Air halba ni dipercayai banyak khasiatnya untuk kesihatan kecantikan tubuh badan. Buatnya mudah aje hanya biji halba dan air. Anda boleh juga menambah halia, serai dan lemon juga jika suka.

Cara nak buatnya, hah senang aje, jom ikut resipi yang dikongsikan Farisha Sofea ini. Sebelum tu ketahui antara khasiat air halba ini. Pun begitu bergantung juga dengan keserasian masing-masing. Mungkin ada yang tak kenal biji halba ni, ramuan ini digunakan untuk memasak Nasi Dagang.

Sebelum tu jom ketahui,di antara khasiat air halba , ia dipercayai mempunyai banyak kebaikannya untuk tubuh badan yang sihat dan cantik:

  • badan rasa segar & ringan
  • mencantikkan kulit
  • melancarkan haid
  • membantu menurunkan berat badan
  • melancarkan pengaliran darah dalam badan
  • baik untuk sistem penghadaman
  • menghilangkan kembung , sebu & senak
  • menguatkan jantung
  • menghilangkan lendir tekak
  • melegakan sakit kepala / migrain
  • membuang angin
  • menyembuhkan buasir
  • merangsang rahim
  • mengawal kencing manis
  • mengurangkan ketagihan merokok
  • kecergasan & kekuatan badan
  • memperbanyakkan susu ibu
  • menambah nafsu lelaki & wanita
  • menurunkan bacaan gula dalam darah

1. AIR HALBA (CARA PERTAMA)



.

BAHAN-BAHAN :

IKLAN
  • 1 sudu besar halba – beli online DI SINI
  • 2″ halia – beli online DI SINI
  • 2 batang serai dititik – beli online DI SINI
  • 3 cawan air
  • 1/2 biji lemon

CARA MEMBUAT:
1. Rebus halba , halia dan serai bersama 3 cawan air sehingga mendidih .
2. Biar seketika sehingga sedikit suam .
3. Kemudian tapiskan dan perahkan 1/2 biji lemon .
4 Kacau sebati.
5. Siap sedia untuk diminum

2. AIR HALBA (CARA KEDUA)



.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 sudu halba – beli online DI SINI
  • 1 cawan air

CARA MEMBUAT :
1. Rebuskan halba bersama 1 cawan air sehingga mendidih .
2. Tapiskan .
3. Biarkan seketika sehingga sedikit suam , barulah diminum .
4. Boleh juga ditambahkan madu atau pun lemon jika suka .
5. Dah boleh minum

Kredit foto & resipi  FB : Farisha Sofea
IG : _farisha_sofea

ANDA INGIN MEMBELI DAN SEDANG MENCARI PERKAKAS DAPUR ELEKTRIK YANG MEMENUHI KEHENDAK ANDA, JOM LAYARINYA DI SINI.

ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI :

ATAU MUNGKIN JUGA RESIPI INI :

Koleksi Resipi Jus Buah Homemade Sedap Penyejuk Badan