Menu Paling Sedap Dan Mudah Disediakan, Daging Keju Mozarella Boleh Cuba Hari Ni!

Share

Minyak Seri Murni menyajikan resipi istimewa. Sesuai di masak untuk hidangan rumah terbuka yang lazat dan enak untuk seisi keluarga. Pasti berselera menjamah, salah satu menu paling mudah dan senang disediakan yang boleh anda cuba hari ini.

DAGING KEJU MOZARELLA CROQUETTE

 

BAHAN A:

  • 2 biji terung |hiris dan panggang sebentar
  • 500gm daging lembu
  • 2 biji telur | di pukul
  • 4 keping roti putih | direndam dalam air sebentar
  • 1 sudu makan mixed herbs
  • 45gm keju parmesan | di parut
  • 200gm keju mozzarella | potong dadu kecil
  • Garam dan lada putih secukup rasa

 

GORENG SEBENTAR:

  • 2 biji bawang besar |dicincang
  • 2 ulas bawang putih |dicincang
  • 100gm tepung gandum blue key
  • 1 biji telur untuk menggolek gulungan inti
  • Bread crumbs secukupnya
  • Minyak Masak Seri Murni secukupnya untuk menggoreng

 

CARA MEMASAK:

  1. Keluarkan isi terung danlenyekkan.
  2. Campur semua bahan A. Bentukkan gulungan panjang ibu jari.
  3. Golek bahan gulungan tadi dalam telur dan seterusnya golek padatepung gandum.
  4. Goreng sehingga keperangan keemasan.

 

RESIPI: ZETI HOT OVEN UNTUK FFM

 

 

Published by
Mastura Abu Kassim