Ni min kongsi tiga resepi ketam yang sedap. Masaknya pun senang. Apapun sajian nak dibuat kena pastikan ketam segar dan berisi pejal.
Timang-timang ketam tu, ada terasa berat bukan ringan. Kalau yang ada telur tu lagi baik. Haah pilih ketam betina ya isi lagi banyak.. Nak tip pilih ketam segar dan banyak isi, kena semak balik dalam laman web Rasa pernah disiarkan sebelum ini. Selamat mencuba…
1. MASAK LEMAK KETAM BERSAMA NENAS
BAHAN-BAHAN :
- 1.5 kg ketam merah saiz sederhana/lebih kurang 8 ekor
- 1 biji nenas madu
- 5 batang serai /diketuk
- 1/2 biji cili benggala hijau/dipotong memanjang
- 2 helai daun kunyit/ disiat dan disimpul
- 1 kg pati santan / 1cawan pati santan dicampur 1 cawan air untuk buat santan cair)
- 1 keping asam gelugor
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
Bahan dikisar halus :
- 40 gm kunyit hidup
- 1 biji bawang besar India
- 3 ulas bawang putih
- 20 gm halia
- 5 biji cili padi merah
- Air secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Ketam disiang dan basuk bersih.
2. Masukkan ke dalam periuk bersama-sama bahan yang telah dikisar, serai dan asam gelugor.
3. Masukkan air sehingga paras ketam tenggelam. Masak sehingga mendidih hingga ketam bertukar warna.
4. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih sekali lagi.
5. Masukkan nenas, selepas nenas lembut tuangkan pati santan dan masukkan daun kunyit.
6. Perasakan dengan garam dan gula.
7. Kacau rata dan masak sehingga kuah mendidih dengan api yang sederhana.
8. Akhir sekali masukkan cili benggala dan tutup api.
Saiz hidangan : 8 orang
Masa memasak : 45 minit
Cara memasak : Didih dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama
Keistimewaan : Bahan perencah tak perlu ditumis
INFO CHEF: Di samping ketam resepi yang sama boleh digunakan untuk makanan laut yang lain seperti udang atau sotong
2. KETAM MADU BEREMPAH
BAHAN-BAHAN :
- 1 kg ketam | dibersihkan dan diperap dengan garam dan kunyit.
- 80 ml madu
- 50 gm serbuk ketumbar
- 30 gm jintan manis
- 25 gm jintan putih
- 50 gm serbuk kari | untuk ‘seafood’
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis
Bahan dikisar :
- 50 gm bawang putih
- 150 gm bawang merah
- 50 gm halia
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dalam kuali. Goreng ketam separuh masak. Toskan.
2. Kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, halia sehingga naik bau.
3. Selepas itu masukkan serbuk ketumbar, jintan manis jintan putih dan serbuk kari hingga pecah minyak dan garing.
4. Setelah semua ramuan dikacau sebati, masukkan ketam dan madu.
5. Perasakan dengan garam dan gula
6. Sajian siap dihidangkan
Saiz hidangan : 8 orang makan
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng dan tumis
Jenis hidangan : Makanan laut
Keistimewaan : Ketam yang manis dan berperasa rempah yang harum.
INFO CHEF : Hiaskan dengan daun ketumbar dan daun sup.
3. KETAM DAUN KARI
BAHAN-BAHAN :
- 1 kg ketam
BAHAN DITUMBUK :
- 6 ulas bawang putih
- 6 ulas bawang merah
- 2 sudu besar udang kering | direndam sebelum ditumbuk
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan kicap pekat
- 3 tangkai daun kari
- 5 tangkai cili kering | dipotong 3.5 sm
- 1/2 cawan stok kari | (serbuk kari yang ditumis bersama * gunakan minyak )
*(1 biji bawang besar, 4 ulas bawang putih, 4 sm halia, 1 asam keping, 1/2 kotak santan, air secukupnya, 7 sudu makan rempah kari, dan sedikit rempah 4 sekawan)
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terendam ketam selama 5 minit setiap belah sehingga masak.
2. Panaskan 3 sudu minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
3. Masukkan stok kari, daun kari serta cili kering dan goreng kacau selama 4 minit.
4 Tambah sos tiram serta kicap pekat dan gaul sebati, perasakan dengan garam dan gula.
5 Masukkan ketam dan balik-balikkan supaya disaluti dengan sos.
6 .Perasakan dengan garam dan gula,masak hingga kuah pekat
7. Sajian siap dihidang.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Masa memasak : 30 minit
Cara memasak : Goreng dan tumis
Jenis masakan : Makanan laut
Keistimewaan : Gabungan rasa kicap berempah yang lazat
INFO CHEF : Pilih ketam yang segar dengan daging yang pejal untuk mendapatkan isi ketam yang manis dan enak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI