia Sempena Hari Merdeka

Selamat Hari Merdeka yang ke 68 tahun! Moga negara kita ini sentiasa aman, makmur dan lebih maju. Oh… Ada yang bercadang nak masak menu istimewa buat keluarga sempena bulan kemerdekaan ? Ini antara menu-menu enak selera orang Malaysia yang sesuai disediakan dan boleh dijadikan sajian makan tengah hari. Semuanya sangat sedap, mudah dan membuka selera. Jom cuba!
KOLEKSI MENU MAKAN TENGAH HARI YANG SEDAP & MUDAH SEMPENA BULAN MERDEKA
1. NASI DAGING

BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging – rebus empuk
 - 1kg beras basmathi – cuci & tos
 - 1.5kg air
 - 1/2 tin susu cair
 - 2 sudu makan rempah kurma – sangai seketika
 - 2 sudu makan minyak masak
 - 1 sudu makan minyak sapi
 - 1 kiub pati daging
 - 1 helai daun pandan
 - 2 biji tomato – belah empat
 - Garam secukup rasa
 
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 1 batang kulit kayu manis
 - 5 kuntum bunga cengkih
 - 2 kuntum bunga lawang
 - 5 biji buah pelaga
 
BAHAN HIRIS:
- 1 biji bawang besar
 - 3 ulas bawang putih
 - 3cm halia
 
BAHAN AIR ASAM:
- 10 biji cili merah
 - 10 biji cili padi
 - 30gm belacan
 - Sedikit ikan bilis
 - Sedikit gula
 - Garam jika perlu
 - 2 biji tomato
 - 2 biji bawang besar
 - 2 sudu makan kerisik
 - 1 cawan air rebusan daging
 - 1 sudu makan pes asam jawa
 - 1 sudu makan sos cili
 - 1 sudu makan sos tomato
 
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk. Tumis rempah penumis dan bahan hiris hingga wangi.
2. Masukkan rempah kurma. Kacau rata dan masukkan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan beras yang telah ditoskan. Kacau seketika bersama daun pandan.
4. Masukkan separuh dari hirisan daging, air rebuan daging, susu cair, kiub pati daging dan tomato. Perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Pindahkan periuk ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
6. Untuk menyediakan air asam, satukan semua bahan dan kacau rata.
7. Hidangkan bersama nasi daging.
2. UDANG GULAI LEMAK CILI PADI & DAUN SELOM

BAHAN-BAHAN:
- 1kg udang saiz XL – bersihkan
 - 1 cekak daun selom – celur seketika
 - 700ml santan
 - 1 keping asam gelugur
 - 3 batang serai – titik
 - 1 helai daun kunyit – hiris
 - Garam secukup rasa
 
BAHAN KISAR:
- 20 biji cili padi
 - 4cm kunyit hidup
 
CARA MEMASAK:
1. Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan kisar, serai, daun kunyit dan asam gelugur. Renehkan.
2. Bila kuah sudah mendidih, masukkan udang dan daun selom yang telah dicelur tadi. Masak hingga udang bertukar warna kemerahan.
3. Perasakan dengan garam secukupnya dan kecilkan api.
4. Biar selama 2-3 minit dan padamkan api. Angkat serta sedia untuk dihidangkan. 
3. SATE DAGING GORENG

BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging – hiris kecil & nipis
 - 200gm kacang tanah – sangai & kisar
 - 1/2 cawan gula
 - Garam secukup rasa
 - Minyak masak secukupnya
 
BAHAN KISAR:
- 20 tangkai cili kering
 - 10 ulas bawang merah
 - 5 ulas bawang putih
 - 3cm halia
 - 4 batang serai
 - 2cm lengkuas
 - 1 sudu makan serbuk kunyit
 - 1 sudu teh serbuk jintan manis
 - 1 sudu teh serbuk jintan putih
 
CARA MEMASAK:
1. Cuci daging bersih-bersih dan toskan airnya.
2. Masukkan daging ke dalam mangkuk bersama bahan kisar, garam, gula dan kacang tanah. Gaul rata dan sebati.
3. Tutup bekas daging dan perap semalaman dalam peti sejuk.
4. Apabila sedia untuk dimasak, keluarkan sate dari peti sejuk dan biarkan pada suhu bilik seketika.
5. Panaskan minyak masak dalam kuali non-stick, Goreng sate guna api sederhana. Bila masak, angkat dan tapis sate tadi bagi membuang lebihan minyak.
6. Jika sate agak kering semasa dimasak, masukkan air perapan daging dengan secukupnya.
7. Sedia untuk dihidangkan.
4. KARI IKAN BAWAL MAS

BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ikan bawal mas – potong dua atau tiga
 - 200ml santan
 - ½ cawan air asam
 - 3 tangkai daun kari – lurut dari tangkai
 - 1 sudu makan serbuk cili
 - 3 sudu makan rempah kari ikan
 - 1 sudu teh serbuk kunyit
 - 1 ½ sudu makan rempah penumis
 - 2 cawan air
 - Garam dan gula secukup rasa
 
BAHAN HIRIS:
- 1 biji bawang besar
 - 8 biji bawang merah
 - 6 ulas bawang putih
 - 3cm halia
 
BAHAN TAMBAHAN:
- 1 biji terung panjang – belah dua & potong empat
 - 3 biji bendi – potong dua
 - 1 biji cili merah – belah dua
 - 1 biji cili hijau – belah dua
 - 1 biji tomato – belah empat
 
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan hiris hingga wangi.
2. Masukkan rempah penumis dan daun kari. Kecilkan sedikit api.
3. Setelah garing, masukkan bancuhan serbuk kari, serbuk cili dan serbuk kunyit. Kacau rata hingga pecah minyak. Tambah air dan air asam jawa.
4. Bila kuah mereneh, masukkan ikan diikuti dengan santan. Biarkan mendidih.
5. Tambahkan terung, kacang bendi, cili dan tomato.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Setelah 2-3 minit, tutup api dan hidangkan segera.
5. SOTONG BAKAR SERAI

BAHAN-BAHAN:
- 1kg sotong bersaiz XL – bersih & toskan
 - 100ml santan kotak
 - Garam dan gula secukup rasa
 
BAHAN KISAR:
- 4 biji bawang merah
 - 3 tangkai cili kering
 - 2 batang serai
 - 2 ulas bawang putih
 
BAHAN SUMBAT:
- 2 keping tauhu
 - 1 biji telur
 - 3 sudu makan daging kisar
 - 1 biji bawang besar – dadu halus
 - 3 biji bawang merah – cincang halus
 - 2 ulas bawang putih – cincang halus
 - 3 biji cili merah – cincang halus
 - 1 sudu makan sos tiram
 - 1 sudu teh serbuk lada sulah
 - Garam secukup rasa
 - 1 sudu makan minyak masak
 
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan bahan perapan sotong, campurkan bahan kisar bersama santan. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa. Ketepikan.
2. Bagi menyediakan bahan sumbat sotong, panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
3. Tambahkan daging kisar, tumis hingga kering.
4. Masukkan tauhu yang dihancurkan. Gaul rata.
5. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Tutup api dan sejukkan.
6. Bila inti sejuk, pecahkan telur, kacau rata dan tambahkan hirisan daun bawang serta daun ketumbar.
7. Sumbat bahan isian ke dalam sotong, padatkan dan tutup guna kepala sotong. Pin guna lidi dengan kemas.
8. Gaul sotong dengan bahan perapan. Perap seketika.
9. Untuk memasak, panaskan sedikit minyak dalam kuali non-stick dan panggang sotong guna api sederhana hingga masak. Sedia untuk dinikmati.
Mudah dan sedap kan? Bolehlah cuba masak menu-menu di atas hari ini. Selamat Hari Merdeka!
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Sedapnya Nasi Mentega Ala KFC! Ayam Pula Cruncy Dan Sangat Menyelerakan


Haa, mak-mak sekalian. Biasa kalau buat nasi ayam, mesti yang biasa-biasa je kan. Apa kata kali ini kita tukar sikit menu tu. Kita masak special sikit, iaitu Nasi Mentega Ala KFC! Mesti anak-anak nak makan pun teruja kan.
Bila tengok kepada gambar, memang lengkap set hidangan Umi Watie ni. Ada karbohidrat, protein dan juga sayur. Jom kita buat.
NASI MENTEGA
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan mentega – beli online di sini
1 biji bawang merah – beli online di sini 
1 ulas bawang putih – beli online di sini
2 hiris halia – beli online di sini 
3 cawan susu segar
1 cawan air
2 cawan beras basmathi
Garam
CARA-CARA:
1.Basuh bersih beras basmathi dan toskan biar kering. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia dengan mentega sampai garing dan wangi. Masukkan dalam periuk bila bahan tumis dan siap.


2.Masukkan susu segar 3 cawan dan 1 cawan air biasa. Anggaran 1 cawan beras basmathi sama dengan 2 cawan cecair.

3.Jangan lupa perasakan dengan garam. Biar dia naik rasa lemak berkrim dia nanti. Saya tak bubuh daun pandan sebab lebih suka bau mentega yang kuat. Kalau nak bubuh daun pandan terpulang ya. Tanak nasi mentega kita sampai masak.

AYAM CRISPY
BAHAN-BAHAN:
2 bahagian ayam paha yang dibuang tulang
1 biji telur
5 sudu makan tepung bestari pedas – beli online di sini 
(UNTUK SALUTAN)
1 cawan tepung bestari pedas
½ cawan tepung jagung – beli online di sini
CARA-CARA:
1.Bancuhkan ayam dengan sebiji telur dan juga tepung bestari. Gaulkan semua bahan sampai dia mesra. Kemudian, perap selama sejam dalam peti sejuk. Cubit-cubitkan ayam tu biar semua perasa masuk dalam ayam kita tadi.


2. Sediakan tepung kering untuk salutan ayam kita nanti. Campurkan tepung bestari pedas dengan tepung jagung. Ini untuk salut sekeping ayam tau. Saya buat sikit sikit.

3. Bedakkan ayam perap tadi dengan adunan tepung salut kita tadi. Cubit cubitkan ayam tu. Pastikan semua bahagian kena tepung.

4. Panaskan minyak, gorengkan ayam crispy kita sampai kuning keemasan. Saya goreng dalam kuali leper supaya ayam elok terendam dalam minyak.

5. Bila dah elok masak dan kekuningan toskan kering. Ayam kita dah siap.

COLESLOW
BAHAN-BAHAN:
1 cawan kubis | dicincang halus
1 cawan kubis ungu | dicincang halus
½ cawan lobak merah | dicincang halus –beli online di sini
1 biji bawang merah | dicincang halus – beli online di sini
5 sudu makan mayonis – beli online di sini 
1 sudu makan gula
1 sudu teh garam
¼ cawan susu segar
CARA-CARA:
1.Campurkan kubis, kubis ungu, lobak merah dan bawang merah di dalam satu bekas. Kemudian, bubuh mayonis, gula, garam dan susu segar.


2. Gaulkan semua bahan. Simpan dalam peti sejuk. Makan sejuk- sejuk baru syok.

Kredit resipi & foto: Umi Watie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
20 Resipi Kukus & Rebus Istimewa Sempena Ulang Tahun RASA Ke 20
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:

