3. Tambah sedikit air. Tumis lagi sampai pecah minyak. Masukkan air asam jawa, nise, gula, garam dan perasa. 4. Biar kuah pekat sikit. Masukkan ikan yang dah digoreng. Gaul rata. Masukkan bawang holland dan lada besar.
Kacang lebih buat biskut mazola banyak lagi, daripada membazir Cik Mas Ayu kongsikan resipi buat ais krim cornetto hanya guna balik resipi viral aiskrim choki-choki dan tambah kacang mazola. Sangat senang dan sedap.
AISKRIM CORNETTO HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
4½ tin air (sukat guna tin susu)
2½ sudu besar tepung jagung
1 sudu teh garam
Choki² @ koko tube
Kacang tanah tumbuk
2 sudu besar emulco vanila ( nk guna esen pon boleh)
CARA MEMASAK:
Masak susu cair,susu pekat bersama 1 tin air dan garam….kacau sehingga garam hancur…x perlu mendidih…
Dalam tin susu yang sama,kacau ½ tin air bersama tepung jagung hingga sebati..masukkan ke dalam adunan aiskrim td…
Masukkan air selebihnya…kacau hingga sebati dan biarkan mendidih…lebih lama mendidih lebih menjamin kegebuan aiskrim…
Biarkan suam sebelum pintal….masukkan emulco vanila….kacau sebati…tapis sebelum masukkan dalam jug….
Choki² masukkan ke dalam plastik aiskrim dan ratakan sehingga separuh plastik…
Masukkan kacang dan adunan aiskrim….boleh pintal…..siapp….
Bagi penggemar menu Ayam Goreng Mamak yang crispy tu, pasti teringat-ingat akan keenakannya. Ayam yang diperap dengan rempah-rempah istimewa yang kemudiannya digoreng garing. Waduh…enaknya!
Sajian mamak begini biasanya akan menggunakan rempah kasar, aneka tepung untuk salutan yang rangup dan tentunya juga daun kari. Tak ada daun kari tak jadi sis menu ni. Tak naik bau bila digoreng. Sebab tu lah kena pastikan daun kari ada kalau nak masak menu ni.
Satu lagi yang perlu ada bila masak ayam goreng adalah minyak masak yang banyak. Kena goreng secara deep fry. Barulah hasil gorengan tu masak sempurna dan sekata.
Jomlah cuba masak meu Ayam Goreng Mamak Crispy perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Bahan-bahannya cukup mudah dan senang diperolehi di kedai runcit berhampiran. Selamat mencuba!
Ikan Sardin memang sedap malah kalau buat sendiri secara homemade pasti rasa lebih yakin dan dijamin halal. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri hidangan ini, saudari Bahiah Saripuddin ada kongsikan resipinya. Jom cuba.
RESIPI IKAN SARDIN HOMEMADE TANPA GUNA TOMATO PURI
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan selayang – buang ekor dan kepalanya
2 biji tomato
4 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
2-3 sudu makan sos tomato
Sedikit air – jika suka
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak
1 biji cili hijau – hiris
1/2 biji bawang holland – hiris
CARA MEMASAK: 1. Kisar tomato, bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Masukkan sos tomato. Tambah sedikit air. Kacau dan biarkan mendidih.
4. Seterusnya masukkan ikan. Biar seketika hingga isi ikan sedikit masak.
5. Perasakan dengan garam dan juga gula dengan secukupnya.
6. Kemudian masukkan hirisan bawang holland dan cili hijau. Kacau sebati.
7. Bila ikan sudah masak sepenuhnya, angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.