
Sesekali, jika bosan mengadap menu ayam, daging dan seafood, bosan juga. Masa ni, makan lauk telur goreng je pun dah sangat sedap. Tapi cubalah dengan menambah hirisan limau nipis. Hmm…Boleh terkecur air liur dibuatnya.Menu yang sangat mudah dan ringkas tapi memang menambah selera.

TELUR GORENG JUICY SPICY
BAHAN-BAHAN:
- Telur
- Kicap
- Cili Padi Potong
- Limau nipis
CARA MEMASAK:
- Telur itu goreng mata kerbau (telur kuning biar lembik). Boleh juga rebus telur 3 suku. Tapi resipi kali ini goreng lagi sedap.
- Letak kicap manis, cili potong, perah limau nipis
- Akhir sekali gaul-gaul sikit. Masuk mulut telur dengan cili skali.


Kredit foto & resipi: Hani Pembor
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Buat Sendiri Tauhu Telur Homemade Yang Sedap, Bersih & Dijamin Halal

Sedap Tauhu Telur homemade ni. Macam-macam menu boleh dimasak menggunakan bahan ini. Boleh dimasak sup, dijadikan inti dumpling atau dimasak bersama sayur pun sedap. Tauhu ini mudah diperolehi di pasaraya namun ia juga sangat mudah disediakan sendiri di rumah. Benda boleh jimat, tidak salah untuk mencuba kan? Malah rasanya juga lebih sedap, bersih dan dijamin halal. Jom cuba! Saudari Zaimah Zakaria ada kongsikan cara-caranya.
RESIPI TAUHU TELUR HOMEMADE YANG MUDAH, SEDAP DAN DIJAMIN HALAL

BAHAN-BAHAN:
5 biji telur gred A
225 ml air soya – sebarang jenama. Boleh juga guna soya tanpa gula – beli online disini
1/2 sudu kecil garam – beli online disini
Plastik aiskrim – beli online disini

CARA MEMASAK:
1.Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan masukkan garam.


2. Masukkan air soya dan kacau semua bahan dalam mangkuk tadi hingga sebati.


3. Tapis bancuhan telur supaya tiada buih.

4. Masukkan bancuhan telur tadi ke dalam plastik aiskrim.

5. Ikat muncung plastik dengan kemas.

6. Panaskan air di dalam periuk namun tidak perlu sampai mendidih.

7. Masukkan bungkusan Tauhu Telur tadi. Masak selama 30 minit menggunakan api yang perlahan.

8. Bila tauhu sudah bertukar warna, maknanya ia sudah masak sempurna.

9. Angkat Tauhu dan sejukkan terlebih dahulu.

10. Bila Tauhu Telur sudah sejuk, baru dipotong.

11. Bila hendak digoreng, tabur dan salut kepingan tauhu dengan sedikit tepung jagung.

12. Goreng dalam minyak hingga keperangan. Begini rupa Tauhu Telur yang siap digoreng.

13. Tauhu Telur homemade sedia untuk dimasak dan digunakan dalam pelbagai jenis masakan sama ada sayur, sup, sambal atau apa-apa sahaja sajian kegemaran keluarga.

Kredit resipi & foto: Zaimah Zakaria
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Oyster Sauce Chicken Stail Chinese. Sedap, Anak-Anak Comfirm Suka
Gulai Lemak Nanas Ikan Kurau Masin Yang Sangatlah Sedap, Ini Resipinya
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Menu Mudah Sup Telur, Guna Bahan Asas Di Rumah

Kekurangan masa untuk memasak, tapi masih mahu memberikan hidangan yang berkhasiat buat keluarga?
Masih boleh ye puan-puan. Kali ini kita kongsikan resipi sup telur yang mudah lagi sedap menyelerakan.
Resipi yang dikongsikan Suzana Othman ini, menu mudah menggunakan bahan asas yang ada di rumah. Jom belajar teknik masak sup telur cantik dan tak pecah.
SUP TELUR

BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang besar saiz sederhana | hiris, goreng hingga layu & ketepikan – beli online di sini
3 ulas bawang putih – hiris, goreng hingga layu & ketepikan – beli online di sini
Ikan bilis | goreng & ketepikan – beli online di sini
1 biji ubi kentang | potong ikut saiz yang diingini – beli online di sini
½ biji lobak merah | hiris – beli online di sini
4 biji telur
Fucuk & suhun | rendam & potong pendek
Daun bawang & bawang goreng (untuk hiasan)
Garam
Serbuk lada putih ajishio
Air
Minyak masak
Dapatkan Promax 4 in 1 Portable Jump Starter dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!

CARA-CARA:
1. Didihkan air dalam periuk. Rebus kentang hingga separuh empuk.

2. Masukkan lobak merah. Boleh gantikan dengan sayur yang anda gemari.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

3. Bila kentang dan lobak dah lembut, masukkan bawang besar, bawang putih dan bilis yang dah digoreng tadi.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

4. Masukkan fucuk dan suhun.

5. Perasakan dengan garam dan ajishio. Pastikan dah secukup rasa sebab kita tak nak kacau masa dah masukkan telur nanti.

6. Perlahankan api, pecahkan telur dalam bekas, masukkan telur satu persatu.
7. Kita tak pecahkan telur terus masuk ke periuk sebab takut telur tu tak elok, kempunan nak makan sup telur nanti. Masa pecahkan telur tu jangan sampai terpecah kuningnya.

8. Bila dah masukkan semua telur, tutup periuk biar telur hingga masak. Jangan kacau tau, biarkan saja telur bersauna dlm periuk dengan aman.
9. Sup telur dah pun siap, taburkan dengan daun bawang dan bawang goreng semasa menghidang.
10. Kalau tak mau makan nasi, ratah gitu je pun sedap. Cukup karbohidrat, protein dan vitamin dalam tu. Acah-acah diet katanya.
Kredit resipi: Suzana Othman
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Lempeng Lembut Gebu Sampai Esok Pagi, Wanita Ini Kongsi Petuanya
Simpan Resipi Mudah Buat Tart Coklat Cadbury Ini, Memang Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Menu Sedap &Sihat, Yang Nak Diet Boleh Cuba!

Anda ingin memulakan diet sihat dan masih tercari-cari menu yang mudah dan sedap? Berikut RASA bawakan empat menu ringkas yang bebas santan dan minyak. Gerenti jika anda cuba tidak menyesal. Sebagai tanda sokongan jom kita buat sama-sama,

SUP BEBOLA IKAN TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji bawang putih
- 1 biji bawang merah
- 3cm halia
- 2 sudu rempah sup
- 1 paket stok ayam
- 1 tangkai daun sup | racik
- 1 batang daun leek | potong kasar
- ½ biji lobak merah | potong kasar
- 5 biji tomato ceri
- 10 biji bebola ikan
- 10 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
- Lada sulah secukupnya
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris halus. Kemudian, panaskan satu sudu minyak masak dan tumiskan bahan yang dihiris bersama rempah sup.
- Kemudian, masukkan air sehingga mendidih dan masukkan lobak merah, stok ayam dan bebola ikan.
- Setelah bahan empuk, masukkan hirisan daun leek, daun sup dan tomato ceri, bersama telur puyuh beserta lada sulah dan garam secukup rasa.
- Sedia dihidangkan.

SUP TELUR BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji telur
- 3 ulas bawang merah | hiris
- 2 ulas bawang putih | hiris
- 2.5cm halia | hiris
- 3 biji kentang | potong empat
- 1 batang lobak merah | potong
- 500gm suhun
- Garam dan bahan perasa secukupnya
- Air secukupnya
- Sedikit daun sup dan daun bawang untuk hiasan |racik
CARA MEMASAK:
- Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
- Masak di atas api sederhana hingga kuah mendidih. Masukkan kentang, lobak merah serta stok ayam. Kacau sekata.
- Setelah kentang empuk, kecilkan api.
- Perlahan-lahan pecah telur ke dalam sup satu persatu.
- Biarkan dan jangan kacau supaya telur menjadi keras dan tidak pecah kuningnya.
- Kemudian masukkan suhun, perasakan dengan garam dan bahan perasa secukupnya. Kacau perlahan dan biar mereneh seketika.
- Sebelum dihidangkan, hiaskan dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng.

KENGSOM SIAKAP
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan siakap
- 4 biji bawang merah
- 4 biji bawang putih
- 10 batang cili kering
- 2cm kunyit hidup | separuh racik
- 3 keping asam gelugur
- 1 batang serai | titik
- 3 helai daun limau purut
- 1 batang bunga kantan| racik
- Garam, gula dan bahan perasa secukupnya
- Minyak masak secukupnya
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Cuci ikan siakap sehingga bersih. Ketepikan.
- Bawang merah, bawang putih, cili kering, separuh daripada kunyit dikisar halus.
- Kemudian, panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga terbit bau wangi.
- Setelah naik bau, masukkan air, asam gelugur, hirisan daun limau purut, serai dan bunga kantan. Tunggu sehingga mendidih.
- Langkah seterusnya, tambahkan garam, gula dan bahan perasa secukup rasa. Kacau sebati.
- Akhir sekali, masukkan ikan siakap. Masak hingga ikan masak.
- Angkat dan sedia dihidangkan.

PEPES AYAM KUKUS
BAHAN-BAHAN:
- 500gm isi ayam| potong kecil
- 2 biji limau nipis | ambil air
- 10 batang pucuk daun kemangi | racik
- 2 ulas cili merah | racik
- 1 biji tomato | potong dadu
- 4 batang daun salam | hiris
- ½ sudu teh gula pasir
- Minyak masak secukupnya
- Garam secukup rasa
- Daun pisang secukupnya | sapu minyak dan layurkan sedikit
- Lidi secukupnya
BAHAN UNTUK PES (KISAR):
- 4 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3 batang cili merah
- 2cm kunyit
- 5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
- Gaulkan isi ayam dengan air limau nipis, perap seketika, cuci dan toskan.
- Campurkan isi ayam dengan bahan hirisan iaitu tomato, daun pucuk kemangi, daun salam, dan cili merah. Gaul sebati.
- Masukkan pula bahan yang telah dikisar dan kemudian garam dan gula secukup rasa. Gaul rata untuk dijadikan pes.
- Bungkus isian pepes di dalam daun pisang dan kemaskan di kedua-dua hujung dengan lidi.
- Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 30 minit.

GARAM ASAM IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan merah | saiz sederhana
- 200ml air asam jawa
- 2cm kunyit
- 5 ulas cili merah
- 5 ulas cili padi
- 1 batang serai | dititik
- 2 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
- Garam, gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Ikan merah dicuci bersih.
- Kunyit, cili merah, cili padi, bawang putih dan bawang merah dihiris halus.
- Kemudian, bahan hirisan direbus bersama air asam jawa dan serai sehingga mendidih.
- Setelah air mendidih, masukkan ikan merah dan masukkan garam dan gula secukup rasa sehingga masak .
- Kacau perlahan. Angkat dan sedia untuk dihidang dengan nasi putih.

