Menu Ikan + Minuman Dari Halia, Makanan Sunnah Elok DiCuba

Share

Halia biasa kita guna untuk menghilangkan hanyir ayam , ikan dan daging dalam masakan kan. Ia juga memberi aroma dan rasa yang sedap dalam masakan .

Tahukah anda sebenarnya halia juga adalah salah dari makanan yang ada disebut dalam Al-Quran. Dalam Ayat 17, surah Al Insan yang bermaksud: “Dan mereka dalam syurga itu diberi dari sejenis minuman yang campurannya zanjabil’. (ayat17, Surah Al-Insan).

Halia dikatakan ditanam di China sejak berkurun-kurun lamanya. Malah, tanaman itu dikatakan berkemungkinan berasal dari negara tersebut.Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia dalam amalan perubatan sejak 2,500 tahun lalu.

Mereka bergantung kepada khasiat halia untuk mengatasi pelbagai penyakit seperti masalah kesejukan anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki. Gejala itu berpunca daripada gangguan atau masalah pengaliran darah.

Khasiat halia dalam merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden.Menurut satu laporan, kandungan aktif dalam halia yang dikenali sebagai gingeroles memberi kesan apabila ia meresap ke dalam badan.

Foto : canacopepgdl;.com

Seperti yang diketahui umum, air rebusan halia yang dicampurkan dengan lada hitam boleh menghilangkan angin di perut. Air rebusan ini sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang mengalami masalah angin dalam badan.Bagi mereka yang terseliuh anggota badan, halia tua yang ditumbuk halus dan dipupuk di tempat tersebut boleh mengelakkan angin memasuki bahagian berkenaan.

Halia juga boleh mengubati penyakit, kekurangan tenaga, pening kepala, dan demam panas. Selain itu, halia membantu menghadam makanan, mengawal hati daripada kesejukan dan menghilangkan bau busuk mulut.

Ni 2 resipi yang menggunakan halia dalam ramuan, cubalah dah tentu dapat khasiatnya sekali.

IKAN JENAHAK KICAP HALIA


BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan jenahak | siang dan bersihkan
  • 1/2 cawan minyak sayuran
  • 1/4 cawan hirisan halia segar
  • 2 biji bawang merah | cincang
  • 1 biji cili merah | hiris
  • 2 sudu makan kicap soya
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya
  • Sedikit daun ketumbar | hiris

CARA MEMASAK:
1. Kerat ikan kepada tiga atau empat bahagian.
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak sayuran. Goreng ikan hingga bertukar menjadi kekuningan di kedua bahagian. Angkat ketepikan.
3. Masukkan hirisan halia dan tumis hingga wangi dan lembut. Tambah hirisan bawang merah, cili merah, daun ketumbar dan kicap soya. Masak untuk beberapa ketika dan tambah air secukupnya. Jika ingin berkuah, masukkan lebih air. Begitu juga sebaliknya.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan kembali ke dalam kuali. Gaul sebati. Angkat dan sedia dinikmati.

Info chef: Tak perlu tambah garam jika sudah cukup masin.

Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 45 minit
Jenis hidangan : Moden
Keistimewaan : Rasa ikan berlemak , manis dan berjus 
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis dan goreng

 ORANGE, LEMON, CARROT & GINGER ZINGER JUICE

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji oren | buang kulit dan biji
  • 1 biji lemon | buang kulit dan biji
  • 1 inci halia segar | buang kulit
  • 10 – 12 batang lobak merah

CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar minuman dan kisar hingga ia lumat.
2. Tuang ke dalam gelas dan sedia dinikmati.

Published by
Faridah Talib