Sedapnya menu masak asam Terengganu. Satu lagi resipi mudah tapi sedap.
Menerusi perkongsian daripada saudara Muliadi Ramli, resipi ini boleh menggunakan ikan apa-apa pun, namun dia memilih ikan aya.
RESIPI MASAK ASAM IKAN AYA
BAHAN-BAHAN:
Ikan aya (bersihkan ikan, lumur dengan garam, kunyit dan perasa sikit. Goreng. Kalau suka garing, boleh buat garing sikit)
TONTON Dapur Rasa Live: Buttermilk Spaghetti & Mac and Cheese
TONTON Dapur Rasa Live: Asam Pedas Ikan Kembung
BAHAN KISAR HALUS:
6 biji bawang merah – beli online di sini
3 ulas bawang putih – beli online di sini
1 inci halia – beli online di sini
1 inci kunyit
5 biji cili padi (kalau tak suka pedas, tak perlu letak) – beli online di sini
1 mangkuk kecil air asam jawa – beli online di sini
½ kerek nise Kelantan – beli online di sini
Garam & gula secukup rasa
Perasa
½ biji bawang holland – beli online di sini
2 biji lada besar – beli online di sini
3 sudu besar cili boh – beli online di sini
CARA MEMBUATNYA;
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau.
2. Masukkan cili boh. Kacau rata. Tumis sampai pecah minyak.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Tambah sedikit air. Tumis lagi sampai pecah minyak. Masukkan air asam jawa, nise, gula, garam dan perasa.
4. Biar kuah pekat sikit. Masukkan ikan yang dah digoreng. Gaul rata. Masukkan bawang holland dan lada besar.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
5. Tutup kuali selama 3 ke 4 minit. Jika rasa dah okay, tutup api. Siap untuk dihidangkan.
Kredit resipi: Muliadi Ramli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: