Bulan puasa ni dapat masak menu kesukaan yang dah lama kita idamkan pun best. Contohnya ikan patin bakar. Makan pula dengan nasi panas-panas, tak usah lauk lain mengadam lauk itu pun dah cukup.

Dalam Rasa Nostalgia Ramadan Episod 11 ini jom kita tengok pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza menyediakan dua menu berbuka, ikan patin bakar dan sagu jagung.

Menurut Memey, Ikan Bakar Patin menjadi kesukaan suaminya. Manakala sebagai pemanis mulut Memey menyediakan Sagu Jagung yang menjadi kegemarannya. 

Rancak episod kali ini apabila Abby Abadi turut dijemput untuk berbuka puasa bersama. 

Menu Ikan Patin Bakar & Sagu Jagung Yang Disediakan Oleh Norman Dan Memey Memang Membuka Selera

IKAN PATIN BAKAR

BAHAN-BAHAN:

2 ekor ikan patin saiz sederhana (dicuci bersih, dipotong tiga dan dilumur garam)

1 biji bawang besar (dikisar)

6 batang cili merah besar (kisar)

7 biji cili kecil(kisar)

IKLAN

2 inci kunyit hidup (kisar)

2 sudu besar tempoyak

1 sudu besar gula pasir (kisar)

1 biji tomato (kisar)

Kiub knorr ikan bilis

Maggi secukup rasa

Cara-cara:

  1. Dalam balutan foil, letak ikan patin bersama bahan kisar.
  2. Panaskan kuali. letak sedikit minyak, letak ikan dan bakar.
  3. Balik-balikkan ikan supaya masak rata kedua-dua bahagian.
  4. Setelah masak, bolehlah diangkat.
  5. Sedia untuk dihidang.

Menu Ikan Patin Bakar & Sagu Jagung Yang Disediakan Oleh Norman Dan Memey Memang Membuka Selera

SAGU JAGUNG

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

Sagu

Pewarna makanan merah

2 helai daun pandan 

1 tin jagung 

Susu cair 

Cara-cara:

  1. Didihkan 4 cawan air. Kemudian masukkan biji sagu. Masak dengan api sederhana. Sentiasa kacau sagu supaya tak berkerak di bawah. Masak hingga biji sagu kembang dan jernih.
  2. Masukkan pewarna merah .
  3. Kemudian masukkan ke dalam bekas dessert. 
  4. Letakkan susu cair yang sudah dimasak .
  5. Akhir sekali letak jagung untuk menambah perisa.

Menu Ikan Patin Bakar & Sagu Jagung Yang Disediakan Oleh Norman Dan Memey Memang Membuka Selera

Menu Ikan Patin Bakar & Sagu Jagung Yang Disediakan Oleh Norman Dan Memey Memang Membuka Selera

IKLAN

Menu Ikan Patin Bakar & Sagu Jagung Yang Disediakan Oleh Norman Dan Memey Memang Membuka Selera

Air Tulen, Bersih dan Segar Dari LG PuriCare™

Minum air yang banyak setiap hari dapat memberikan tenaga kepada badan. Tetapi dalam bulan puasa, lebih kurang 13 jam tubuh tidak mendapat air diwaktu siang hari. Jadi ketika berbuka ramai akan minum pelbagai jenis air khususnya yang manis-manis belaka.  Jadi untuk memberikan kesimbangan kepada tubuh, kita perlu minum air kosong yang tulen, bersih dan segar selepas berbuka.

Tidak sukar mana kerana kita boleh bawakan minuman ini ke dalam rumah dan boleh diminum atau digunakan untuk memasak dan sebagainya. Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD sangat mudah dikendalikan. Mudah dipasang dan tidak menggunakan banyak ruang.

Ia juga mempunyai Aplikasi LG ThinQ™   berfungsi untuk memantau penggunaan air dan menggunakan mod Diagnosis untuk mengesan sebarang kesalahan produk. Jadi air dari mesin ini sentiasa mempunyai tahap ketulenan, kebersihan yang kesegaran yang berkualiti.

Ia juga dilengkapi dengan Alert Change Filter, di mana pengguna dapat memantau keadaan penapis pembersih air dengan mudah melalui lampu indikasi untuk memastikan prestasi sentiasa dioptimumkan. Jadi kita tidak perlu risau dengan tahap kebersihan air yang kita minum atau memasak setiap hari.

Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://www.lg.com/my/promotions/lg-puriCare-raya-promo-dst)

Menu Ikan Patin Bakar & Sagu Jagung Yang Disediakan Oleh Norman Dan Memey Memang Membuka Selera

Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.

Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!

Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI