Waktu lockdown ni tekak terasa nak makan macam-macam. Bila bosan memasak, boleh saja buat pesanan makanan kegemaran masing-masing. Pilihan Makan Di Mana kali ini, kita merasa menu makanan peniaga online iaitu Azizah Ab Aziz atau lebih mesra dengan panggilan Jee.
“Pada mulanya Jee hanya masak sendiri dan bawa makanan ini untuk majlis-majlis keraian atau jamu tetamu bila datang ke rumah. Sampai satu hari ada kawan rapat beri idea, mengapa tidak buat untuk berniaga.
Dari situ dapat idea dan terus create jenama dan produk. Peringkat permulaan hanya menjual pada kenalan terdekat sahaja. Hingga sekarang produk dah sampai ke seluruh Lembah Klang dan Malaysia,” ujar Jee
Produk sedia ada
Mek foodie bermula sejak 2019 dan Govermint sejak 2009. Buat masa sekarang terdapat tiga produk di bawah jenama @mek_foodie, iaitu tauhu begedil, honey joy dan burnt cheese cake.
Burnt cheesecake
– fruit topping RM40, tanpa buah-buahan- RM30
Honey Joy cookies
– 1 RM22, beli 5 RM100
Manakala di bawah jenama @govermint.my, Jee bergabung dengan team untuk keluarkan dua produk iaitu cookies berperisa mint iaitu Minty dan Chocolate & Minty Butterscotch. Setiap satu mempunyai rasa yang berbeza dan keistimewaan yang tersendiri. Terpulang kepada pelanggan untuk memilih mana satu pilihan di hati.
Produk best seller untuk mek foodie ialah Tauhu Bergedil, isi padat digabungkan dengan sos kicap, memang buat tak henti menikmatinya. Taburan cili padi di atas tauhu ini menambah perisa buat mereka yang sukakan rasa pedas. Tauhu begedil – 6 ketul dalam satu set RM20, pek kecil (3 ketul) RM 10.
Bagi label produk Govermint, Minty Chocolate menjadi kesukaan pelanggan.
Jualan ketika Covid-19
Setiap orang rezekinya berbeza beza, Selagi kita berusaha nescaya rezeki akan berhasil jua. “Alhamdulillah jualan sangat baik pada masa pandemik mungkin kerana semua duduk di rumah dan shopping online. Production dan jualan berjalan seperti biasa di masa Covid ini. Malahan jualan dan permintaan semakin bertambah. Semua product adalah Homemade,” jelas Jee.
Cuma cabarannya ketika pandemik ini ialah dari segi penghantaran. Bila PKP tiada COD, jadi pelanggan terhad pada kawasan berdekatan sahaja untuk self pickup, selebihnya pelanggan kena arrange delivery untuk pickup. Selain itu cabaran juga untuk mendapatkan barang-barang keperluan di waktu PKP.
Tempahan
Kesemua produk adalah dibuat berdasarkan tempahan sahaja demi untuk menjaga kualiti produk.Tempahan boleh dibuat sehari lebih awal. Bagi produk jenama govermint, sebaiknya dua hari lebih awal.
Mereka yang bermiant dan merasa menu ini oleh hubungi 0122002809 untuk order atau mesej di instagram – @o_m_jee, @mek_foodie ,@govermint.my