Kita manfaatkan masa sekarang ni (perintah duduk diam-diam di rumah) dengan buat perkara-perkara yang boleh memberi manfaat kepada keluarga.

Siang tadi saya buat personal coaching dengan menantu, ajar dia buat homemade noodles. Saya bagitau, kalau setiap hari dia belajar satu menu/resipi dari saya, dalam 360 hari (setahun) dia dah boleh buat buku masakan sendiri bertajuk “Air tangan ibu mertuaku” hehehe.

Jom tengok resipi dan cara-cara membuatnya. As always, feel free to share! 💕💕

HOMEMADE NOODLES

Bahan-bahan:

400grams tepung high protein (guna tepung gandum biasa pun boleh)
200ml air (air biasa saja)
1 biji telur – grade B
Secubit garam

IKLAN

Cara-cara:

1. Masukkan tepung, garam dan telur ke dalam mangkuk pengadun.
2. Tuang air sedikit demi sedikit sambil uli adunan. Air gunakan secukupnya sahaja (mungkin kurang sikit).
3. Uli hingga menjadi doh yang tak melekat pada mangkuk pengadun selama 8-10 minit (medium speed).
4. Keluarkan doh dari mangkuk pengadun, tabur sedikit tepung dan tutup dengan tuala dapur kering dan rehatkan doh setengah jam.
5. Canai doh nipis (ikut tebal mana yang disukai). Masa canai doh tu tabur sedikit tepung.
6. Lipat dua doh (macam lipat buku). Hiris doh ikut ketebalan yang disukai (gunakan pisau yang kering dan tajam).
7. Leraikan doh yang dah dihiris menjadi mi panjang dan tabur dengan tepung.
8. Didihkan air yang banyak dalam periuk, celur doh hingga empuk. Lalukan mi yang dah dicelur bawah air paip dan toskan. Sedia dihidangkan atau dimasak ikut citarasa.

*Tadi saya buat mi sup ikan senangin goreng.

Cara buat kuah Mi sup ni;

IKLAN

1.Didihkan 1 liter air rebusan kulit udang + 1 liter air rebusan tulang ikan dalam periuk.

2. Lima ulas bawang putih + 1/2 inci halia ditumbuk lumat dan tumis agak garing.

3.Masukkan dalam kuah sup, tambah garam & lada sulah secukup rasa. Didihkan lagi beberapa minit. Siap untuk dihidangkan dengan mi tadi.

IKLAN

Boleh tambah apa2 seperti taugeh, sawi celur, daun bawang, bawang goreng dan paling penting tambahkan chili oil dan hirisan isi ikan Senangin yang digoreng garing.

Enjoy!!!
#recipebychefsuearukin

Mi Bandung Muar, Pes Homemade Dengan Kuah Sedap Meletup

 

https://www.youtube.com/watch?v=G8nxV8oalO4&list=PLeFxvDQwYge1QMLu20SMjhJGc80np4Br4&index=3

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI