Masakan tradisional Kelantan seperti ayam percik dan kerutup memang digemari ramai, namun kedua masakan ini bukan hanya sesuai di musim perayaan tetapi juga sebagai hidangan untuk makan tengahari atau malam  keluarga. Kedua menu ini sebenarnya mudah disediakan, tak percaya anda boleh cuba ye, resipi ada disediakan di sini.

2 Menu Ayam Masak Ala Kelantan Disukai Ramai.

 KERUTUP AYAM  KAMPUNG

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 1 ekor ayam kampung | belah empat
  • 3 sudu makan rempah kerutup
  • 2 sudu makan kerisik
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 500ml santan pekat
  • 1keping gula Melaka
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 5 sudu makan minyak masak

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 4 ulas buah pelaga

BAHAN HIRIS:

  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm halia

BAHAN KISAR HALUS:

  • 5 tangkai cili kering
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan pula bahan kisar, diikuti bancuhan rempah kerutup. Kacau rata hingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam kampung yang telah dibersihkan tadi.
  4. Apabila ayam sudah kecut dan kering airnya, masukkan pula santan.
  5. Biarkan mendidih di atas api perlahan, kemudian masukkan air asam Jawa, kerisik, sos tomato,  gula Melaka, garam dan gula secukup rasa
  6. Setelah cukup rasa dan kuah pekat, masukkan cili padi dan tutup api
  7. Kerutub Ayam Kampung sedia dihidangkan.

2 Menu Ayam Masak Ala Kelantan Disukai Ramai.

AYAM  PERCIK

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam  sederhana saiz | belah empat, bersihkan dan toskan.
  • 1 keping  asam gelugor
  • Garam  dan gula secukup rasa
  • 1 batang serai | titik

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 2cm halia
  • 1 cawan santan pekat

BAHAN PERAP:

Ads
  • 3 ulas bawang merah
  • 2cm halia
  • Garam secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Kisar bahan perap kemudian lumurkan pada ayam bersama sedikit garam. Biarkan seketika.
  2.  Susun dalam dulang pembakar dan bakar dalam ketuhar.
  3. Sementara itu, tuangkan bahan kisar dalam kuali bersama santan, serai dan asam gelugor.
  4. Masak menggunakan api perlahan dan terus kacau hingga kuah pekat.
  5. Tutup api,  ambil sedikit kuah dan sapukan pada ayam bakar berulang kali sehingga kuah melekat pada ayam.
  6. Angkat dan hidangkan panas-panas.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI