Menu Hari Jumaat! Buat Nasi Komok. Resipi Lengkap, Senang Dan Gerenti Sedap Mari Jauh Dari Siam!

Share

Nasi Komok atau Khao Mok Gai, begitulah sebagaimana yang dinyatakan berkenaan nasi ini. Inilah rupanya nasi Beriani Siam. Perkongsian yang cukup lengkap dari Puan Tengku Zaharah. Selamat mencuba!

RESIPI NASI KOMOK

BAHAN UNTUK NASI:

  • 1 kg beras basmati(bersihkan & toskan)
  • 2 sudu kunyit serbuk
  • 5 sudu serbuk nasi komok
  • 1 paket kakas kasar
  • Ayam 3/4 ketul

CARA MEMASAK:

Tumis kakas kasar,serbuk nsi komok&kunyit smpai naik bau..bau gini aummm 😝pah tu msukkan ayam,cukup rasa&air ikut sukatan beras&last sekali beras

UNTUK PERAPAN AYAM:

  • 1 labu bawang putih
  • 4 batang serai
  • Kunyit fresh & serbuk
  • Halia
  • Ketumbar
  • 1 sudu tepung gandum
  • Sedikit pewarna merah
  • Cukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Kisar dan perap ayam sekurang2nya 1jam

UNTUK COLEK PENCICAH:

  • 3-4 ulas bawang putih
  • 4 tangkai lado bsr(meroh)
  • 4-5 tangkai lado cengit(cili padi)
  • 2 sudu cuka
  • 5-6 sudu gula
  • Garam
  • Akar daun ketumbar@pakci

CARA MEMASAK:

  1. Kisar & masak atas dapur sampai pekat & last skali tabur daun ketumbar.

 

Kongsi resipi: Tengku Zaharah

Published by
Mastura Abu Kassim