Ramai mak-mak merungut anak tak suka makan sayur, ini mungkin idea yang bagus dan boleh dicuba buat sayur goreng rangup. Sangat sedap dijadikan kudapan ringan yang lebih sihat untuk anak-anak berbanding makan ringan yang dibeli. Tiga menu yang dikongsikan ini memang mudah disediakan, comfirm sedap, siapa tahu percubaan ini membantu anak-anak korang mula menyukai sayur yang kaya dengan khasiat ini. Tak percaya cuba tiga menu sayur goreng yang RASA kongsikan.
KANGKUNG CRISPY
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 ikat kangkong | bersihkan, ambil bahagian perlu dan tos
BAHAN BANCUHAN TEPUNG:
- 6 Sudu makan tepung gandum
- 2 sudu makan tepung beras
- 1/2 sudu teh serbuk bawang putih/2 ulas bawang putih yang dikisar halus
- 1 sudu teh perasa cendawan
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- Air sejuk secukupnya
- Minyak masak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan bacuhan tepung dalam mangkuk.
- Masukkan air sejuk, sambil kacau perlahan-lahan hingga sebati.
- Adunan tidak terlalu pekat atau cair.
- Panaskan minyak dalam kuali (pastikan minyak banyak dan panas).
- Celupkan potongan kangkong dalam adunan, lalu masukkan dalam kuali satu persatu ( utnuk mengelakkan ia bercantum dan elakkan memasukkanya terlalu banyak.
- Bila agak garing perlahankan sedidkit api. Goreng hinggga garing.
- Angkat dan toskan.
- Masukkan dalam pinggan dan taburkan serbuk cili di atasnya dan terus hidangkan..
- Atau boleh dihidangkan dengan sos pencicah yang anda gemari.
@dewi.yuliana23
BROKOLI CRISPY
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji brokoli
- 2 biji telur
- Tepung goreng serbaguna secukupnya
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
- Rendam brokolo dalam air garam, biarkan 10 minit.
- Cuci bersih dan potong dadu.
- Panaskan air dalam periuk, setelah mendidih, celur seketika brokoli. Kemudian tos.
- Sementara itu, pecahkan telur dalam mangkuk, kacau rata.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Celupkan brokoli dalam telur, kemudian gaulkan dalam tepung goreng serbaguna.(jika ingin lebih tebal boleh ulang proses celup dan gaul sekali lagi).
- Goreng hingga kuning keperangan.
- Angkat dan hidangkan panas-panas dengan sos pilihan anda.
Terima kasih: Vievey9999
CENDAWAN ENOKI GORENG
BAHAN-BAHAN:
2 bungkus cendawan enoki | cuci bersih dan tos
BAHAN TEPUNG GAUL:
- 100gm tepung gandum
- 50gm tepung beras
- 1 sudu teh tepung jagung
- 1 sudu teh garam
- 3/4 sudu teh serbuk penaik
- ½ sudu teh serbuk pati ayam
- 1/4 sudu teh lada sulah
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan tepung gaul rata.
- Ambil 4 sudu makan bahan tepung, campurkan dengan 4 sudu makn air ais.
- Kacau rata hingga sebati, tidak terlalu cair atau pekat.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Sementara itu, gaulkan cendawan dalam bahan bancuhan tepung.
- Kemudian salutkannya dalam bekas berisi bahan tepung kering.
- Apabila minyak cukup panas gorengkan cendawan hingga kuning keperangaan.
- Angkat, tos dan hidangkan dengan sos pilihan anda.
@koleksiresepsj