Menu Sardin Versi Yum Pla Krapong Yang Mudah & Sedap

Share

Ada sardin di rumah tapi tak tahu nak masak apa? Jom masak resipi Sardin Yum Pla Krapong. Memang simple tapi sangat sedap.

Yelah, asyik masak sardin sambal jer kan. Tak salah mencuba rasa lain. Bahan-bahan pula senang dan mudah didapati.

Jom kita ikuti cara-cara yang ditunjukkan saudari Hajar Mohd ini.

 

SARDIN VERSI YUM PLA KRAPONG

BAHAN-BAHAN:

1 tin sardin – beli online di sini
2 ulas bawang kecil | hiris (nak guna bawang Holland pun tak apa) – beli online di sini
2 batang serai | hiris – beli online di sini
2 genggam daun pudina
2 ½ sudu jus limau nipis
1 batang daun bawang | dihiris
2 cili merah atau hijau | dihiris – beli online di sini
*Jika suka pedas menyengat boleh tambah cili api ya

TONTON Dapur Rasa: Projek Air Tangan Emas

TONTON Dapur Live Rasa: Daging Kerutuk

CARA-CARA:

1. Panaskan sardin. Bahagian ni perlu berhati-hati supaya sardin tak hancur. Tempoh pemanasan sekejap jer.


2. Alihkan sardin ke dalam mangkuk putih ni. Tetap kena hati-hati supaya sardin tidak hancur.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


3. Masukkan semua bahan hiris dan daun pudina. Jangan lupa jus limau nipis tadi. Jika suka masin, boleh tambah garam atau perasa sesuka hati ya. Kacau-kacau dan hidangkan.

[KLIK DI SINI SERTAI PERADUAN MAGGI RASA]

Kredit resipi: Hajar Mohd

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:

 

Published by
webadmin