
Bila dah bosan dengan menu berlauk, bolehlah fikirkan sesuatu yang ringkas namun mengenyangkan. Kalau anak-anak sukakan sardin, bolehlah buat nanti. sangat mudah.

ROTI INTI SARDIN ALA PATAYA
Bahan-bahan:
1 tin sardin- tin kecil
1 biji bawang besar- potong dadu
2 biji cili padi- potong kecil
Air asam jawa-sedikit
Garam sikit
2 biji telur
Bahan-bahan:

1.Campur sardin, bawang besar, cili padi, air asam jawa dan garam.
2.Letakkan inti sardin di atas roti dan lapiskan dengan roti.
3. Pecahkan telur , golekkan telur seperti membuat pataya dan letakkan roti tadi.

4. Balutkan roti tadi dengan telur. Masak sekejap di atas api sederhana.

Sumber : bonda nora
Resipi Murtabak Mini Guna Kulit Popia. Sedap & Tak Guna Banyak Bahan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
2 Kuih Tradisional ,Getas Dan Abuk-abuk… Gandingan Enak DiMakan Bersama.

Dua kuih pencuci mulut ini memang sedap dimakan bersama dengan air kopi atau teh. Rasa lemak manis dan kenyal memang enak dikunyah sebagai pencuci mulut.

Jika getas rasa manis dari disira gula, kuih abuk-abuk pula dari gula merah pula. Jom cuba buat sendiri memang puas hati lah kan.
KUIH GETAS

BAHAN-BAHAN :
- 1/2 biji kelapa parut
- 2-1/2 cawan tepung pulut
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1cawan air | atau secukupnya
- 1sudu teh garam
Bahan sira gula :
- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan air
CARA MEMASAK :
- Satukan kelapa, tepung pulut dan tepung gandum dalam bekas, masukkan garam, gaul. Masukkan air sedikit demi sedikit (jangan cair sangat, nanti susah nak bentuk).
- Uli hingga jadi doh lembut. Bentukkan doh mengikut citarasa. Panaskan minyak masak dan gorengkan kuih getas.
- Dalam bekas/kuali yang lain, masakkan pula air dan gula hingga berbuih..
- Biarkan betul-betul pekat (apabila sudah berbuih) baru masukkan kuih yang telah digoreng tadi, tutup api, kacau dan golekkan dalam gula tadi hingga kering. Biar gula melekat pada kuih.
Saiz hidangan : 20- 25 keping , saiz nuget
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Lemak manis dan lembut serta kenyal teksurnya
INFO CHEF: Apabila campuran air dan gula sudah berbuih, itu tandanya ia sudah pekat dan boleh dimasukkan kuih getas di dalamnya. Jangan lupa tutup api dan biarkan gula menyalut kuih dengan rata.
KUIH ABUK -ABUK

BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan biji sagu
- 2 cawan kepala parut putih
- 3 sudu makan gula merah
- 3 sudu makan gula pasir
- Garam secukup rasa
- 10 calong daun pisang, lidi penyemat
CARA MEMASAK :
- Basuh sagu dan toskan 5 minit.
- Gaulkan sagu dengan kelapa dan tambahkan garam.
- Campurkan gula merah dengan gula pasir.
- Masukkan dua sudu campuran sagu dalam ke dalam calong daun pisang.
- Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan disudahi dengan satu sudu campuran sagu.
- Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus kuih lebih kurang 10 minit.
- Kuih abuk-abuk siap dihidangkan.
Saiz hidangan : 4- 5 orang makan
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Rasa sagu yang lembut dengan inti gula, pencuci mulut yang lemak manis.
INFO CHEF : Gunakan sagu biji putih asli. Bahan yang bermutu dan asli menjamin kualiti kuih abuk-abuk yang lebih enak.
3 Resipi Filipina Yang Mudah & Kena Dengan Selera Orang Malaysia.

Masakan Filipina agak ringkas dan banyak dipengaruhi dengan masakan Sepanyol dan negara jirannya yang lain seperti Malaysia dan Indonesia. Maka tak hairanlah jika hidangan-hidangan ini memenuhi citarasa orang kita. Jom cuba. Seronok juga try menu baru di hujung minggu ni.
1. TERUNG DADAR FILIPINA (TORTANG TALONG)

BAHAN-BAHAN:
- 2 biji terung
- 2 biji telur
- 1 biji tomato | buang biji dan dadu halus
- 10 biji cili padi | hiris halus
- 1 biji bawang besar | dadu halus
- 1 pokok daun bawang | hiris halus
- Garam dan lada sulah secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Terung dibelah dua tetapi tidak putus. Kemudian bakar hingga lembut.
- Sementara itu, pecahkan telur dalam mangkuk, kemudian masukkan semua bahan hirisan, garam dan serbuk lada sulah.Kacau rata. Ketepikan.
- Buang kulit terung, kemudian celupkan di dalam adunan telur.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper, goreng terung yang telah dicelur dengan telur tadi.
- Tuangkan lebihan telur di atas terus tadi.
- Goreng hingga masak.
- Hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Terung ini enak dihidangkan bersama sambal belacan atau sambal kicap.
2. BEEF KALDERETA

BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging batang pinang | potong kiub
- 1/2 batang lobak merah | potong dadu besar
- 1 biji kentang | potong dadu besar
- 1/2 biji cili benggala merah | potong dadu besar
- 1/2 biji cili benggala hijau | potong dadu besar
- 1 biji bawang Holland | potong dadu besar’
- 3 ulas bawang putih | cincang
- 1 kiub pati ayam
- 1 sudu teh empingan cili kering
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 cawan sos tomato
- Garam dan gula secukup rasa
- 6 sudu makan minyak masa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan lebih kurang tiga sudu makan minyak masak, tumis seketika cili benggala. Angkat dan ketepikan.Diikuti dengan lobak merah dan tomato. Ketepikan
- Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bawang Holland dan bawang putihhingga wangi.
- Masukkan daging. Kacau hingga daging berubah warna keperangan baru masukkan sos tomato dan air.
- Masukkan pati ayam dan renehkan lebih kurang satu jam dengan api perlahan. Tambah air jika perlu.
- Setelah daging empuk masukkan, kentang, lobak merah dan cili benggala yang telah dimasak tadi. Tutup periuk dan biarkan seketika.
- Akhir sekali masukkan empingan cili, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api dan menu sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Cara masak dan rasa masakan ini hampir sana dengan stew daging. Enak dihidangkan dengan roti.
3. KWEK KWEK

BAHAN-BAHAN:
- 15 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
- Sedikit tepung ubi kayu | untuk salut telur
- Minyak masak |untuk menggoreng
BAHAN BANCUHAN TEPUNG:
- 1 cawan tepung gandum
- 150ml air sejuk
- Pewarna oren
- Lada sulah dan garam secukup rasa
- 150ml air
BAHAN SOS:
- 2 sudu makan cuka
- 3 sudu makan gula merah
- 3 sudu makan sos tomato
- 3 sudu teh kicap manis
CARA MEMASAK:
- Masukkan tepung gandum bersama serbuk lada sulahdan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata.
- Masukkan air secukupnya. Kacau lagi.
- Titikan beberapa titik perwarana oren. Kacau rata.
- Sementara itu panaskan kualidan gaulkan telur dalam bekas berisi tepung ubi kayu.
- Kemudian celupkan dalam adunan tepung tadidan goreng di atas api sederhana hingga garing.
- Angkat dan ketepikan.
- Untuk menyediakan sos, campurkan semua bahan, kacau rata.
- Hidangkan sos bersama Kwek-Kwek.
INFO CHEF: Kwek-Kwek adalah makanan kudapan ringan di kalangan masyarakat Filipina. Ia juga sering dijadikan bekal untuk anak-ana sekolah di Filipina.
Resipi Gulai Ikan Kering Sedap Cara Orang Kelantan

Di Kelantan, bila tibanya bulan puasa, lauk pauk seperti Gulai Ikan Masin @ Ikan Kering yang guna kunyit dan lengkuas ni memang popular. Sedap dan punya rasanya yang tersendiri. Tak cair, tak pekat, sedang-sedang sahaja. Perangat 2-3 hari pun masih elok dan enak. Nak cuba resipi perkongsian Puan Zatul Hernani ni? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI GULAI IKAN MASIN @ IKAN KERING SEDAP VERSI KELANTAN

BAHAN-BAHAN:
- 3-4 ekor ikan kering | dibasuh
- Timun | dibelah kecil
- 5-6 biji cili hijau
- 1 -2 keping nanas | dipotong dadu
- Santan secukupnya – ikut jumlah kuah yang anda nak & jumlah ikan yang digunakan
- Garam, gula dan perasa secukupnya


BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar – beli online disini
- 4 ulas bawang putih – beli online disini
- 3-4 tangkai cili kering – beli online disini
- 1 biji cili merah
- 2-3 biji cili padi – jika nak rasa pedas
- 2 inci kunyit segar
- Sedikit lengkuas

CARA MEMASAK:
- Masukkan santan dan bahan kisar ke dalam kuali. Buka api dan biarkan mendidih. Pastikan santan selalu dikacau bagi mengelakkan kuah berketul.
- Kemudian masukkan ikan kering, hirisan nanas, lada/cili hijau dan timun.
- Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Jangan letak garam terlalu banyak kerana ikan kering sudah memberikan rasa masin.
- Asam keping juga tidak digunakan kerana nanas sudah memberikan rasa masam pada kuah.
- Biarkan gulai mendidih sekali lagi dan boleh padamkan api.
- Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Zat Hernani
Link asal resipi: https://goo.gl/6HkkwV
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Buat Sendiri Kuih Tepung Gomak Yang Sedap Guna Resipi Mudah Ni
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

