Menu Harian Ringkas Dan Sedap

Share

Kadang kala pening memikirkan menu yang menyelerakan buat sekeluarga nikmati. Sesekali menu yang mudah dan praktikal lebih digemari dan pasti berebut makan.Rancanglah dengan teliti pemakanan untuk seminggu supaya senang merancang pembelian stok barangan basah untuk sebulan sekali gus. Dengan ini ia lebih menjimatkan.

DAGING GORENG BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:
300gm daging
1 biji bawang besar | hiris bulat
3 ulas bawang putih |kisar
5 ulas bawang merah |kisar
2.5cm halia |kisar
1 sudu ketumbar |sangai dan kisar
1 sudu jintan manis |sangai dan kisar
1 sudu jintan putih | sangai dan kisar
Sedikit cuka
Sedikit air
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan daging dan sedikit air.
3. Masukkan cuka, gula dan garam secukup rasa.
4. Akhir sekali masukkan bawang besar hiris.
5. Gaul sekata, angkat dan sedia dihidangkan.

Info chef: Jika mahu berkuah, boleh tambah air lebih dan begitu juga sebaliknya.

Saiz Hidangan: 3-4 orang
Waktu Memasak: 30 minit
Jenis Hidangan: Melayu
Keistimewaan: Rasa rempah ratus menambah kesedapan masakan
Jenis Penyediaan: Lauk pauk
Cara Memasak: Tumis dan goreng
Anggaran kos: RM20


Untitled design – 2019-11-27T102433.125.

ASAM REBUS IKAN PARI

BAHAN-BAHAN:
400gm ikan pari
2 sudu cili kering kisar
5 ulas bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih |kisar
0.75cm kunyit hidup |kisar
2.5cm halia |kisar
1 keping asam keping
1 batang serai | titik
Sedikit daun kesum
Garam secukup rasa
1 liter air

CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan kisar dan serai ke dalam air. Gaul sekata.
2. Masukkan ikan pari yang telah dibersihkan. Setelah itu masukkan garam secukup rasa dan asam keping. Setelah mendidih, masukkan daun kesum.
3. Angkat dan sedia dihidangkan.

Info chef: Jumlah air terpulang kepada banyak kuah yang diingini.

Saiz Hidangan: 2-3 orang
Waktu Memasak: 30 minit
Jenis Hidangan: Melayu
Keistimewaan: Rasa pedas dan masam yang seimbang
Jenis Penyediaan: Lauk pauk
Cara Memasak: Reneh
Anggaran kos: RM20


Untitled design – 2019-11-27T102559.854.

AYAM GORENG TOMYAM

300gm ayam | potong kecil
1 biji bawang besar | hiris bulat
3 ulas bawang putih | kisar
5 ulas bawang merah | kisar
1 helai daun limau purut
1 batang serai |dititik
1 biji tomato
100gm bunga kubis
1/2 biji cili benggala
2 sudu pes tomyam
Sedikit air
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau wangi.
2. Kemudian masukkan pes tomyam. Gaul sekata.
3. Masukkan pula serai dan daun limau purut.
4. Setelah itu barulah masukkan ayam dan sedikit air. Kacau sebati.
5. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris, bunga kubis, cili benggala, tomato dan tomato bulat. Biar seketika dan angkat.
6. Sedia dihidangkan.

Info chef: Enak dimakan bersama nasi panas.

Saiz Hidangan: 3-4 orang
Waktu Memasak: 30 minit
Jenis Hidangan: Ala Thai
Keistimewaan: Rasa tomyam yang membuka selera
Jenis Penyediaan: Lauk pauk
Cara Memasak: Tumis dan goreng
Anggaran kos: RM20

Resipi: Terima kasih Chef Niko

Published by
Putri Adila Saari