Menu Ringkas Telur Goreng Juicy Spicy

Share

Sesekali, jika bosan mengadap menu ayam, daging dan seafood, bosan juga. Masa ni, makan lauk telur goreng je pun dah sangat sedap. Tapi cubalah dengan menambah hirisan limau nipis. Hmm…Boleh terkecur air liur dibuatnya.Menu yang sangat mudah dan ringkas tapi memang menambah selera.

TELUR GORENG JUICY SPICY

BAHAN-BAHAN:

  • Telur
  • Kicap
  • Cili Padi Potong
  • Limau nipis

 

CARA MEMASAK:

  1. Telur itu goreng mata kerbau (telur kuning biar lembik). Boleh juga rebus telur 3 suku. Tapi resipi kali ini goreng lagi sedap.
  2. Letak kicap manis, cili potong, perah limau nipis
  3. Akhir sekali gaul-gaul sikit. Masuk mulut telur dengan cili skali.

 

Kredit foto & resipi: Hani Pembor

Published by
Zera Naim