Hari ini dalam Rasa Nostalgia Ramadan episod keempat menyaksikan aksi pasangan selebriti yang tidak asing lagi iaitu Eira Syazira & Azad Jazmin yang telah berkongsi sajian-sajian nostalgia mereka berdua. Tak kering gusi melihat aksi keduanya di dapur. Ada sahaja usikan yang dari Pak Azad buat isterinya. Si isteri pula? Sangat sabar melayan. ‘Such a perfect couple’!
Eira Syazira dan Pak Azad telah berkongsi dua resipi istimewa iaitu Seafood Petai Ala Thai dan juga Sagu Kurma Jelly. Menurut mereka, hidangan itu adalah masakan pertama yang dimasak ketika mereka ‘dating’ dulu. Wow…Patutlah istimewa. Menu yang mengimbau kisah perkenalan mereka rupanya.
Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan, kedua-dua resipi ini sangat sesuai dijadikan menu dikala berbuka puasa dan juga sahur. Sajian Seafood Petai Ala Thai yang ditambah dengan daun limau purut memberikan rasa yang lebih enak dan membangkitkan selera ketika berbuka.
Sagu Kurma Jelly pula, menurut Eira ia adalah resipi yang dicipta oleh beliau sendiri dan merupakan menu wajib ada setiap tahun di bulan puasa. Sangat sedap dimakan sejuk terutamanya jika dinikmati selepas solat tarawih ataupun sahur.
Jadi jangan lupa cuba menu yang mereka kongsikan ini. Sesuai sangat dijadikan sajian berbuka anda.
SEAFOOD PETAI ALA THAI
Ads
BAHAN-BAHAN:
300gm udang – dibersihkan
300gm sotong – dibersihkan
1/2 biji bawang merah – hiris
Sos tiram secukupnya
Sos ikan secukupnya
1-2 papan petai
3-4 helai daun limau purut
Minyak masak secukupnya
BAHAN TUMBUK:
3-4 ulas bawang putih
5-6 biji cili
1 inci belacan
Gula secukup rasa
Jus limau nipis secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang hiris hingga wangi.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan tumbuk. Tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Dalam kuali berasingan, goreng udang hingga separuh masak. Angkat dan toskan. Campuran minyak dan air gorengan udang ini jangan dibuang.
4. Tambahkan gula, sos tiram dan sos ikan dengan secukupnya ke dalam kuali tumisan tadi. Kacau lagi hingga sebati.
5. Seterusnya masukkan sotong. Kacau hingga sebati.
6. Masukkan juga daun limau purut, sedikit air gorengan udang, udang yang telah digoreng tadi dan juga petai.
7. Gaul lagi hingga semua bahan sebati. Angkat dan hidangkan.
SAGU KURMA JELLY
BAHAN-BAHAN:
250gm sagu putih
1 tin Susu cair F&N
1 ketul gula melaka
1 helai daun pandan
Garam secukup rasa
Gula merah secukupnya
Jeli kurma secukupnya
Air secukupnya
Kurma secukupnya – jika suka
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air dan rebus sagu hingga masak. Angkat dan toskan airnya. Ketepikan,
2. Panaskan susu cair hingga mendidih. Angkat dan ketepikan.
Ads
3. Untuk membuat air gula melaka, panaskan air dan masukkan gula melaka.
4. Tambahkan daun pandan diikuti gula merah. Masak hingga semua bahan larut.
5. Untuk menikmatinya, masukkan sagu, susu dan air gula melaka secukupnya ke dalam mangkuk.
6. Tambahkan hirisan jeli kurma dan juga hirisan buah kurma jika suka.
7. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dinikmati.
LG PuriCare™ Saiz Sempurna Jimat Ruang Dan Mudah Dipasang
Kita mungkin selalu keliru apabila melihat yang yang jernih menganggap air itu sudah cukup bersih. Kalau buka paip kira rasa ia tidak ada apa-apa kekotoran tetapi hakikatnya tidak begitu apa lagi jika ia datangnya dari tangki.
Ads
Memang bahaya kalau kita minum atau masak menggunakan air yang tidak bersih ini. Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD ini dapat mengatasi masalah seperti ini. Nak memasak pun tak perlu ragu-ragu dan minum boleh ambil terus tanpa perlu rasa ragu. Mempunyai 3-Tahap Sistem Penapisan dan 3 Pilihan Suhu Air (panas, sejuk dan bilik) sememangnya lengkap untuk keperluan seisi keluarga terutama jika mahu menikmati minuman yang berbeza.
Untuk memastikan seisi rumah sentiasa mendapat bekalan minuman yang tulen, segar lagi bersih, Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD ini juga dilengkapi dengan Total Care Service yang menawarkan pertukaran paip dalaman tahunan serta perkhidmatan produk untuk setiap 3 bulan. Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Memang berbaloi kalau buat kek untuk hidangan raya tapi dalam masa yang sama kalau dapat berkongsi kek dengan jiran tetangga dan sanak saudara lagi meriah. Resipi ni boleh buat sampai 3 adunan jadi boleh lah buat berbekas-bekas memang sedap dan jimat masa! Selamat mencuba.
Bekalan untuk seminggu, buat 3 adunan dapatlaa 9 tupperware nii, 1 kg gandum jer tu pun ada lebih lagi 1 cawan nii. Dah biasa makan benda sama beminggu berbulan, ikut kudrat & rezki sambil jimat petrol dan bajet membeli. Makan panas pun sedap, sejuk dari fridge pun sedap, buat simple jerrr…..
RESIPI SUNQUICK MOIST CAKE
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
* satukan ketiga2 bahan, gaul2kan sekejap & ayak.
4 biji telur A @ 5 biji telur B
2 sudu makan parutan kulit buah sunkist
1/2 cawan sunquick (perisa OREN)
2/3 cawan gula
2/3 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak sayur @ minyak masak
1 cawan air panas
sedikit pewarna kuning lemon @ kuning telur, blh jg guna kaler oren.
* boleh kurang @ lebihkan sesudu dua gula @ susu jika nak lebih @ kurang manisnya.
CARA MEMASAK:
* Setelah pecah telur, buangkan tali pusatnya supaya kek tak hanyir, so tak guna esen vanilla puntak pe
– Pukul telur dan gula hingga gula hancur, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis sambil dipukul sebati.
* Jika adunan pekat atau berat untuk dipukul boleh selang selikan tepung dengan minyak yer. Buat hingga habis minyak & tepung.
– Tambahkan susu pukul kejap pastu tambah air panas, pukul lagi hingga adunan kelihatan licin & tidak berketul. Terus campurkan sunquick, pukul lagi hingga sebati & adunan pun kelihatan mula kembang naik dah time nii.
– Akhir sekali letakkan parutan kulit sunkist jg pewarna. Pukul sekejap hingga warnapun sekata dan dah boleh mula mengukus @ pun dibakar.
* Sukatan satu adunan di atas untuk sebiji kek bersaiz 8″x8″ @ 3 biji kek kecil bersaiz 4 1/2″x6 1/2″ (spt bekas dlm gmbr saya nii)
* UTK DIKUKUS:
Jika guna tupperware plastik tahan panas macam gambr nii boleh terus tuang & kukus dengan api besar leibh kurang 25 – 35 minit @ sehingga masak (2 biji sekali kukus). * UTK DIBAKAR:
Alaskan dasar loyang dgn kertas minyak, sapukan sedikit marjerin, tuangkan adunan & bakar api atas bwh suhu lbh krg 160-170°c, dlm 45 minit @ hingga masak & bgantung jenis oven. Kalu nk lbh moist dibakar, blh alaskan tray k
Cerita Fad Bocey, dulu di zaman bujangnya walau banyak mana makanan dibeli di Bazar Ramadan, tapi bila balik rumah, masakan ibunya juga yang dicari. Katanya biarapun masakan ibunya itu ringkas tetapi air tangan ibu tetap yang terbaik dan paling sedap.
Satu-satunya masakan ibu yang tidak pernah Fad Bocey jemu mahupun muak adalah Gulai Lemak Cili Padi Ibunya. Kini selepas berkahwin, isterinya juga pandai masak Gulai Lemak Cili Padi selepas berguru dengan ibu mentua. Selain Gulai Lemak Cili Padi, Fad juga suka Bihun Goreng yang dimasak oleh ibunya.
“Saya tak tau apa yang mak masuk dalam masakannya. Tapi apa je yang dimasaknya semua sedap dan saya tak pernah tolak. selain gulai lemak bihun goreng mak, takda pun mewah lauk pauk tapi sedapnya memang takda tandingannya, ” cerita Fad.
Selain lauk pauk, kuih muih juga antara menu wajib ada bagi Fad bila berbuka, adalah Kuih Cara, Karipap, Bingka Ubi, Apam Susu dan Murtabak.
“Saya sangat terharu dan seronok bila diundang oleh Chef Wan untuk bersamanya dalam program Rasa Nostalgia Ramadan. Bukan senang tau dapat masak satu dapur dengan chef popular ni. Saya seronok, sambil tolong menyebuk dapat juga tengok Chef Wan masak dan berbuka dengan air tangannya yang memang sungguh sedap, “ ujar Fad.
Anda yang ingin mencuba menu disediakan oleh Chef Wan dan dibantu oleh Fad Bocey dalam program Rasa Nostalgia Ramadan, berikut disediakan resipinya
GULAI LEMAK KETAM ALA NYONYA
BAHAN-BAHAN:
1kg ketam | dibersihkan
½ biji nanas | hiris
500ml santan pekat
200ml air
1/2 kecil parutan nanas
3 helai daun limau purut
1 genggan daun Basil Thai
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
2 sudu makan sos ikan
1 sudu makan gula Melaka
Garam secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
10 biji cili merah
2batang serai
3cm kunyit hidup
1 1/2cm halia
2cm lengkuas
10 biji lada hitam
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan parutan nanas, kacau rata dan masukkan santan pekat. Kacau seketika.
Setelah mendidih masukkan sedikit air untuk kuah.
Seterusnya masukkan daun selasih, daun limau purut, garam, gula Melaka dan perahan jus limau nipis.
Akhir sekali masukkan ketam, nanas dan sos ikan biarkan mereneh 5-6 minit. Tutup api dan gulai sedia dihidangkan.
KUIH CARA GULA
BAHAN-BAHAN:
2 cawan santan
200ml santan
2 biji telur |kacau
3 cawan tepung gandum
Sedikit garam
Gula secukupnya | untuk inti
2 sudu makan marjerin | cairkan
2 sudu makan minyak sapi
CARA MEMASAK:
Dalam mangkuk adunan, masukkan tepung gandum, air pandan, santan, secubit garam dan marjerin yang telah dicairkan tadi.
Kacau sebati hingga adunan menjadi tidak terlalu pekat atau cair, kemudian tapiskan.
Panaskan acuan kuih cara dengan api kecil terlbih dahulu.
Tuangkan adunan kuih cara dalam acuan hingga 1/2 acuan. Bakar dalam ketuhar 5-6 minit.
Keluarkan acuan dan letakkan gula di atas kuih cara, kemudian tutup atas kuih dengan adunan kuih cara hingga penuh.
Bakar semula dengan masa yang sama hingga habis adunan, Keluarkan dari acuan dan sedia dihidangkan.
JANGAN LUPA TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Jangan lupa saksikan rancangan terbaru; Rasa Nostalgia Ramadan yang bersiaran sepanjang bulan Ramadan ini. Menampilkan chef selebriti terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan sebagai hos, beliau akan bergandingan bersama selebriti jemputan pada setiap episod sepanjang 22 episod bersiaran.
Antara selebriti undangan yang memeriahkan program ini ialah Erra Fazira, Amy Mastura, Rozita Che Wan, Noorkumalasari, Abam Bocey, Hisyam Hamid, Bell Ngasri, Siti Nordiana dan ramai lagi.
Ha, ini dinamakan minum bukan sebarang minum. Tapi minum untuk menjaga kesihatan tubuh. Penceramah Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat, Platinum Holistic Wellness Centre, Norazizah Ruslan memberikan resipi minuman kesihatan yang mudah disediakan.
Menurutnya, minuman sihat ini bukan sekadar menghilangkan dahaga tapi juga berkhasiat. Malah tidak mengandungi sebarang pewarna tiruan, pengawet dan perasa tiruan. Minuman ini diperkaya dengan herba.
TEH MASALA
BAHAN-BAHAN
500 ml air
1 helai daun pandan (disimpul)
1 ketul halia sebesar ibu jari kaki
10 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
5 biji lada hitam
5 uncang teh
2 susu besar gula perang
1/2 cawan susu segar
CARA MEMBUAT
1. Rebus air bersama daun pandan, halia, pelaga, bunga cengkih dan lada hitam sehingga betul-betul mendidih.
2. Tutup api dan masukkan uncang teh. Biar terseduh 10 minit.
3. Buangkan daun pandan dan uncang teh.
4. Masukkan susu dan gula secukup rasa. Kacau sebati.
5. Sedia diminum.
KHASIATNYA: Bantu buang angin dalam badan, lancarkan darah dan mengeluarkan peluh.
TEH HIJAU CHIA SEED
BAHAN-BAHAN
1 sudu teh chia seed
500 mls air
1/2 cawan kismis
1 uncang teh hijau
100 mls air sejuk.
CARA MEMBUAT
1. Rendam chia seed dalam air sejuk hingga kembang. Ketepikan.
2. Masukkan air dan kismis dalam periuk. Rebus sehingga air tinggal separuh. Matikan api.
3. Rendam teh hijau dalam air rebusan tadi sehingga kembang.
4. Buang uncang teh dan satukan dalam campuran chia seed.
5. Boleh hidang suam atau sejuk.
KHASIATNYA: Bantu masalah sembelit, lancarkan buang air besar dan kesan antioksidan.
CENDOL ALOE VERA
BAHAN-BAHAN
1 pelepah aloe vera
1 helai daun pandan (disimpul)
4 helai daun pandan (diperah jusnya)
1/2 cawan gula melaka (dimasak dengan 1 cawan air)
3 cawan santan
Kiub ais secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Aloe vera dibuang kulit. Dipotong kecil-kecil dan direbus dengan daun pandan sehingga lembut.
2. Toskan dan direndam dengan air perahan daun pandan. Ketepikan.
3. Satukan isi aloe vera, air gula melaka, santan dan ais.
4. Sedia untuk dihidangkan.
KHASIATNYA: Bantu membersihkan usus dengan lembut. Santan adalah lemak yang baik.