Menu Seafood Makan Tak Pernah Jemu. Resipi Shezlina Ni Mudah Dimasak.

Share

Makanan laut yang segar memang manis dan tak pernah jemu menikmatinya. Cuti  hujung minggu ni memang sedap kalau menjamu selera dengan makanan laut. Ni min kongsikan resipi gerenti sedap dari Shezlina Othman.

Jadi kalau terasa nak makan seafood, jom cuba buat sendiri. Shezlina Othman dari Restoran Rasa Wau, Sunway Giza ada inspirasi menu untuk dikongsi.

1.KETAM DAUN KARI

BAHAN-BAHAN :

  • 1 kg ketam | anggaran 3 ekor

BAHAN DITUMBUK :

  • 6 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 sudu besar udang kering | direndam sebelum ditumbuk

BAHAN LAIN:

  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 3 tangkai daun kari
  • 5 tangkai cili kering | dipotong 3.5 sm
  • 1/2 cawan stok kari | (iaitu serbuk kari yang ditumis bersama * gunakan minyak )

*(1 biji bawang besar, 4 ulas bawang putih, 4 sm halia, 1 asam keping, 1/2 kotak santan, air secukupnya, 7 sudu makan rempah kari, dan sedikit rempah 4 sekawan)

Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terendam ketam selama 5 minit setiap belah sehingga masak.
2. Panaskan 3 sudu minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
3. Masukkan stok kari, daun kari serta cili kering dan goreng kacau selama 4 minit.
4 Tambah sos tiram serta kicap pekat dan gaul sebati, perasakan dengan garam dan gula.
5.  Masukkan ketam dan balik-balikkan supaya disaluti dengan sos.
6. Perasakan dengan garam dan gula,masak hingga kuah pekat
7. Sajian siap dihidang.

Saiz hidangan : 3-4 orang
Masa memasak : 30 minit
Keistimewaan : Gabungan rasa kicap berempah yang lazat

INFO : Pilih ketam yang segar dengan daging yang pejal untuk mendapatkan isi ketam yang manis dan enak.

2.FILLET SIAKAP MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan siakap (ambil isi /fillet sahaja) | dilumur garam, kunyit dan tepung jagung
  • 1 biji bawang besar | dihiris
  • 4 ulas bawang putih | diketuk
  • 3sm halia | dihiris halus panjang
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • 1 biji bawang besar | belah empat atau potong membulat
  • 1/2 biji cili benggala hijau | dipotong kasar
  • 1/2 biji cili benggala merah |dipotong kasar
  • Sepotong nenas | dipotong kiub
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1 sudu teh sos ikan
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan air tepung jagung

BAHAN HIASAN :

  • 8 biji cili padi merah dan hijau
  • Sedikit daun bawang | dihiris halus
  • Sedikit daun sadri | dihiris halus

CARA MEMASAK :
1. Gaulkan isi ikan dengan garam dan kunyit. Kemudian lumurkan dengan tepung jagung.
2 .Panaskan minyak dan dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga kekuningan, Masukkan pes cili kering dan tumis hingga cili masak
4. Masukkan pula sos tomato, sos ikan, garam, gula dan sedikit air. Masukkan air tepung jagung. Sesuaikan rasa dan kepekatan.


5. Akhir sekali masukkan bawang yang dibelah empat , cili benggala merah dan hijau, cili padi dan nenas.
6. Tutup api dan tuang sos masam manis ke atas ikan. Tabur daun bawang dan daun sadri. Sedia untuk dihidangkan.

Saiz hidangan : 4- 5 orang
Cara memasak : Goreng dan tumis
Keistimewaan : Rasa masam manis yang seimbang adalah penentu kelazatan sajian

INFO : Selain siakap anda boleh juga menggunakan ikan kerapu, bawal dan juga jenis ikan lain yang bersesuaian.

3.KETUPAT SOTONG

BAHAN-BAHAN :

  • 5 -6 ekor sotong sederhana besar | lebih kurang 1 kg
  • 1 cawan beras pulut
  • 1/2 cawan setengah santan
  • 6 ulas bawang merah | dimayang
  • 2.5 sm halia | dimayang
  • 1/2 sudu teh halba
  • 2 batang serai | diketuk
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Beberapa batang lidi @ pencungkil gigi

CARA MEMASAK :
1. Bersihkan sotong, buang dakwatnya. Cuci kulit nipis pada badang sotong
2 .Beras pulut dibasuh dan rendam dengan sedikit santan dalam sejam.
3. Isikan beras pulut dalam badan sotong, setengah sahaja, selepas itu tutup kepala sotong dan kemaskan dengan lidi atau pencungkil gigi.
4. Rebus sotong dan santan cair hingga sotong menjadi kembung, Masak dengan api perlahan.
5. Setelah sotong kembung, masukkan semua bahan (santan,bawang merah halba,halia, serai garam dan gula)dan masakkan atas api perlahan dan kacau selama lebih kurang 10 minit.
6. Sajian siap dihidang.

Saiz hidangan : 7 orang
Masa memasak : 35 minit
Keistimewaan : Inti pulut di dalam menjadikan sajian ini sungguh mengenyangkan

INFO : Pastikan dakwat dibuang untuk mengelakkan kuah menjadi hitam . Sotong juga jangan dimasak terlalu lama untuk mengelakkan ia menjadi liat.

TERIMA KASIH : RESTORAN RASA WAU,
Sunway Giza, Block C-11-G, Jalan PJU 5/14, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

FB : rasawaupenyu IG :rasa_wau

Published by
Faridah Talib