Menu sarapan yang mudah dan sedap disediakan. Makanan sihat tambah tenaga elok di hidangkan lepas penat bersenam atau ingin amalkan hidup sihat. Bahan yang tak susah untuk didapati boleh sangat kalau anak bujang nak belajar masak!
Twice Baked Potato with Egg on Top
Bahan-bahan:
(Untuk 4 hidangan)
Ads
- 2 kentang sederhana / besar
- 1 medium bawang kuning, dadu
- 4 telur kecil
- 3 atau 4 ulas bawang putih, cincang halus
- 4 oz. (100 g) keju, parut
- 2 sudu besar minyak zaitun atau 1 sudu mentega
- Daun Bawanh segar, dicincang
- Garam dan lada hitam segar
Cara-Cara:
Ads
- Panaskan ketuhar hingga 200 ° C (400 ° F). Kupas kentang, cucuk dengan garpu dan letakkan di dalam ketuhar selama 30-40 minit sehingga lembut
- Panaskam minyak atau mentega di atas api sederhana. Tumis bawang dan bawang putih selama 5 minit sehingga lembut
- Apabila kentang cukup sejuk potong separuh memanjang, korek dan keluarkan isi meninggalkan kira-kira 1/4 inci isi dari kulit kentang. Kemudian masukkan isi kentang, keju parut, garam dan lada ke dalam kuali dan kacau hingga sebati.
- Letakkan kulit kentang pada pan pembakar dan isikan dengan campuran tadi. Tekan kan sedikit dengan sudu sehingga untuk memberi ruang untuk telur. Taburkan daun bawang di atas dan pecahkan telur di atas setiap kentang yang disumbat.
- Masak pada 200 ° C (400 ° F) selama 10-15 minit sehingga telur masak.. Nikmati!
Kongsi resipi: resepi sedap
Ads
https://www.facebook.com/resepisedapselalu/videos/1981769485474483/
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI