Menu Ringkas & Cepat, Ayam Goreng Berempah Cajun

Share

Siapa yang tak suka menu ayam goreng berempah kan? Kali ini kita buat special sikit, ayam goreng berempah cajun.

Hanya gunakan rempah siap sedia ada, resipi yang dikongsi saudari Keroroyz Royz ini, cepat dibuat dan tidak mengambil masa yang lama.

Sedia sedap tak perlu tambah garam dan perasa. Resipi ini sesuai untuk hidangan 4 orang makan.

 

AYAM GORENG BEREMPAH CAJUN

BAHAN-BAHAN:

500gram ayam | dipotong kecil
3 sudu besar ready mix cajun @ rencahmudah (saya beli di shopee)
1 sudu besar ready mix peri peri @ rencahmudah (untuk lebih pedas, boleh beli di shopee)
2 sudu besar kelapa parut
5 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng

TONTON  Lasagna Goreng Bersama Sos Cendawan | Dapur Rasa Live

TONTON Biscoff Brownies | Dapur Rasa Live

BAHAN KISAR:

7-8 batang serai | hiris – beli online di sini
5 ulas bawang kecil – beli online di sini
3 ulas bawang putih – beli online di sini


1 sudu besar biji ketumbar
Sedikit halia & lengkuas
Air secukupnya

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA MEMASAK:

1. Perap ayam bersama ready mix cajun sekurang-kurangnya setengah jam.


2. Panaskan minyak. Goreng ayam hingga masak.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


3. Kisar bahan-bahan kisar dan tapiskan airnya. Goreng bersama kelapa parut sedikit garam dan perasa hingga keperangan. Kacau selalu. Angkat dan toskan minyak.


4. Akhir sekali, goreng daun kari dan campurkan bersama bahan-bahan kisar. Taburkan di atas ayam goreng.

Kredit resipi: Keroroyz Royz

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff