Menu Kreatif & Jimat, Guna Roti Jadi Sushi Sandwich

Share

Bila sebut pasal sushi, mesti kita dah terbayangkan hidangan Jepun yang berkhasiat dan mengenyangkan.

Bahan utama digunakan adalah nasi dan sayur-sayuran serta beberapa pilihan lauk pilihan.

Namun resipi yang dikongsikan Shahrul Bieha ini, sangat kreatif kerana menggunakan roti sebagai pengganti nasi. Sangat menjimatkan!

 

SUSHI BREAD SANDWICH

BAHAN-BAHAN:

Seaweed roasted (yang untuk buat sushi) | potong 2


Roti gardenia | dilenyek
Salad secukupnya
Mayonis – beli online di sini
Lobak merah | dipotong memanjang – beli online di sini
Sosej @ crabstick celur | potong 2

BAHAN TOPPING:

Sos cili – beli online di sini
Mayonis
Thousand island/cheese
Bijan

CARA MENYEDIAKAN:

1. Sapukan mayonis pada roti di bahagian depan dan belakang.
2. Susun roti pada seaweed yang telah dipotong dua. Saya pakai 1 ½ atau dua keping roti lenyek.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


3. Kemudian susun lobak merah, sosej, salad macam buat sandwich.
4. Bila dah siap, gulungkan sandwich.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


5. Apabila sandwich dah siap, potongkan kepada 5 bahagian.
6. Akhir sekali, tambahkan topping/sos pilihan di atas sandwich.

Kredit resipi: Shahrul Bieha

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

 

Published by
webadmin