Menu Merdeka Paling Win, Korang Wajib Cuba Sambal Telur Puyuh Petai!

Share

Apa menu hari merdeka ni yang boleh membangkitkan nostalgia menu dulu-dulu? Hari saja nak share satu resipi  berkaitan dengan petai yang menjadi ulam paling disukai ramai dari dulu sampai sekarang, iaitu  Sambal Telur Puyuh Petai. Rugi kalau korang tak cuba,  mudah dan sedap, berbaloi buat.

SAMBAL TELUR PUYUH BERSAMA PETAI  

BAHAN-BAHAN:

  • 30 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
  • 200gm isi petai
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • 4 sudu makan pes cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang kisar
  • 3 biji cili merah
  • 2cm halia muda
  • 2cm belacan | jika suka

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
  2. Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
  3. Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan petai, dan telur burung puyuh yang telah direbus dan dibuang kulit tadi.
  5. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak lebih kurang 2-3 minit.
  7. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

 

Published by
Norasida Myasin