Menu Harian Mudah Dan Tidak Menjemukan

Share

Menentukan menu apa setiap hari kadangkala membuatkan rasa buntu. Resipi ini praktis dan mudah disediakan. Terutama buat mereka yang masih belajar memasak dan teraba-raba apa yang mahu dihidangkan buat keluarga, resipi mudah ini boleh membantu anda. Bahan-bahan yang digunakan tidak rumit dan banyak. Ringkas dan penyediaannya juga mudah.

Bahan-bahan
Ayam dipotong sederhana besar
Serai (diketuk)
Daun limau purut
Pes tomyam
Beberapa biji cili api (ikut tahap kepedasan masing-masing)
Bawang holand
Secukup rasa
Garam
Gula

Cara-cara:
Goreng ayam kemudian angkat dan asingkan.
Panaskan minyak dan tumiskan pes tomyam.
Masukkan ayam beserta serai, daun limau purut dan cili api.
Kemudian gaulkan hingga sebati.
Biarkan sehingga kering. Kemudian masukkan bawang holland yang dipotong bulat.
Sedia dihidang.

Ikan bilis sambal petai.

Bahan-bahan
Ikan bilis
Kentang
Petai
Lada kering (dikisar)
Bawang besar (dikisar)
Garam
Gula

Cara-caranya
Goreng ikan bilis sehingga garing kemudian asingkan.
Goreng kentang yang dipotong dadu kemudian asingkan.
Panaskan minyak, kemudian masukkan lada kering yang telah dikisar bersama bawang besar tadi.
Biarkan sehingga kering. Masukkan garam dan sedikit gula.
Setelah itu, masukkan ikan bilis dan kentang yang elah digoreng tadi. Kacau sehingga sebati. Masukkan petai.
Siap dihidang. Sesuai dimakan bersama nasi panas.

 

Kari daging bersama kentang

Bahan-bahan
Daging
Sedikit minyak masak
Santan
Kentang
Serbuk kari
Lada kering
Bawang merah
Daun kari

Cara-caranya
Panaskan minyak.
Tumiskan lada kering yang digaul sebati bersama rempah kari daging dan daun kari.
Masukkan daging, kemudian kacau.
Biarkan sehingga naik bau.
Masukkan santan. Tambahkan sedikit air.
Kemudian masukkan kentang.
Akhir sekali, taburkan sedikit garam dan juga gula.
Siap dihidang

 

Sambal ikan masin terbang

Bahan-bahan
Ikan masin terbang
Lada kering (dikisar)
Bawang (dikisar)
Garam
Gula

Cara-caranya
Panaskan minyak da gorengkan ikan masin terbang sehingga garing.
Setelah itu, masukkan lada kering dan bawang yang telah dikisar tadi.
Biarkan sehingga kering.
Masukkan sedikit garam dan gula.Kemudian kacau.
Masukkan ikan masin terbang tadi.
Sedia dihidang.

Kerang bercili

Bahan-bahan
Kerang (direbus)
Lada kering (dikisar)
Bawang (dikisar)
Sos cili
Sos tiram
Daun kari
Garam
Gula

Cara-caranya
Panaskan minyak ke dalam kuali. Masukkan bahan yang dikisar. Masukkan sedikit sos cili dan sos tiram. Kacau sehingga naik bau.masukkan daun kari, garam dan sedikit gula.
Kemudian masukkan kerang yang telah siap direbus tadi. Kacau sehingga sebati.
Siap dihidang.

Sambal sotong

Bahan-bahan
Sotong
Lada kering (dikisar)
Bawang (dikisar)
Garam
Gula

Cara-caranya
Panaskan sedikit minyak kedalam kuali.
Masukkan bahan yang telah dikisar. Biarkan sedikit kering.
Masukkan garam dan gula.
Kemudian masukkan sotong.
Siap dihidang.

Daging sambal kicap

Daging
Lada kering (dikisar)
Bawang (dikisar)
Bawang besar (dipotong bulat)
Kicap

Cara-caranya
Panaskan minyak. Masukkan bahan yang di kisar.
Masukkan daging.
Tambah sedikit air. Masukkan kicap, garam dan juga sedikit gula.
Biar sehingga kering.
Setelah kering, masukkan bawang yang dipotong bulat itu tadi. Kacau dan sedia dihidang.

Kredit resipi: sudugarfoo lunch box

Published by
Putri