Menu Perut Muda Buat Korang Ketagih!

Share

Pernah cuba masakan perut  muda lembu yang dimasak dengan pelbagai menu? Anda yang pernah menikmati pasti setuju dengan keenakanya.  Kepada yang tidak pernah rasa, berikut Rasa bawakan dua menu perut mudah yang comfirm sedap menyelerakan. Wajib cuba ye….

PERUT MUDA ALA PADANG

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm perut muda | direbus sehingga lembut dan potong kecil (2 inci)
  • 7 biji bawang merah | dikisar
  • 3 ulas bawang putih | dikisar
  • 1 ½ inci halia | dikisar
  • 1 inci lengkuas | dikisar
  • 3 sudu cili kering kisar
  • 2 batang serai | dititik
  • 1 mangkuk santan
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Tumis bahan kisar, serai dan daun kunyit serta daun limau purut.
  3. Setelah tumisan naik bau dan garing, masukkan perut yang telah rebus tadi. Gaul sebati.
  4. Masukkan santan dan biarkan mendidih.
  5. Akhir sekali garam dan gula secukup rasa.
  6. Angkat dan sedia dinikmati.

PERUT MUDA KERISIK AIR ASAM

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm perut muda | direbus sehingga lembut dan potong kecil (2 inci)
  • 1 biji bawang besar | potong dadu
  • 1 biji limau nipis | perah air
  • 5 biji cili padi | dipotong kecil
  • 1 biji buah tomato | potong dadu
  • 1 sudu makan kerisik
  • 1 helai daun limau purut | dihiris
  • Sedikit air asam jawa
  • Sedikit air suam
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan di dalam mangkuk besar kecuali perut. Gaul sebati.
  2. Akhir sekali perasakan garam, asam jawa dan gula secukup rasa.
  3. Masukkan perut yang telah direbus terlebih dahulu. Gaul sebati. Sedia dinikmati.

 

Published by
Norasida Myasin